Jumaat, 4 Oktober 2013

Ambik kat hangpa semua la Ulamak PAS oi..!!!

oleh AnakKedah007

Jika macam tu serah sahajalah PAS nie kepada golongan yang ngaku mereka ulamak nie... ambiklah semua jawatan yg dari atas sampai bawah...yg sampai bawah tu siap dengan yg tempek poster dan pacak bendera sekali...

dah dalam perlembagaan PAS pun tak kata kena lantik puak ini puak itu habih dok bersembang buat apa.... dok berkempen buat apa... dok nak angkat ekoq masing2 buat apa... semua yg ada dalam PAS nie adalah yang terbaik yang diangkat untuk membawa PAS kedepan....

Ambiklah jika hangpa nak sangat jawatan tuuu.... TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, TG Harun Din, TG Hj Salleh... semua nie rakyat akan angkat sendiri mereka keatas... mereka tak perlu nak meminta-minta dan mewar-warkan kata mereka nie ulamak dan mereka perlu diberi jawatan itu jawatan ini....

Jika seperti inilah ulamak-ulamak yang ada dalam PAS maka PAS bukannya akan mendekatkan lagi rakyat MALAYSIA untuk bersama mereka tetapi akan terus menjauhi mereka...

Tidak percaya tungulah masanya akan tiba anda sendiri akan mengetahuinya..