Ahad, 14 Disember 2014

Pendekatan TG Nik Aziz ini boleh dijadikan tauladan kepada pemimpin yang lain..

TGNA INSPIRASI YANG MENDIDIK

Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari insan istimewa ini..

Ketika hari mengundi(PRU13), beliau boleh memilih untuk orang ramai memberi keistimewaan kepadanya.. Namun beliau memilih untuk menjadi orang biasa... Tekun beratur menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi...

Walaupun betapa kasihnya beliau pada pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan tetapi beliau tetap dengan keputusan mengundurkan diri apabila kesihatan beliau mula beransur kurang sihat..

Suri tauladan kepada pemimpin yang lain..

Khamis, 11 Disember 2014

Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.


https://c2.staticflickr.com/4/3002/2832983528_d3c84174cb.jpg

Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki olehRobert Kwok ;
MSR milik Robert Kwok sepenuhnya
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor
Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan
Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group
Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance
Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan
Nak ambil road tax, kena pergiPUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang
Landasan keretapi siapa buat?= MMC
MMC milik siapa? = Mayland Group
Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas,pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.
Ok la… I orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong
Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja!
Apabila nak hantar surat, kenalekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.

Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.

Khamis, 4 Disember 2014

Baik sungguh PM & TPM kita nie dengan warga asing?

 

Alhamdulillah memang sehati sejiwa PM & TPM kita... seorang pie China bawa balik warga asing 30K manakala seorang yang duduk dalam negara setuju pulak terima 12K warga asing untuk masuk Malaysia tahun hadapan.

Yang sudah belambak dalam negara pun dah tidak tahu nak letak mana...tapi disebabkan kebijaksanaan ketua tertinggi negara membuat keputusan maka tahun hadapan kita tambah lagik 42K datang sumbat mai Malaysia..

Itu yang rasmi..manakala yang tak rasmi datang naik tongkang, datang nak dapat IC FREE belum di buat pengiraan lagi... dan semua itu dicampur pula dengan apa yang sudah ada dah dalam negara Malaysia nie....

Cuba Saksikan video nie sebentar :

Di Malaysia pula, dilaporkan sejumlah 1.58 juta warga asing berdaftar sehingga Julai tahun itu seperti yang dilaporkan di dalam Berita Harian pada 24 Oktober 2012. Angka itu terus bertambah pada tahun lalu. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seramai 2.1 juta pekerja asing berdaftar dan mempunyai pas daripada Jabatan Imigresen.

Jumlah sebenar warga asing tidak dapat dipastikan namun dikatakan terdapat lebih 1.3 juta pendatang asing tanpa izin memasuki Malaysia (Sinar Harian, 23 Oktober 2013). Dapat disimpulkan di sini bahawa warga asing sama ada sah ataupun tanpa izin dari tahun 2012 terus meningkat pada tahun 2013.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menghargai sumbangan warga asing dalam pembangunan sektor ekonomi negara ini, khususnya dalam sektor hartanah. Perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat secara tidak langsung telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada mereka seperti dalam bidang pembinaan, pertanian dan perladangan serta juga bidang lain (Zulkarnain, 2010).

Kemasukan mereka ke negara yang dianggap ‘lubuk emas’ ini dapat diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kemasukan yang terlampau ramai menggerunkan sebahagian rakyat sehingga ada yang merasakan Malaysia tidak lagi selamat untuk didiami.

Kemasukan mereka yang tidak terkawal juga menimbulkan pelbagai igauan ngeri dalam naluri masyarakat setempat. Lihat keratan UTUSAN dibawah...






Selasa, 2 Disember 2014

Bila MUKHRIZ mahu tutup Pusat Hiburan yang diluluskan oleh Kerajaan Kedah yang lalu?

Masih ingatkah anda lagi dengan kempen blogger-blogger UMNO berkenaan ISU PUSAT HIBURAN & KELAB MALAM yang dikatakan diluluskan oleh KERAJAAN PAS dahulu....

Dan sekarang tahukah anda apa sudah jadi dengan PUSAT-PUSAT HIBURAN yang riuh diperkatakan sebelum PRU13 dahulu.....

Jika anda hendak tahu PUSAT-PUSAT HIBURAN itu terus beroperasi seperti biasa dan KERAJAAN BN yang memerintah sekarang seperti sudah lupa apa yang mereka perkatakan kepada KERAJAAN PAS dahulu....

Blogger-blogger UMNO BN pun sudah senyap sunyi akan isu ini sedangkan suatu masa dahulu merekalah antara yg mendesak supaya ditutup semua PUSAT-PUSAT HIBURAN yang dikatakan itu....

Antara salah satu penyebab KERAJAAN PAS TUMBANG adalah disebabkan menipulasi akan isu ini sehingga rakyat menolak KERAJAAN PAS dan mengharapkan supaya pemerintah baru yang diangkat supaya menutup semua tempat hiburan ini...

Namun apa yang dilihat selepas setahun setengah memerintah PUSAT-PUSAT HIBURAN ini terus beroperasi dengan bangganya dibumi KEDAH AMAN MAKMUR ini.... Sekarang timbul persoalan kenapakah semua pusat hiburan ini belum ditutup.... Adakah KERAJAAN BN takut kepada tokey-tokey yang beroperasi.. 

Jadi sekarang sekali lagi rakyat bertanya.. BILA MAHU TUTUP PUSAT-PUSAT MAKSIAT di KEDAH..??






*Note : Lihatlah nama-nama blog UMNO BN diatas gambar yang lantang mengempen akan isu pusat-pusat hiburan ini suatu waktu dahulu....namun kini semua sudah sunyi sepi seperti semua PUSAT-PUSAT HIBURAN itu sudah DITUTUP DIBUMI KEDAH.....

Khamis, 27 November 2014

[PANAS] LEMAN RAJA LAWAK cabar MASHITAH duduk sepentas berforom..!!!


Amacam MASHITAH ada berani ka menyahut seruan LEMAN RAJA LAWAN nie... dah hang sedap mulut dok kata kata dia nak jadi USTAZ SEGERA la USTAZ EKSPRES laa jadi sekarang tuan badan dah cabaq hang duduk sepentas....

Amacam ada berani kaa... atau sekadar menyalak dalam kandang sendiri....??

Ini Video MASHITAH dok ngumpat LEMAN...!!

Amboiii!!! sedapnya hang Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim mengata orang...



Amboiii!!! sedaknya hang Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim mengata orang... orang berubah kearah yang lebih baik namum hang kearah mana?

Dulu BERTUDUNG LABUH bergelar USTAZAH namum bila mana masuk UMNO title Ustazah entah kemana menghilang , gelaran Dato sebagai penganti... dari bertudung labuh setelah bersama UMNO tudung bertukar gaya sehingga menampakkan bentuk buah dada ...

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi medan hang mengumpat dan menghina mereka yang lain... apakah hang bangga dengan perjuangan hang sekarang?

CELARU orang hang nampak, HAKIKATNYA hang lagi CELARU Mashitah weyy... Mashitah sekarang tak sama dengan mashitah dulu-dulu....

LAST..Kot-kot Ustazah yang tak segera boleh beritahu apa hukum pegang tangan lelaki bukan muhrim....

http://3.bp.blogspot.com/-X64gIkuOcJ4/UOp4XD1-LPI/AAAAAAAAvMU/WMV7em4sG6g/s640/Mashitah%2Bcium%2Btangan%2BPak%2BLah.jpg

Sultan Pahang mengeluh samseng lebih berkuasa dari Ketua Polis Negara..!!!



Samseng2 neh takan hidup kalau PDRM buat kerja.
Kalau SPRM bertindak.
Kalau majlis perbandaran pantau.

Takan samseng lagi power dari arahan KPN kot?
Takan samseng lagi power dari sultan kot?
Takan samseng lagi power dari MB Pahang kot?
Takan samseng lagi power dari PM Malaysia kot?

Sudah pasti ada orang yang lagi power dok bela samseng-samseng nie..!!

Rabu, 26 November 2014

BULI BOLA : FAM penakut dengan Persatuan Bolasepak Singapura

Dengan apa yang berlaku kepada para penyokong bolasepak Malaysia darah gua sekali lagi menyirap dengan kelaku busuk mereka ini.

Sudahla sebelum ini nak main di negara mereka kena main atas padang rumput tiruan...macam pelaq aja kelaku tuu dan kini bila penyokong nak pie tengok pula depa buat kelaku di sempadan depa...

Apa punya malang nasib negara yang nama MALAYSIA nie...orang luaq buli sekupang dua sahaja.... cakap kat Singapura jika tak ada padang bolasepak rumput asli baik tak payah jadi tuan rumah...main futsal bolehlah atas padang tersebut....FAM pun satu orang buli macam tu pun gagah dok tebiang nak pie main jugak...boikot aja senang cerita.....

Nie mai bab dok tahan penyokong MALAYSIA pulak kat sempadan... macam nie punya kelaku pun MALAYSIA boleh dok sopan santun lagi.... TARIK DIRI aja apa nak susahnya... dok biaq orang luaq buli kita sekupang dua jaa.....

FB KJ : KLIK SINI

Selasa, 25 November 2014

Ini baru nama kerajaan, Peruntukan DUN diberikan kepada semua ADUN

Yang paling merujakan dalam pembentangan Bujet Selangor oleh Azmin ialah peruntukan untuk adun kerajaan dan pembangkang . Ini menujukkan bahawa Azmin Ali seorang MB yang adil dan profesional dan tidak tahu erti berdendam apabila projek untuk rakyat menerus wakil rakyat juga ditambah sebanyak RM200,000 menjadikan RM700,000 untuk setiap wakil rakyat. Turut sama menerima budi ini ialah wakil rakyat Barisan Nasional yang kesemuanya bernilai RM2.4 juta.

Sikap memandang sama rata dan tanpa mengambil kira sentimen politik demi kemajuan Selangor inilah merupakan sikap yang patut dipuji dan menunjukkan Azmin Ali seorang pemimpin rakyat untuk semua golongan tanpa mempedulikan fahaman politik. Dengan pendekatan yang diambil itu tidak ada sebab untuk parti pembangkang di Selangor tidak menyokong Azmin Ali. Ketua pembangkang di DUN Selangor juga mendapat layanan istimewa apabila diberikan kereta dan elaun RM3,000.

Perbelanjaan bertema, Perbelanjaan Berkualiti, Rakyat Dipeduli, inysa-Allah akan menjadi sebutan dan sekaligus melonjakkan nama Minali sebagai MB Selangor yang disenangi semua rakyat dari semua golongan seterusnya meletakkan beliau sebagai MB yang berdaya maju di negara ini.

Ketua pembangkang S'gor dapat kereta rasmi


Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN. (more)

S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin. (more)

Jumaat, 21 November 2014

Memang Ale Uto aihh si Khalid Ibrahim nie, RM2.6juta lebur kerana 8 orang..!!

Orenji Ren Oren with Zar Ali IV Ali and 49 others

 

Bukak mata besar besar, baca!!! Pertama kali dalam sejarah Negeri Selangor, rasanya juga pertama kali dalam Sejarah Malaysia ORANG YANG MELETAKKAN JAWATAN KERANA KETIDAKPUASAN HATI DAPAT PAMPASAN.. Rasanya UMNO pun x buat macam ni!!! Pampasan yg bukan saja sesuatu yang luar biasa, bahkan jumlahnya juga terlalu tinggi.

Maklumat yg diterima dan yg telah tersebar meluas di media sosial sejak 2 hari lepas menunjukkan jumlah yg mereka dapat seperti berikut:

1) RAHIMAH BINTI KAMARUDDIN
PEGAWAI KOORDINASI MB SELANGOR
GAJI BULANAN RM 11, 000 X 67 BULAN .
TERIMA PAMPASAN - RM 221,100

2) FAEKAH BINTI HUSIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MBI
GAJI BULANAN RM 39,000 X 50 BULAN.
TERIMA PAMPASAN - RM 585,000.

3) ARFA'EZA BINTI ABD AZIZ
SETIAUSAHA AKHBAR MB
GAJI BULANAN RM 18,000 X 77 BULAN.
TERIMA PAMPASAN - RM 415,800

4) ROHANI BINTI DATUK TALIB
KETUA PEGAWAI OPERASI MBI
GAJI BULANAN RM 24,000 X 65 BULAN.
TERIMA PAMPASAN RM 475,200

5) MUSTAFA TALIB
SETIAUSAHA POLITIK MB
GAJI BULANAN RM 10,000 X 78 BULAN .
TERIMA PAMPASAN RM 234,000

6) DR SULAIMAN MASRI
PEGAWAI KHAS KOMUNIKASI
GAJI BULANAN RM 8000 X 65 BULAN .
TERIMA PAMPASAN RM 156,000

7) ABDUL HALIM MOHD YUSOF
PENGURUS PENYELIDIKAN EKONOMI
GAJI BULANAN RM 10,000 X 50 BULAN.
TERIMA PAMPASAN RM 150,000

8) TUAN NAZURI ISMAIL
PEGAWAI AKHBAR
GAJI BULANAN RM 6000 X 55 BULAN.
TERIMA PAMPASAN RM 97,200.

Aku rasa macam nak carut depan muka diorang2 ni.. Berpuluh staff yg diterajang dari SUK dan MBI oleh m Khalid, Faekah dan konco konconya sesen pun x dapat atas alasan 'x mencapai objektif dan sasaran'. Kepala bana ko!!!

Staff yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, gaji x seberapa ditamatkan perkhidmatan mereka hanya kerana akur kepada keputusan pimpinan PKR yg menetapkan Khalid harus meletakkan jawatan MB. Yg diorang yg dah masyuk gaji beriban riban ni siap dapat pampasan walaupun BERHENTI ATAS KERELAAN SENDIRI. WTF!!! Abdul Khalid Ibrahim x mengaku meluluskan dan konon terkejut! Konon x tahu menahu lah!!! Woi.. X tau 8 staff dia tu dapat pampasan sebanyak tu. Rakyat Selangor lagi terkejut!!! Itu duit rakyat, duit dari cukai rakyat! Kalau tanpa ko dan 4 Exco ko waktu tu yg luluskan, siapa lagi? Takkan Anwar Ibrahim pulak?? Takkan Dr Wan Azizah Wan Ismail pulak?? Lanjiooooo!!!

Pada geng geng pejuang Khalid yg bermati2an pertahankan dulu, korang dapat hape?? Ada persen x untuk korang dari pampasan bos bos korang tu??? Kalau kes ni melibatkan UMNO-BN korang jugak antara yg bersama kami dalam menghebahkan dan menentangnya atas fakta yg sama.. Tapi dalam kes ni, kenapa korang sikit pun x berbunyi?? Mulut kene tampal selotep ke atau dh kene stapler?? Aku xkn halalkan walau sesen pun duit aku yg digunakan utk tujuan pampasan melampau ni..

Aku cabar khalid ulangi ayat yg menjadi kebanggaan macai2 khalid "LAPORKAN KEPADA SPRM KALAU ADA BUKTI".. Kata nak lead REFORMASI TULEN?? REFORMASI TULEN la konon!!! Puuuuuuiii!!! Orang zaman reformasi bangkit ke jalanraya, si Khalid ni duduk sedap atas seat empuk GLC milik kerajaan UMNO-BN.. Lagi mau cakap REFORMASI TULEN?? Diberi peluang untuk mentadbir bersama PR, masuk penggal kedua dah lupa diri.. Memalukan!!!

Khamis, 20 November 2014

Bila EXCO KEDAH BODOH sebab tu dia kata bina KUIN satu kesilapan..!!


BAYAQ JANGAN TAK BAYAQ... JIKA RUGI KALU DAN HANGPA BERANI JUAL LAH KUIN TUU...
ALAA BAYAQ UNTUK ANAK BANGSA SEAGAMA MENUNTUT ILMU..TAKAN SALAH KOT...

PIE BUAT PEKAN RABU BOLEH, LAPANGAN TERBANG BOLEH, BANDAR GETAH BOLEH, TAPI NAK BUAT UNTUK ANAK BANGSA MENGAJI TAK BOLEH PULAK....

Untuk makluman lagi utk puak bengong nie.... KUIN dibina utk tujuan pendidikan bukan untuk tujuan pelaburan. Hang pa memang otak lanun..... Yang hang pa tau duit untung duit untung.....asyik pikiaq nak buat bisnes dgn rakyat aja yg hang pa tau...

depa nie takut sbb pakatan nk bg rakyat cerdik tp BN nk rakyat bodph supaya senang diperbodohkan.. itu aja.....

Rabu, 19 November 2014

Bujet Jalanraya di Kedah : Zaman PAS dulu hangpa hingaq macam barua, mai depa buat pulak tak apa..!!


HANGPA TENGOK KELAKU UMNO BN...masa Ust Azizan memerintah dahulu mereka bukan main bising isu bajet jalanraya nie.... siap kata ada penyelewengan peruntukan....

Tapi sekarang cuba lihat apa mereka lakukan.... Jika zaman Ust Azizan dikatakan seleweng... mai zaman Mukhriz nie nak panggil apa pulak....

Bayangkan BUJET RM150juta tapi guna sekitar RM24juta sahaja sedangkan ARWAH dahulu BUJET RM150juta guna RM50juta... kira 33% tapi mai BN lagi banyak digunakannya sampai tahap 25% sahaja dan selebihnya bawa pie mana?
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Ini pulak SIAP TEGURAN DARI MENTERI....

Am 18 Februari, 2012 13:52 PM

Kerajaan Kedah Diminta Guna Peruntukkan Selenggara Jalan

ALOR SETAR, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan Kedah diminta menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan bagi tujuan penyelenggaraan jalan-jalan yang rosak dan bukan menyimpannya untuk tujuan lain.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah berkata rakyat tidak seharusnya dibiarkan menanggung kesusahan akibat sikap tidak prihatin kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata rayuan dan permohonan penduduk Jalan Kilang Tebu di sini sejak empat tahun lepas supaya jalan sepanjang satu kilometer itu diturap baru atau diselenggara tidak dipedulikan adalah contoh sikap tidak peka kerajaan Kedah.

"Kegagalan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan penyelenggaraan bertentangan dengan slogan 'Kedah Sejahtera' yang dilaungkan kerajaan PAS Kedah," kata Latt Shariman kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui meninjau kerja-kerja membaiki dan menampung lubang Jalan Kilang Tebu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang gagal menangani masalah rakyat dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada kerajaan pusat dan Barisan Nasional (BN) menyelesaikannya.

Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid membangkitkan isu peruntukan itu pada sidang belanjawan DUN November tahun lepas berikutan kerajaan negeri hanya membelanjakan RM53 juta daripada peruntukan sebanyak RM146.7 juta yang diberikan kerajaan pusat untuk tahun 2010.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan bagi 2011, peruntukan diterima sebanyak RM73.8 juta dan sehingga Mei 2011 hanya RM21.4 juta digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini.

Pada sidang belanjawan itu, Azizan mengumumkan peruntukan sebanyak RM78.5 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri bagi tahun 2012.

Latt Shariman, yang juga ketua Umno bahagian Kuala Kedah, menyelar kerajaan negeri yang 'berkira' membelanjakan peruntukan tersebut walaupun rakyat menuntut untuk menikmati infrastruktur asas seperti jalan yang lebih selesa.

Beliau yang prihatin dengan masalah penduduk Jalan Kilang Tebu mengambil inisiatif mengumpul wang untuk membaiki dan menampung lubang jalan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ampang, Tan Eng Chuan, 57, yang hadir melihat kerja-kerja itu bersama jawatankuasanya, berterima kasih dan memuji sikap Latt Shariman kerana cepat mengambil tindakan selepas masalah itu diadukan kepadanya.

"Kami telah meminta bantuan wakil rakyat Kubang Rotan (Nasir Mustafa-PAS) dan anggota Parlimen Kuala Kedah (Ahmad Kassim-PKR) tetapi setelah empat tahun tiada jawapan kami tidak tahan.

"Jalan ini digunakan hampir 10,000 orang setiap hari selain jadi jalan utama ke dua sekolah menengah dan dua sekolah rendah. Jalan berlubang dan berlopak serta tiada lampu jalan menjadi punca kemalangan kerap berlaku di jalan ini," katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Kilang Tebu, Rozali Zainal Abidin, 39, berkata kerosakan jalan tersebut tidak pernah dibaiki selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan kerosakannya bertambah besar.

"Jalan ini sangat sibuk tidak pernah putus dengan kenderaan. Kami amat berterimakasih kepada Datuk Latt walaupun beliau bukan wakil rakyat tetapi masih mengambil berat aduan penduduk," katanya.

-- BERNAMA 


Jumaat, 14 November 2014

UMNO memang pelaq, mereka yang gadai AGAMA & BANGSA lepas tu tuduh orang lain pulak..!!

 

50 tahun lebih UMNO memerintah  negara...
Mana Hilangnya Pulau Batu Putih, Tanah KTMB di S'pore
Mana Hilangnya Kedaulatan Agama Islam Bawah Mahkamah Syariah
sampai LELAKI PAKAI BAJU PEREMPUAN pun tak boleh hukum
disebabkan PERLEMBAGAAN NEGARA lagi tinggi dari Hukum Islam?

Anda Jawab 3 Soalan nie dulu wahai Hisahm.....

Khamis, 13 November 2014

JPJ amat dahagakan sokongan sekarang ini....sampai nama Tun M pun dijualnya..!!

Kesian la admin fb JPJ ni... Yg tulis apa salah JPJ tu admin page "Saya Sayang Tun Dr Mahathir"... Dia pi terima kasih kat Tun Mahathir... dahagakan sokongan nak menghalalkan perbuatan mereka nampaknya... JPJ oh JPJ....

 

Isnin, 10 November 2014

Menteri Jepun yang kapiaq letak jawatan bila salah beli alat solek, mai menteri Malaysia..!!!

King Jason


Salah beli alat solek jer.. menteri Jepun kafir lahanut nih jujur telus ikhlas lalu pasrah rasa lalu berdosa . Terus dia letak jawatan. Apa daaa..

Barang solek jer pon. Berapa hengggit sangat laahh..

Kat negara kita. Menteri beragama Islam lagi. Bertuhankan Allah. Yang percaya syurga neraka. Yang mengucap khalimah syahadah. Ada malaikat catat selamba derk jer nipu. Jangan kata alat solek.. kilang kilang alat solek pon menteri kita nih boleh beli.

Berbilion wang rakyat dibahagikan sesama mereka. Tuh tengok. Adik Mat Mazlan menteri meniru dapam exam pon bakai Bugati. Tu baru keta belum tengok rumah2 dia lagi. Mana dapat duit tu?

Mana lagi dapat kalau bukan merompak cara terhormat!!!

Yang kita ni diammmmmm jer biar semua nih berlaku . Taw taw hutang negara 700 bilion masih lagi bodoh sokong BN. .

Haru..haru..!!

Cadangan agihan subsidi minyak cetus salah guna MyKad

http://2.bp.blogspot.com/-tH9ixpdDSsg/VEbxGnC5DaI/AAAAAAAAwMA/MwHUmJnIg4Y/s1600/GST-minyak-copy-685x320.jpg
http://cdn.denaihati.com.my/wp-content/uploads/2011/06/mykad.png

Walaupun cetusan idea pemberian subsidi melalui MyKad ini baru diperdebatkan, saya begitu sangsi dengan perlaksanaan idea ini yang menjurus kepada perlaksanaan yang kucar-kacir terutama pengunaan MyKad orang lain.

Rata-rata masyarakat Malaysia belum begitu matang malah agak sensitif penarikan subsidi  yang mengakibatkan mereka menampung kesemua kos bahan api. MyKad individu  berpendapatan rendah akan disalahgunakan oleh rakyat golongan  pendapatan tinggi.

Contoh yang mudah untuk menerangkan fenomena ini ialah antara ayah atau anak yang  berpendapatan yang tinggi mengunakan MyKad ibu atau ayahnya dalam golongan pendapatan rendah.

Bagaimana mekanisma ini menunjukkan keadilan dan kredibiliti kerajaan?

Barangkali ada hujah mengatakan kita perlu beretika.

Persoalannya apakah pencapaian nilai etika masyarakat Malaysia sudah ditahap matang?

Jadi, saya berpendapat kerajaan perlu membuat kajian yang lebih praktikal dan adil dengan melantik pihak yang neutral dan berwibawa secara ilmiah sebelum membuat keputusan yang boleh  merendahkan imej kerajaan.

Melantik beberapa universiti atau kolej di Malaysia untuk membuat penyelidikan secara  neutral boleh memberi input yang baik kepada kerajaan.

Kerajaan tidak boleh bergantung dengan hasil penyelidikan dari agensi-gensi kerajaan kerana  sejak kebelakangan ini kajian tersebut terlalu bias yang rata-rata tidak mewakili inspirasi matlamat Kerajaan Persekutuan.

Diharap kementerian serta agensi kerajaan yang lain lebih peka dengan mencari mekanisme   terbaik untuk mencari keadilan yang tidak banyak  mengunakan penguatkuasaan dari segi bilangan  anggota, masa dan tindakan.

TENGKU MAN
Pandan Indah

Ahad, 9 November 2014

Inilah kelaku HODOH & BUSUK UMNO didedahkan oleh orang UMNO sendiri

Ir Bushro dedah amalan tidak sihat Umno

 Ir. Muhammad Bushro Mat Johor
Ir. Muhammad Bushro Mat Johor

SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor.

Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

"Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

"Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

"Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

"Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana," katanya.

Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

"Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

"Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan," katanya.

Sabtu, 8 November 2014

Pesanan untuk pekerja yang berhadapan orang ramai, mulut mau manis hati mau keras telinga mau tebal

 
Nah ambik hang kak long... baru ada akai...lain kali hati mau bersih, kerja dengan masyarakat nie jangan dok tunjuk kelaku hodoh...zaman dahulu boleh la tak ada kamera & cctv.... cakap la apa pun orang tak boleh buat bukti...

skrg terimalah hakikatnya...begitu jugalah pesanan untuk sahabat yang berhati2lah sekarang nie....suka tak suka hati mau manis telinga mau tebal jika bekerja perlu berhadapan dengan orang ramai nie....

Selasa, 4 November 2014

Kenapa rakyat "meluat" sangat dengan JPJ..???

oleh AnakKedah007

 
 
SUMBER LINK FB : KLIK SINI

Sedih dan sayu kami lihatnya... kekadang bila baca komen rakyat di page JPJ tu terasa macam kesian pun ada... sedih pun ada... dan nak geleng kepala pun ada.... 

Bukannya apa jika dilihat apa yang dikatakan dalam komen-komen status tersebut ia kelihatan 99% pengguna dalam page JPJ tu menyokong akan tindakan yg dilakukan oleh sahabat diatas atas rasa kemeluatan terhadap pegawai JPJ... 

Ini dikatakan dek kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...dan jika dilihat dengan komen distatus tersebut NILA ITU BUKANLAH SETITIK dah..berkemungkinan sudah jadi SETIMBA....

Jadi kepada sahabat yg berada di JPJ dan juga kepada RAKYAT JELATA yang terpaksa berurusan dengan JPJ kembalilah masing-masing menyuluh apa yang ada dalam diri...kembalilah kepada nilai-nilai murni antara saatu sama lain dan juga sifat bertoleransi serta budi bicara dalam kehidupan apabila satu sama lain berurusan......

masing-masing nak tunjuk cengei nak tunjuk hebat nak tunjuk kuasa..semua itu tak ada faedahnya...menambahkan dendam kesumat antara satu sama lain adalah lagi.....

Khamis, 30 Oktober 2014

MP PR untuk sessi PRU13 kebanyakkannya 'mandom-mandom' belaka..!!!

oleh AnakKedah007

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/pakatan_355_142_100.jpg
Aku nak tegoq MP PR sekarang nie... aku tengok hangpa untuk sessi nie memang teramat mandom dan tak reti nak bawa isu rakyat... Apa fungsi hangpa di parlimen pun sekarang nie tak tahu... sekadar mai claim elaun dan ambik makan gaji buta sahja aku rasa....

Sedangkan kat luaq sana belambak isu-isu rakyat yang perlu di bawa dan sampaikan mesej kepada rakyat jelata.... kami ibarat kehilangan YB-YB seperti Saifuddin Nasution, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Firdaus Jaafar, Ahmad Kasim, Dr Hayati, Taib Azamuddin dan beberapa orang lagi....

Jika dilihat akan kewujudan di parlimen seperti tak ada.... orang nak ikuti perkembangan parlimen pun rasa macam malas...entah la jadi apa pun tak tahu...semuanya kelihatan suram dan macam ada tak ada pun orang tak kesah dah....

Hendak kata tak ada isu-isu panas dan isu semasa...itu tak benar...hari-hari rakyat dilonggok isu oleh UMNO BN namun hangpa semua tak mampu nak olahnya....lihatlah akan isu yang dikatakan oleh sdr Zulhazmi Shariff ini....perkara ini jika diolah dan disampaikan kepada rakyat dibawah ia merupakan satu isu besar tapi nak buat camna semua dah mandom...
Aku tengok ramai update pasai isu Kg. Chubadak dan akan berlaku di kampung2 berdekatan. Ada yang pertahan sungguh2.. ada yg jd pelawat politik... mcm2 ada... Aku turut bersimpati dan bersolidariti dgn mangsa kezaliman di Kg Chubadak walaupun aku tak turun bersama. Kita ada cara masing2.

Cuma aku nak kata gini. Isu Kg. Chubadak tu satu kezaliman yang nyata tapi masih ada lg isu lain yg lebih zalim tetapi tak ada atau tak ramai orang bangkitkan atau perjuangkan. Apa isunya?? Isunya ialah isu tahan SOSMA atau tahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. SOSMA ini ialah akta yang mengantikan ISA.

SOSMA ini sebenarnya sama dan/atau lebih zalim dari ISA malah bagi aku lebih zalim dr Kg. Chubadak. Mangsa SOSMA setakat ini yang aku tau amat teruk dizalimi ialah Abang Yazid Sufaat suami kepada Kak Chomel Mohamad.

Abang Yazid ditangkap dan didakwa melalui SOSMA di Mahkamah Tinggi. Semasa perbicaraan, telah diputuskan bahawa beliau tidak bersalah. Sepatutnya beliau dilepaskan dan dibebaskan, tetapi SOSMA yang zalim terus membolehkan beliau dipenjarakan sehingga rayuannya selesai. Sehingga hari ini rayuan beliau belum bermula. Selagi tidak bermula, selagi itu beliau dipenjarakan sedangkan beliau telah terbukti tidak bersalah.

Ini lagi zalim. Ada siapa ambik tahu??

Zulhazmi Shariff

Rabu, 29 Oktober 2014

MUFTI PERAK pening dah kot nak guna duit zakat untuk tebus tanah rizab melayu..!!

Cadang tebus guna wang zakat

Harussani (tiga, kiri) memegang replika buku Soal Jawab Hudud yang dilancarkannya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah semalam.  
Harussani (tiga, kiri) memegang replika buku Soal Jawab Hudud yang dilancarkannya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah semalam.

IPOH - Demi memastikan tanah rizab Melayu tidak terus berkurangan daripada semasa ke semasa, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar semua tanah berkenaan ditebus kembali menggunakan hasil kutipan zakat.

Menurutnya, selain membantu golongan asnaf, hasil kutipan zakat berkenaan boleh sewajarnya digunakan bagi menebus kembali tanah-tanah rizab Melayu yang tergadai selama ini.

Katanya, tanah-tanah tersebut kemudiannya boleh dimajukan dan diserahkan kepada golongan fakir miskin.

“Tanah rizab Melayu semakin terhakis. Maklumat terbaharu yang kita terima hanya tinggal 12.5 peratus tanah ini kerana ia tidak pernah diganti semula.

“Dalam Perlembagaan kita sudah dinyatakan setiap inci tanah dirizabkan kepada bangsa Melayu, kalau sekiranya diambil atau terjual hendaklah digantikan dengan tanah yang serupa agar bilangannya dan kadarnya tidak berkurangan.

“Oleh itu kita harap lebih ramai orang Melayu Islam tampil bagi melaksanakan tanggungjawab membayar zakat, sekali gus membantu lebih ramai golongan miskin di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media setelah merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah, di sini, semalam.

Harussani turut menyempurnakan pelancaran dua buku bertajuk Daulah Toyyibah dan Soal Jawab Hudud,

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapin), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Difahamkan, pada seminar yang berlangsung selama dua hari itu, lapan kertas kerja akan dibincangkan oleh tokoh ulama dan ahli akademik.

Harussani berkata, beliau berharap semua pihak termasuk ulama dan umarah dapat berperanan dalam usaha membentuk sebuah negara toyyibah.

Justeru katanya, semua pihak perlu berpegang teguh kepada Perlembagaan demi merealisasikan hasrat penubuhan negara toyyibah dan sekali gus mendapat keredaan daripada ALLAH SWT.

“Sebagai ahli politik, agama itu kita jadikan asas pegangan kita, ia akan jadi baik, tapi kalau agama itu kita politikkan, inilah yang jadi sekarang ni; sesama ulama tuduh menuduh, memaki hamun dan sebagainya sedangkan perbuatan itu perbuatan fasik.

“Kalau ulama juga masuk politik dan sebagainya, kita tak tahu. Saya tidak kata ulama tak boleh berpolitik tapi jangan agama itu dipolitikkan, jika agama dipolitikkan, rosak,” katanya.

INI KOMEN-KOMEN SAHABAT DI FB : link SINI


Ahad, 26 Oktober 2014

Penoreh Getah yang 'bodoh' atau Pemimpin yang 'bangang'?

Seniman Nunui


Kalkulator Bodoh Rakyat Marhaen sebagai Penoreh Getah mengikut Situasi Semasa RM1.50/Kg Getah :

Seminggu Sekali Jual Getah 100kg (Kita cerita yang sendiri ok.xpayah la cerita yg pajak kebun). Ok. 100kg darab dengan RM1.50 adalah RM150.00. Seminggu RM150.00 dan Sebulan Adalah RM600.00.

Jumlah Tanggungan :
Isteri & Anak 2 orang (5 Tahun dan 8 Tahun)

Perkiraan Perbelanjaan :
Beras 10kg/1 Bulan = RM26.00
Barang Dapur (Kering) = RM150.00 (Sebulan)
Barang Basah = RM50.00 (Seminggu)
Belanja Sekolah Anak = RM30.00 (Sebulan)
Bil Api Air = RM100 (Sebulan)
Minyak Motor = RM2 (Sehari) [RM60 Sebulan]

Total = RM26.00 + RM150.00 + RM200.00 + RM30.00 + RM100.00 + RM60.00 = RM566.00.

RM600.00 - RM566.00 = RM34.00#

Dengan Balance RM34.00 tuh..............
kalau Motor Masih lagi bayar Hutang Kedai,
Kalau Tayar Motor Pecah,
Kalau Anak Demam,
Lampu Rumah Terbakaq,
Nak pi Korek kat Mana?

Jadi,Apa yang Anda Bangga dengan Ayat "Syukur Malaysia Masih Aman"?? 

Sebab Anda Tidak berada di tempat Mereka?
Sebab Anda Bukan Penoreh?
Sebab Anda Tak Pernah Susah?
Sebab Anda hanya fikir Bangsa dan Negara 

Tapi Diri Sendiri Kena Perbodoh oleh Manusia yang Mencelakakan Bangsa Melayu sendiri?

Ayuh Penoreh...Ayuh Rakyat Marhaen.. Tunjukkan Kuasa Rakyat Marhaen Pada 7 November 2014 di Hadapan KLCC Seusai Solat Jumaat untuk Bangkit Menuntut Hak Rakyat yang telah Dirompak...

Khamis, 23 Oktober 2014

Jangan cepat label buruk & tuduhan berat kepada seseorang cepat sangat..!!

JANGAN CEPAT LABEL BURUK DAN TUDUHAN BERAT KEPADA SESEORANG

http://1.bp.blogspot.com/-QDW4QPZdcLk/URzYFTk7k0I/AAAAAAAADOY/Wg5NPsptvb4/s1600/dunia.jpg 

Masyarakat kita perlu dididik agar TIDAK CEPAT menuduh seseorang yang berbeza dengannya dengan tuduhan yang berat seperti Kafir, Liberal, Syirik, Bid'ah, Wahhabi, Ahbash, Khawarij, Sesat, Mujassim, Munafiq, Hina Islam, Persenda hukum, cabar Allah swt, Hina Nabi s.a.w dan yang sepertinya TANPA punyai bukti jelas.

Malah jika ada bukti pun, masih sangat perlu meneliti konteks percakapan, perbuatan dan tulisan itu.

Bukan itu sahaja, malah perlu juga meneliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, tersalah catat, media tersalah quote dan mungkin hasil kurang ilmu & kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.

Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar TETAPI si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.

Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stress. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan 'label buruk' itu, kelak nanti pasti 'label buruk' yang lain pula menimpa kita..tatkala itu akan dirasakan pedihnya.

Sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuwan atau pendakwah ke arah Islam, kebenaran dna kebaikan tetapi sangat mudah membuat gelaran membenci, mengutuk, menghina. bagiaman mereka nak menarik mad'u kepada mereka dengan sifat itu???

Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11. dan juga hadis nabi

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan ramai agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Selasa, 21 Oktober 2014

KFA & MUKHRIZ sila jelaskan mana pie habih tiket bola separuh akhir Kedah vs Pahang?

oleh AnakKedah007

 
Depa kata tiket dijual 26000... jual pukoi 10.00pagi dan pukoi 11.00pagi dah habih...

Jika seorang beli max 5 unit maka dengan 26000 dibahagi 5 = 5200 org yang diperlukan beratur membelinya....

jadi dari 5200 nie jika masa nak beli tiket ialah 2minit seorang jadi jika di darat dalam masa sejam maka 60/2 = 30org dan dibuka 4 kaunter maka 30 x 4 = 120 orang....

disini dapat disimpulkan dalam masa sejam baru 120 orang beratuq membelinya....dan jika di bahagi dengan 5200/120 = 43 jam di perlukan untuk menjual keseluruhan tiket tersebut....

jadi nak mintak pihak Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - berikan jumlah sebenar tiket yang dijual di stadium dan juga yang telah diedarkan awal kepada suku sakat adik beradik sepupu sepapat anda....

kerana ia telah berlaku penganiayaan kepada peminat yang datang beratur panjang sejak jam 6.00pagi tetapi hampa dalam masa sejam sahaja tiket dikatakan habis...

sebaik2nya KFA berikan terus kouta berapa yg akan dijual di stadium berapa yang nak bagi kat sepupu sepapat senang mudah peminat nak atoq masa....dan jika habih tu silalah letak notis atau memo depan kaunter tu kata tiket habis... nie dak dok buang masa beratoq last hampa bila dikatakan tiket habis....

Akhirkata tahniah kat team HIJAU KUNING kita kerana menang 3-1 dan kami doakan semoga tahun nie kita semua akan berada di Bukit Jalil sana meraikan PIALA MALAYSIA milik kita....