Isnin, 29 April 2013

Apabila geng CHAUVINIS DAP dan PAS UG bersatu...!!!

Apabila ada pemimpin bercakap ikut nafsu dan cara politik lama maka rakyat terbanyak akan menjadi resah. Resah kerana matlamat rakyat yang sebenar tak tercapai kerana disebabkan segelintir pemimpin bercakap tanpa menoleh kiri dan kanan..

Itulah sebenarnya apa yang berlaku kini, apa yang ada pada benak hati dalam pemimpin lama DAP...chauvinis. Kalau pemimpin lama PAS pulak dengan sikap UG nya. Sikap takbur akan memakan diri sendiri mereka sendiri. 

Mungkin, tidak belajar dari sejarah lama tentang politik perkauman dan agama di Malaysia, atau mudah lupa kenapa sentimen perkauman dan agama akan menjadi modal setiap kali PRU untuk membonsai fikiran rakyat yang dahagakan kerajaan yang adil tanpa rasuah. 

Sikap pemimpin-pemimpin ini memang mengundang tidak keselesaan pada pengundi-pengundi yang menunggu masa untuk menghukum pemimpin-pemimpin sedia ada yang bongkak. Bagi pengundi-pengundi yang cerdik, masalah ini langsung tidak membawa kesan pada mereka kerana keputusan mereka telah muktamad. 

Kepada pemimpin-pemimpin ini, janganlah terikut rentak pesaing-pesaing mereka dalam mengeluar hujah. Peluang sudah ada depan mata, jangan mempersia-siakan peluang yang ada dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik.

Jangan termakan kerana gila microphone untuk bercakap dan mengeluarkan kenyataan sedangkan kenyataan itu akhir menikam jemaah sendiri. Kepada pemimpin-pemimpin yang gelojoh ini kuncilah mulut anda seketika dan kepada rakyat usah dipedulikan akan apa kata-kata golongan ini..nekad dah matlamat kita lagi besar iaitu hendak menjatuhkan rejim pemerintah yang korup dan rasuah ini... ini matlamat utama kita...

Apabila jatuhnya UMNO BN maka baru kita memikirkan akan masalah ranting ini.. ayuh bersama bersatu kita menolak UMNO BN... INIKALILAH...

Tiada ulasan: