Khamis, 28 Februari 2013

Isu Kalimah Allah - Jawapan untuk UMNO BN & Utusan Malaysia yangdok spin salahkan PAS...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

 

 

 Kenapa hendak salahkan TG Hadi Awang sedang anda sendiri yang ekor berlumuran taik.. Maka Ini Jawapan UNTUK UMNO BN:

 

HUJAH PERTAMA :

Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan "menodai" undang-undang Islam negara ini.

 Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah "diceroboh" dan "dinodai" oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

 "Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

 "Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

 "Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

 "Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini," katanya.

 Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

 "Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

 "Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai," katanya.

 Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

 Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

 Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

 Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 "Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.

 Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.

 Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

 Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alkitab-putrajaya-sendiri-nodai-undang-undang-islam-kata-mufti-selangor


HUJAH KEDUA :

Memo dari Ketua S/Usaha Kementerian Dalam Negeri berkenaan arahan membenarkan naskah bible di import ke negara Malaysia YANG ada tulisan ALLAH.

 


HUJAH KETIGA :


HUJAH DARI MENTERI DATUK NAZrI AZIZ :

Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang

MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula oleh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal).

Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation

Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama  (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah. 

Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.

Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.

milosuam




USIA kecewa kenyataan Nazri Aziz

KOTA KINABALU 18 Jan. - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak sebagai tidak mencerminkan aspirasi umat Islam di negeri ini. 

 Sambil mengaku kecewa, Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin menegaskan, kenyataan menteri itu juga tidak mewakili suara majoriti umat Islam di Sabah 

 "Lebih menyedihkan, kenyataan itu juga dibuat tanpa berbincang dengan pemimpin Islam di Sabah.

"Kita tidak bersetuju dengan kenyataan (Mohamed Nazri) itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Minggu lalu Mohamed Nazri berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi. 

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di Putrajaya minggu lalu.

 Abdullah berkata, maklumat yang diterima daripada akar umbi USIA jelas menyatakan kekecewaan dengan kenyataan Mohamed Nazri tersebut.

 Kata Abdullah, pertubuhan itu tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan ia khusus untuk orang Islam sahaja. 

Sehubungan itu beliau berharap mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan supaya memahami isu sebenar bagi mengelak kekeliruan.

''Kerajaan telah mempertanggungjawabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk tujuan itu.

''Justeru kita perlu memberi kepercayaan kepada beliau (Jamil Khir Baharom) untuk menanganinya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam," tegasnya. 

Menurut Abdullah, walaupun Sabah dan Sarawak tidak mempunyai enakmen yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah tetapi ia bukan alasan untuk menggunakan kalimah suci sewenang-wenangnya. 

Beliau menambah, USIA akan menghantar wakil untuk menyertai muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 21 Januari ini di Kuala Lumpur bagi menyatakan pandangan dan maklum balas mengenai penggunaan kalimah Allah.[Utusan]

Kalimah ALLAH - AWAS..!! UMNO sedang main jarum dikampung sana..

oleh AnakKedah007.blogspot.com


PAS kena lakukan sesuatu...supaya isu ini dapat didengar oleh semua rakyat MALAYSIA bahawa yang khianat dan memberikan kebenaran ialah PUTRAJAYA... kerana isu ini sedang dijaja kedalam kampung bahawa PAS MENYOKONG PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM BIBLE VERSI BAHASA MALAYSIA...

Nak demo kah.. nak buat laporan polis kah... nak naik kain rentangkah... dipersilakan... target utama mesej itu sampai ketelinga puak UMNO yang sedang memanipulasi cerita tersebut....

Ayuhhh fikirkan sesuatu.....



Rabu, 27 Februari 2013

Aku dok habaq AZMIN DIN nie UMNO piang hangpa tak caya..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Nie dia hangpa nak kenai MAMAT UMNO dalam WISMA NEGERI KEDAH...hangpa perati elok-elok kala kuning tu nama apa dan nama tandatangan kat surat bawah tu nama apa....


Khamis, 21 Februari 2013

Guru KEMAS lagi banyak "JASA" daripada BEKAS TENTERA....hebat..hebat...!!!

NAK TAU JASA APA HANGPA TENGOK BAWAH SINI...........................



CUBA TENGOK BEKAS ASKAR YANG MASUK HUTAN BERPERANG SEKADAR DAPAT RM1000 SAHAJA SEDANGKAN CIKGU KEMAS YANG DOK TOLONG UMNO SIANG MALAM TUU DEPA BAGI SAMPAI RM3000....

BENDA NIE PON TAKAN TAK NAMPAK....MACAMANA DEPA PERMAINKAN BEKAS-BEKAS ASKAR KITA YANG BERJASA JAGA TANAH AIR NIE...

Isnin, 18 Februari 2013

Apakah kenyataan Harun Taib ini merupakan sabotaj peringkat tertinggi..???

Kita di 60 hari terakhir. tak perlu buat sebarang kenyataan yang bersifat 'neither here nor there".

