Ahad, 14 Disember 2014

Pendekatan TG Nik Aziz ini boleh dijadikan tauladan kepada pemimpin yang lain..

TGNA INSPIRASI YANG MENDIDIK

Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari insan istimewa ini..

Ketika hari mengundi(PRU13), beliau boleh memilih untuk orang ramai memberi keistimewaan kepadanya.. Namun beliau memilih untuk menjadi orang biasa... Tekun beratur menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi...

Walaupun betapa kasihnya beliau pada pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan tetapi beliau tetap dengan keputusan mengundurkan diri apabila kesihatan beliau mula beransur kurang sihat..

Suri tauladan kepada pemimpin yang lain..

Khamis, 11 Disember 2014

Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.


https://c2.staticflickr.com/4/3002/2832983528_d3c84174cb.jpg

Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki olehRobert Kwok ;
MSR milik Robert Kwok sepenuhnya
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor
Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan
Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group
Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance
Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan
Nak ambil road tax, kena pergiPUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang
Landasan keretapi siapa buat?= MMC
MMC milik siapa? = Mayland Group
Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas,pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.
Ok la… I orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong
Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja!
Apabila nak hantar surat, kenalekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.

Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.

Khamis, 4 Disember 2014

Baik sungguh PM & TPM kita nie dengan warga asing?

 

Alhamdulillah memang sehati sejiwa PM & TPM kita... seorang pie China bawa balik warga asing 30K manakala seorang yang duduk dalam negara setuju pulak terima 12K warga asing untuk masuk Malaysia tahun hadapan.

Yang sudah belambak dalam negara pun dah tidak tahu nak letak mana...tapi disebabkan kebijaksanaan ketua tertinggi negara membuat keputusan maka tahun hadapan kita tambah lagik 42K datang sumbat mai Malaysia..

Itu yang rasmi..manakala yang tak rasmi datang naik tongkang, datang nak dapat IC FREE belum di buat pengiraan lagi... dan semua itu dicampur pula dengan apa yang sudah ada dah dalam negara Malaysia nie....

Cuba Saksikan video nie sebentar :

Di Malaysia pula, dilaporkan sejumlah 1.58 juta warga asing berdaftar sehingga Julai tahun itu seperti yang dilaporkan di dalam Berita Harian pada 24 Oktober 2012. Angka itu terus bertambah pada tahun lalu. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seramai 2.1 juta pekerja asing berdaftar dan mempunyai pas daripada Jabatan Imigresen.

Jumlah sebenar warga asing tidak dapat dipastikan namun dikatakan terdapat lebih 1.3 juta pendatang asing tanpa izin memasuki Malaysia (Sinar Harian, 23 Oktober 2013). Dapat disimpulkan di sini bahawa warga asing sama ada sah ataupun tanpa izin dari tahun 2012 terus meningkat pada tahun 2013.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menghargai sumbangan warga asing dalam pembangunan sektor ekonomi negara ini, khususnya dalam sektor hartanah. Perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat secara tidak langsung telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada mereka seperti dalam bidang pembinaan, pertanian dan perladangan serta juga bidang lain (Zulkarnain, 2010).

Kemasukan mereka ke negara yang dianggap ‘lubuk emas’ ini dapat diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kemasukan yang terlampau ramai menggerunkan sebahagian rakyat sehingga ada yang merasakan Malaysia tidak lagi selamat untuk didiami.

Kemasukan mereka yang tidak terkawal juga menimbulkan pelbagai igauan ngeri dalam naluri masyarakat setempat. Lihat keratan UTUSAN dibawah...






Selasa, 2 Disember 2014

Bila MUKHRIZ mahu tutup Pusat Hiburan yang diluluskan oleh Kerajaan Kedah yang lalu?

Masih ingatkah anda lagi dengan kempen blogger-blogger UMNO berkenaan ISU PUSAT HIBURAN & KELAB MALAM yang dikatakan diluluskan oleh KERAJAAN PAS dahulu....

Dan sekarang tahukah anda apa sudah jadi dengan PUSAT-PUSAT HIBURAN yang riuh diperkatakan sebelum PRU13 dahulu.....

Jika anda hendak tahu PUSAT-PUSAT HIBURAN itu terus beroperasi seperti biasa dan KERAJAAN BN yang memerintah sekarang seperti sudah lupa apa yang mereka perkatakan kepada KERAJAAN PAS dahulu....

Blogger-blogger UMNO BN pun sudah senyap sunyi akan isu ini sedangkan suatu masa dahulu merekalah antara yg mendesak supaya ditutup semua PUSAT-PUSAT HIBURAN yang dikatakan itu....

Antara salah satu penyebab KERAJAAN PAS TUMBANG adalah disebabkan menipulasi akan isu ini sehingga rakyat menolak KERAJAAN PAS dan mengharapkan supaya pemerintah baru yang diangkat supaya menutup semua tempat hiburan ini...

Namun apa yang dilihat selepas setahun setengah memerintah PUSAT-PUSAT HIBURAN ini terus beroperasi dengan bangganya dibumi KEDAH AMAN MAKMUR ini.... Sekarang timbul persoalan kenapakah semua pusat hiburan ini belum ditutup.... Adakah KERAJAAN BN takut kepada tokey-tokey yang beroperasi.. 

Jadi sekarang sekali lagi rakyat bertanya.. BILA MAHU TUTUP PUSAT-PUSAT MAKSIAT di KEDAH..??






*Note : Lihatlah nama-nama blog UMNO BN diatas gambar yang lantang mengempen akan isu pusat-pusat hiburan ini suatu waktu dahulu....namun kini semua sudah sunyi sepi seperti semua PUSAT-PUSAT HIBURAN itu sudah DITUTUP DIBUMI KEDAH.....