Rabu, 19 November 2014

Bujet Jalanraya di Kedah : Zaman PAS dulu hangpa hingaq macam barua, mai depa buat pulak tak apa..!!


HANGPA TENGOK KELAKU UMNO BN...masa Ust Azizan memerintah dahulu mereka bukan main bising isu bajet jalanraya nie.... siap kata ada penyelewengan peruntukan....

Tapi sekarang cuba lihat apa mereka lakukan.... Jika zaman Ust Azizan dikatakan seleweng... mai zaman Mukhriz nie nak panggil apa pulak....

Bayangkan BUJET RM150juta tapi guna sekitar RM24juta sahaja sedangkan ARWAH dahulu BUJET RM150juta guna RM50juta... kira 33% tapi mai BN lagi banyak digunakannya sampai tahap 25% sahaja dan selebihnya bawa pie mana?
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Ini pulak SIAP TEGURAN DARI MENTERI....

Am 18 Februari, 2012 13:52 PM

Kerajaan Kedah Diminta Guna Peruntukkan Selenggara Jalan

ALOR SETAR, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan Kedah diminta menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan bagi tujuan penyelenggaraan jalan-jalan yang rosak dan bukan menyimpannya untuk tujuan lain.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah berkata rakyat tidak seharusnya dibiarkan menanggung kesusahan akibat sikap tidak prihatin kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata rayuan dan permohonan penduduk Jalan Kilang Tebu di sini sejak empat tahun lepas supaya jalan sepanjang satu kilometer itu diturap baru atau diselenggara tidak dipedulikan adalah contoh sikap tidak peka kerajaan Kedah.

"Kegagalan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan penyelenggaraan bertentangan dengan slogan 'Kedah Sejahtera' yang dilaungkan kerajaan PAS Kedah," kata Latt Shariman kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui meninjau kerja-kerja membaiki dan menampung lubang Jalan Kilang Tebu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang gagal menangani masalah rakyat dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada kerajaan pusat dan Barisan Nasional (BN) menyelesaikannya.

Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid membangkitkan isu peruntukan itu pada sidang belanjawan DUN November tahun lepas berikutan kerajaan negeri hanya membelanjakan RM53 juta daripada peruntukan sebanyak RM146.7 juta yang diberikan kerajaan pusat untuk tahun 2010.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan bagi 2011, peruntukan diterima sebanyak RM73.8 juta dan sehingga Mei 2011 hanya RM21.4 juta digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini.

Pada sidang belanjawan itu, Azizan mengumumkan peruntukan sebanyak RM78.5 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri bagi tahun 2012.

Latt Shariman, yang juga ketua Umno bahagian Kuala Kedah, menyelar kerajaan negeri yang 'berkira' membelanjakan peruntukan tersebut walaupun rakyat menuntut untuk menikmati infrastruktur asas seperti jalan yang lebih selesa.

Beliau yang prihatin dengan masalah penduduk Jalan Kilang Tebu mengambil inisiatif mengumpul wang untuk membaiki dan menampung lubang jalan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ampang, Tan Eng Chuan, 57, yang hadir melihat kerja-kerja itu bersama jawatankuasanya, berterima kasih dan memuji sikap Latt Shariman kerana cepat mengambil tindakan selepas masalah itu diadukan kepadanya.

"Kami telah meminta bantuan wakil rakyat Kubang Rotan (Nasir Mustafa-PAS) dan anggota Parlimen Kuala Kedah (Ahmad Kassim-PKR) tetapi setelah empat tahun tiada jawapan kami tidak tahan.

"Jalan ini digunakan hampir 10,000 orang setiap hari selain jadi jalan utama ke dua sekolah menengah dan dua sekolah rendah. Jalan berlubang dan berlopak serta tiada lampu jalan menjadi punca kemalangan kerap berlaku di jalan ini," katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Kilang Tebu, Rozali Zainal Abidin, 39, berkata kerosakan jalan tersebut tidak pernah dibaiki selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan kerosakannya bertambah besar.

"Jalan ini sangat sibuk tidak pernah putus dengan kenderaan. Kami amat berterimakasih kepada Datuk Latt walaupun beliau bukan wakil rakyat tetapi masih mengambil berat aduan penduduk," katanya.

-- BERNAMA 


Tiada ulasan: