Isnin, 1 April 2013

Orang UMNO hina NABI..OK.. Tapi jika orang PR nasib badan laa...mampos la hangpa...!!

 
Kenyataan Khairul Fahmi Matsom

Cuba hangpa tengok 2 kenyataan ini..Satu puak BODEK UMNO dan satu lagi puak BODEK PAS... ok sekarang dua-dua menyentuh NABI MUHAMMAD.. Gua bukan USTAZ Gua bukan ULAMAK Gua bukan MAJLIS FATWA tetapi apa pandangan dua-dua kenyataan diatas ada menyentuh tentang NABI SAW....

Yang gua nak tanya sekarang KENAPA kenyataan di BAWAH kita BOLEH BISING 1MALAYSIA sehingga mengulasnya di MUKA DEPA UTUSAN tetapi yang diatas tu tak ada apa yang keluarnya..

Adakah ini dinamakan pendakwaan terpilih... atau orang sokong UMNO BN hangpa nak hina siapa pun boleh tetapi orang yang sokong PR jika salah maka tindakan keatas kami..

Politik apa jenis ini.. ISLAM tak ajar macam nie.. yang gua tahu JIKA SALAH maka SALAHLAH ia...tak kira hang sokong siapa...

Sudah-sudahlah politik pendakwaan terpilih sebegini...dah naik melugai dah melihatnya... gua dah naik jemu...sekarang jika sispa salah tangkap dan dakwa sahaja...hang PAS ka hang UMNO kaa hang MCA ka hang DAP kaa janji tangkap.....

Tindakan Khairul Fahmi dikecam

Oleh ARHIZA AHMAD
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 31 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad SAW dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi Pas sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

 

Tiada ulasan: