Khamis, 3 Julai 2014

Adakah MB KEDAH juga penaja golongan ekstrimis?

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/10/Mukhriz1.jpg

Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato' Dr Mashitah Ibrahim diingatkan agar menghentikan tuduhan ekstrem beliau terhadap institusi pondok yang dibangunkan atas keprihatinan tuan guru dan rakyat untuk menyuburkan ilmu Islam.

Kenyataannya mengaitkan pondok sebagai tempat menyebarkan fahaman esktremis merupakan satu tuduhan melulu dan menunjukkan prejudis melampau beliau terhadap kerja buat dan jasa tuan-tuan guru pondok dalam menyampaikan Islam serta keupayaan pasukan keselamatan negara dalam memantau dan menangani aktiviti ekstremis di negara ini.

Jika demikian, bagaimana penyamun, perompak, penagih dadah dan individu-individu perosak negara termasuk penjenayah kolar putih yang merupakan lulusan sekolah atau universiti kerajaan? Adakah sekolah dan universiti itu yang disalahkan?

Begitu juga Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang kebelakangan ini kerap memasuki pondok-pondok. Apakah beliau sedang menaja kegiatan tertentu untuk kepentingan peribadi?

Tiada ulasan: