Rabu, 1 Oktober 2014

Wahai PAS!! Jika Nak Keluar Buat Cara Nak Keluar, Jika Nak Kekal Buat Cara Nak Kekal..

Gesaan untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Nasib dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bakal ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu dan pimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan mengenai status mereka.

Ekoran dari kemelut dalaman parti tersebut telah menjadi bualan di media sosial. Kemelut yang melanda PAS itu sudah pasti sedikit sebanyak mencalar imej parti itu yang dikatakan tidak bersepakat. Kemuncak kemelut tersebut apabila segelintir ahli PAS menubuhkan PASma yang dilihat lebih cendurung kepada Anwar. PAS juga telah dilihat sebagai berpecah apabila tidak bersepakat untuk membuat keputusan.

Selain itu terdapat juga segelintir ahli PAS yang dilaporkan membuat cadangan untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO. Ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya screen shot perbualan antara ahli PAS baru baru ini.

Selain kemelut dalaman, percanggahan pendapat antara parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR dilihat sebagai satu pengkhinatan kepada kerjasama antara PAS, DAP dan PKR. Akibat percanggahan tersebut, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali hanya melantik 3 wakil PAS menjadi exco dalam pentadbiran beliau. Pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor PAS tewas kepada BN dengan majoriti yang lebih besar berbanding pada pilihanraya umum ke 13.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

Apapun, PAS perlu bertindak untuk membersihkan namanya sebelum keyakinan rakyat terhadap parti itu pudar.

Tiada ulasan: