Khamis, 4 Disember 2014

Baik sungguh PM & TPM kita nie dengan warga asing?

 

Alhamdulillah memang sehati sejiwa PM & TPM kita... seorang pie China bawa balik warga asing 30K manakala seorang yang duduk dalam negara setuju pulak terima 12K warga asing untuk masuk Malaysia tahun hadapan.

Yang sudah belambak dalam negara pun dah tidak tahu nak letak mana...tapi disebabkan kebijaksanaan ketua tertinggi negara membuat keputusan maka tahun hadapan kita tambah lagik 42K datang sumbat mai Malaysia..

Itu yang rasmi..manakala yang tak rasmi datang naik tongkang, datang nak dapat IC FREE belum di buat pengiraan lagi... dan semua itu dicampur pula dengan apa yang sudah ada dah dalam negara Malaysia nie....

Cuba Saksikan video nie sebentar :

Di Malaysia pula, dilaporkan sejumlah 1.58 juta warga asing berdaftar sehingga Julai tahun itu seperti yang dilaporkan di dalam Berita Harian pada 24 Oktober 2012. Angka itu terus bertambah pada tahun lalu. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seramai 2.1 juta pekerja asing berdaftar dan mempunyai pas daripada Jabatan Imigresen.

Jumlah sebenar warga asing tidak dapat dipastikan namun dikatakan terdapat lebih 1.3 juta pendatang asing tanpa izin memasuki Malaysia (Sinar Harian, 23 Oktober 2013). Dapat disimpulkan di sini bahawa warga asing sama ada sah ataupun tanpa izin dari tahun 2012 terus meningkat pada tahun 2013.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menghargai sumbangan warga asing dalam pembangunan sektor ekonomi negara ini, khususnya dalam sektor hartanah. Perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat secara tidak langsung telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada mereka seperti dalam bidang pembinaan, pertanian dan perladangan serta juga bidang lain (Zulkarnain, 2010).

Kemasukan mereka ke negara yang dianggap ‘lubuk emas’ ini dapat diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kemasukan yang terlampau ramai menggerunkan sebahagian rakyat sehingga ada yang merasakan Malaysia tidak lagi selamat untuk didiami.

Kemasukan mereka yang tidak terkawal juga menimbulkan pelbagai igauan ngeri dalam naluri masyarakat setempat. Lihat keratan UTUSAN dibawah...






Tiada ulasan: