Khamis, 30 Oktober 2014

MP PR untuk sessi PRU13 kebanyakkannya 'mandom-mandom' belaka..!!!

oleh AnakKedah007

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/pakatan_355_142_100.jpg
Aku nak tegoq MP PR sekarang nie... aku tengok hangpa untuk sessi nie memang teramat mandom dan tak reti nak bawa isu rakyat... Apa fungsi hangpa di parlimen pun sekarang nie tak tahu... sekadar mai claim elaun dan ambik makan gaji buta sahja aku rasa....

Sedangkan kat luaq sana belambak isu-isu rakyat yang perlu di bawa dan sampaikan mesej kepada rakyat jelata.... kami ibarat kehilangan YB-YB seperti Saifuddin Nasution, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Firdaus Jaafar, Ahmad Kasim, Dr Hayati, Taib Azamuddin dan beberapa orang lagi....

Jika dilihat akan kewujudan di parlimen seperti tak ada.... orang nak ikuti perkembangan parlimen pun rasa macam malas...entah la jadi apa pun tak tahu...semuanya kelihatan suram dan macam ada tak ada pun orang tak kesah dah....

Hendak kata tak ada isu-isu panas dan isu semasa...itu tak benar...hari-hari rakyat dilonggok isu oleh UMNO BN namun hangpa semua tak mampu nak olahnya....lihatlah akan isu yang dikatakan oleh sdr Zulhazmi Shariff ini....perkara ini jika diolah dan disampaikan kepada rakyat dibawah ia merupakan satu isu besar tapi nak buat camna semua dah mandom...
Aku tengok ramai update pasai isu Kg. Chubadak dan akan berlaku di kampung2 berdekatan. Ada yang pertahan sungguh2.. ada yg jd pelawat politik... mcm2 ada... Aku turut bersimpati dan bersolidariti dgn mangsa kezaliman di Kg Chubadak walaupun aku tak turun bersama. Kita ada cara masing2.

Cuma aku nak kata gini. Isu Kg. Chubadak tu satu kezaliman yang nyata tapi masih ada lg isu lain yg lebih zalim tetapi tak ada atau tak ramai orang bangkitkan atau perjuangkan. Apa isunya?? Isunya ialah isu tahan SOSMA atau tahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. SOSMA ini ialah akta yang mengantikan ISA.

SOSMA ini sebenarnya sama dan/atau lebih zalim dari ISA malah bagi aku lebih zalim dr Kg. Chubadak. Mangsa SOSMA setakat ini yang aku tau amat teruk dizalimi ialah Abang Yazid Sufaat suami kepada Kak Chomel Mohamad.

Abang Yazid ditangkap dan didakwa melalui SOSMA di Mahkamah Tinggi. Semasa perbicaraan, telah diputuskan bahawa beliau tidak bersalah. Sepatutnya beliau dilepaskan dan dibebaskan, tetapi SOSMA yang zalim terus membolehkan beliau dipenjarakan sehingga rayuannya selesai. Sehingga hari ini rayuan beliau belum bermula. Selagi tidak bermula, selagi itu beliau dipenjarakan sedangkan beliau telah terbukti tidak bersalah.

Ini lagi zalim. Ada siapa ambik tahu??

Zulhazmi Shariff

Tiada ulasan: