Isnin, 18 Februari 2013

Apakah kenyataan Harun Taib ini merupakan sabotaj peringkat tertinggi..???

Kita di 60 hari terakhir. tak perlu buat sebarang kenyataan yang bersifat 'neither here nor there".

Harun Taib agak ketinggalan zaman, dalam zaman cyber ni isu meletup dan reda dalam tempoh 2-3 hari saja. Paling lama 10 hari. Isu kalimah Allah telah diputuskan majlis syura hampir 3 minggu lalu, dan telah hampir reda. kenyataan karpal pun hampir 2-3 minggu lalu dan telah dibalas oleh Ust Tuan Ibrahim dan Ust Harun Din sebaik saja ia ditimbulkan.

Cukup lah. Apa keperluan Harun Taib untuk 'kejutkan' semula isu yang hampir tidur ini? Isu PM selepas PRU 13 pun tak perlu ditimbulkan. Lebih baik didiamkan dalam 60 hari (mungkin kurang) terakhir ini.

Apa Harun Taib masih kepingin dengan UG dan kerana itu akhir-akhir ini kerap buat kenyataan menongkah arus? Sabotaj peringkat tinggi?

Hormati pendirian dan prinsip PAS

KUALA LUMPUR: PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.

Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.

Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walau pun Hassan Ali dah dikeluarkan dari PAS dan Nasaruddin Mat Isa dikeluarkan dari Majlis Syura namun masih ada dikalangan pemimpin PAS dari Puak UG yang masih berkeliaran dan melakukan angkara-angkara untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.Apa yang dibuat oleh Harun Taib hanya sekadar mukadimah,akan ikuti oleh Harun Din,Nik Abduh dan Stopa Ali.Orang bawahan sibuk memperkemaskan gerak-kerja untuk PRU 13,Puak UG sedang sibuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Orang lain mungkin tidak tahu apa yang berlaku di Terengganu.. PAS pusat adalah sebenarnya di kontrol oleh PAS Terengganu...sebahagian besar post tertinggi PAS Pusat adalah disandang oleh pimpinan PAS Terengganu... Pada pilihanraya 2008, PAS Terengganu telahpun melaksanakan UG di Terengganu dengan menyokong pelantikan YAB MB sekarang (DS M. Said) Jika tiada sokongan PAS, sudah pasti beliau tidak mungkin menjadi MB Terengganu kerana diboikot oleh apa yang diistilahkan oleh pemerhati politik terengganu sebagai 10 budak hitam....maka terhegeh-hegehlah puak-puak ni..(termasuk TG Harun Taib) memberi sokongan kepada MB sekarang supaya DS Idris Jusoh tak boleh jadi MB.. tapi apa yang mereka dapat drp DS M. Said ialah PAS Parti Ajaran Sesat... oleh sebab itu mereka ini hanyalah layak menjadi TG di surau masjid sahaja... kerana ilmu waqi', strategi politik mereka tidak menguasainya.. beliau boleh kata YB Karpal Singh tidak tahu apa-apa tentang Islam... tapi tentang stategi politik Harun Taib perlu belajar drp Karpal... tak perlu heboh-heboh dalam akhbar yang beliau sendiri tahu bahawa akhbar itu memang musuh yang nyata bagi parti beliau, tapi masih gatal mulut membuat komen melalui akhbar itu... Inilah masalah besar di dalam PAS...TERLALU RAMAI JURUCAKAP ...bila microphone dihulur.. SECEPAT KILAT KOMEN BERHAMBURAN KELUAR.... tanpa disedari itu adalah tektik musuh untuk menghancurkan sesama pakatan... saya istilahkan mereka ini hanyalah berPAKAT tapi mereka TIDAK BERKAWAN.....!!! PRU sudah hampir...akan ramai lagi ustaz2 semacam ini... ustaz yang rasa diri hebat...pandangan orang lain semua lekeh.....