Sabtu, 17 Januari 2015

Masa PAS nak UNDI tak tanya pulak AHLI BIASA atau AHLI LUAR BIASA..!!

'Dia ahli biasa tak perlu layan'

Satiful Bahri Mamat  
Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff supaya Presiden Pas tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti pertengahan tahun ini, sebagai kenyataan yang tidak perlu dilayan.

Katanya, Zulhazmi hanya ahli biasa dalam Pas dan tidak perlu respons pada kenyataanya itu.

“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," katanya.

Selain menjelaskan bahawa Zulhazmi adalah peguam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) iaitu salah  sebuah NGO yang lantang mengkritik kepimpinan Pas di bawah Abdul Hadi, Satiful Bahri turut membidas Zulhazmi supaya tidak mencampuri urusan parti itu.

Satiful Bahri menegaskan, perwakilan dalam Muktamar Pas akan memainkan peranan untuk menentukan sama ada Abdul Hadi kekal atau sebaliknya.

“Kalau kepimpinan persatuan peringkat dunia iktiraf beliau (Abdul Hadi) dengan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, kenapa kita di Malaysia hendak tolak?

“Untuk jawatan Mursyidul Am Pas, kita sudah ada Timbalan Mursyidul Am iaitu Datuk Dr Harun Din,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada Muktamar 2013 berkata, ini sebab Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka menjelaskan bahawa suara yang lantang itu tidak lebih sebagai suara picisan dan karenah mereka tidak perlu dilayan.

Walaupun menyedari tindakan Pasma semakin lantang, apatah lagi membuat kenyataan terbuka melalui laman sosial dan media mengenai Pas, beliau tidak melihat ia sebagai ancaman.

“Dalam Pas, kita sudah lama menghadapi perkara seperti itu,” katanya.

2 ulasan:

maaf berkate berkata...

anak mamat ni terlebih makan pil kuda yang ketua cakap tu.orang lin makan nagka dia yang dapat getah.besa la dah ketua dia tu orang ganu gak,kena bekap la nnti ketua dia kata anak mamat ni tak wala' pulak.tu belum lagi geng pasma bersuara lg kalu pasma bersuara lagi kelupoq la,macam ketua dwan ulama pahang,busuk ati ralik duk hujah ja,bila orang lawan balik hujah tu mula ustaz tu nak suruh anak murid dia wat solat hajat supaya orang tu kena bala.ada akai ka ustaz UG tu.gelaran ulama tapi hampas/haprak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dia ni bertanding pilihanraya kami akan kempen jangan harap satu undi pun untuknya dan kuncu-kuncunya PRU14 nanti. Betul-betul punya haprak ostad-ostad begini. Tak boleh bagi komen dan sentuh langsung. Ingat suci sangatkah!!!