Selasa, 14 April 2015

Sudah RM168 Juta dihabiskan mencari MH370... patutlah kita kena GST...!

MH370: Misi selesai 61 peratus

SHAH ALAM - Misi pencarian pesawat MAS MH370 kini meliputi kawasan seluas 37,000 kilometer persegi atau 61 peratus dari kawasan pencarian utama.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kawasan tersebut merupakan lokasi terpencil dengan kedalaman melebihi 6,000 meter.

“Manakala keadaan cuaca dan kondisi lautan yang tidak menentu dan keadaan ombak boleh mencapai tahap ketinggian di antara 15 hingga 18 meter,” katanya.

Katanya, dalam usaha berterusan misi mencari MH370, Mesyuarat Tripartite peringkat menteri diadakan bersama Australia dan China bertujuan untuk meneliti status dan usaha yang sedang dijalankan di kawasan pencarian MH370 bagi mencapai keputusan secara kolektif.

“Seterusnya langkah akan diambil berdasarkan nasihat dan taklimat daripada pakar search strategy working group (SSWG),” katanya.

Mesyuarat Tripartite peringkat menteri diadakan di Kuala Lumpur, 16 April lalu turut dihadiri Perdana Menteri Australia, Warren Truss dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang.

Pasukan SSWG yang dipimpin Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) terdiri daripada pakar dari pelbagai badan dan agensi antarabangsa termasuk Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Boeing, Thales United Kingdom, Jabatan Penerbangan Awam China, Jabatan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom serta Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Mereka bekerjasama bagi menganalisis semua data dan maklumat yang diperoleh secara bebas dan telus.

“Hasil dari analisa tersebut kesemua maklumat yang dikumpul menunjukkan dengan jelas bahawa kawasan pencarian terletak di '7th arc' di selatan Lautan India.

“Harus ditekankan di sini bahawa handshake dari data Satcom yang telah dianalisis adalah khusus kepada pesawat MH370,” katanya.

Katanya, sepanjang proses pencarian dijalankan, Malaysia, Australia dan China tetap komited melengkapkan pencarian dasar laut di kawasan pencarian utama seluas 60,000 kilometer persegi.

“Setakat ini Malaysia dan Australia membelanjakan sebanyak AUD60 juta (RM168.30 juta) dalam usaha pencarian ini,” katanya.

Tiada ulasan: