Khamis, 18 Julai 2013

Bertambah Malangnya Malaysia Apabila Di Anugerah Menteri-Menteri Yang "BANGANG"..!!!

Oleh Anak Kedah007.blogspot.com

Awat laa sehari dua nie ramai sangat menteri-menteri yang bodoh dan bangang muncul dalam negara... macam-macam perangai sekoq-sekoq muncul mai... ada MENTERI CAP AYAM, ADA MENTERI GAGAL KIRA MATEMATIK AES, ADA MENTERI GAGAL PERTAHAN RANG UNDANG-UNDANG TUKAQ AGAMA dan bla bla bla...

 Ok laa hangpa baca yang nie dulu....

 


Selepas tu hangpa tengok gambaq-gambaq bawah nie... dah apa kata hati anda bila menteri cakap lagu nie..??

 

Nak Tau Detail KLIK SINI

 Aduhai Menteri Menteri di Malaysia... nak cakap sesuatu tu ingatlah sama supaya kebodohan anda itu tak di gelak dan diketawakan oleh rakyat Malaysia...

hangpa ingat rakyat Malaysia macam zaman dulu dulu ka main terima bulat-bulat apa yang menteri cakap... itu zaman tak ada sekolah tak ada internate tak ada maklumat dihujung jari...

Hangpa ingat generasi zaman dok pakai menteri cakap tu dok ada lagi kaa... yang tinggai la nie macai-macai yang dok jilat bontot hangpa dan geng saluran satu saja yang dok percaya cakap hangpa bulat-bulat tuuu...

Bagi generasi kami mintak maaflah Mat Maslan oi...

Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

"Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Ahmad berkata kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel dan 90 sen untuk setiap liter petrol RON95.

Katanya, untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter bukan RM2.74 manakala untuk petrol RON95 pula rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter.

"Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON 95 sepatutnya RM2.80 seliter," katanya.

Menurut beliau, gas memasak juga tidak terkecuali menerima subsidi yang besar di mana bagi tong gas memasak seberat 14 kilogram, rakyat membeli pada harga RM26.60 setong berbanding harga yang sepatutnya dijual adalah RM47.46 setong.

"Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.80 setong," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan berlakunya penyeludupan minyak ke negara jiran adalah disebabkan harga minyak yang murah di Malaysia.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani masalah penyeludupan minyak. - BERNAMA