Harun Taib agak ketinggalan zaman, dalam zaman cyber ni isu meletup dan reda dalam tempoh 2-3 hari saja. Paling lama 10 hari. Isu kalimah Allah telah diputuskan majlis syura hampir 3 minggu lalu, dan telah hampir reda. kenyataan karpal pun hampir 2-3 minggu lalu dan telah dibalas oleh Ust Tuan Ibrahim dan Ust Harun Din sebaik saja ia ditimbulkan.

Cukup lah. Apa keperluan Harun Taib untuk 'kejutkan' semula isu yang hampir tidur ini? Isu PM selepas PRU 13 pun tak perlu ditimbulkan. Lebih baik didiamkan dalam 60 hari (mungkin kurang) terakhir ini.

Apa Harun Taib masih kepingin dengan UG dan kerana itu akhir-akhir ini kerap buat kenyataan menongkah arus? Sabotaj peringkat tinggi?

Hormati pendirian dan prinsip PAS

KUALA LUMPUR: PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.

Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.

Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.


Sabtu, 16 Februari 2013

UMNO beli pukal buku Chegu Non untuk di taburkan di seluruh negara..!!

 


Nah nie dia dua buah buku yang paling laris di beli secara pukal oleh UMNO untuk diedarkan seluruh negara. 

Nampaknya penulis buku ini iaitu Chegu Non @ CN AL-AFGHANI boleh menarik nafas lega kerana buku tulisan beliau yang dua buah ini telah digunakan oleh UMNO untuk di poskan kesemua JKKK & MKK di KEDAH, SELANGOR, PENANG & KELANTAN...

Selain itu ia juga diedarkan kepada GURU-GURU serta kakitangan kerajaan di seluruh negara...edaran terkini adalah di program TPM bersama GURU-GURU MUDA di KEDAH siang tadi....

Cuba bayangkan bagaimanakah keuntungan yang di kaut oleh Chegu Non hasil daripada pembelian pukal ini. Inilah bila dikatakan hadiah dan umpan dunia telah menjadikan seseorang itu boleh buta membuat penilaian....

KAYA LA HANG CHEGU NON oi.....




Rabu, 13 Februari 2013

Undi PAS & DAP HARAM.. Undi MCA...HALAL...???

oleh AnakKedah007.blogspot.com

UNDI PAS HARAM

 
UNDI DAP HARAM

 
HABIH MAI KITA PAKAT UNDI 
MCA.. HALAL..

 

 


Ulamak Thurath Malaysia/Thailand Vs Ulamak UMNO Abdullah Saamah..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com


 

VS

Hangpa tau ka ULAMAK yang dok bercakap macam nie...sat kami bagi gambaq nie dulu...

Ini gambaq PONDOK dia yang ada pelajar 25 orang sahaja..

Selepas tu hangpa tengok yang nie pulak..
 Jadi sekarang hangpa faham dak lagi apa message kami nak beritahu hangpa..??

OK LA KOT RASANYA DAH FAHAM TAPI JIKA TAK FAHAM MAI KAMI NAK HABAQ... 
INILAH ULAMAK BELAAN UMNO...

MAAF LAH BERKENAAN FATWA ANDA ITU
selagi ULAMAK-ULAMAK kami tidak bersepakat berkata seperti anda
maka apa yang anda katakan itu kami ke LONGKANG sahaja

inilah ULAMAK-ULAMAK muktabar kami yang mana pada 7hb lalu mereka
berkumpul di bumi KEDAH dan tak ada satu FATWA pun yang di keluarkan
menyatakan HARAM UNDI PAS....


ULAMA PONDOK MALAYSIA FATHANI 
SEDANG BERSELAWAT 
KETIBAAN ULAMA FATHANI

TOK GURU HAJI SALLEH MUSA

jika nak tengok detail lagi hangpa KLIK SINI

TQ

Selasa, 12 Februari 2013

KOMPOM BN akan kena sabotaj....

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aduhai BN oh BN...hari-hari asyik dok sembang bab SABOTAJ dari ahli parti..
Jika macam nie punya kelaku SAH KOMPOM masalah sabotaj nie ada..
Tunggu.......

ARE YOU READY FOR SABOTAJ...YESSSS
ARE YOU READY FOR VOTE BN...NOOOooooo..

NOR AZURA MD AMIN
12 Februari 2013
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan

 - Tindakan segelintir ahli yang sabotaj parti menjadi punca kemerosotan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, masalah itu dapat dielakkan dengan menubuhkan jawatankuasa disiplin parti di setiap bahagian sekaligus menjadi langkah pencegahan perkara sama berulang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat memberikan ingatan kepada ahli-ahli Umno supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh merugikan orang Melayu, parti dan BN
.

Isnin, 11 Februari 2013

Inilah masalahnya bila BODOH tunjuk pulak kat orang..!!!



Memandangkan orang yang tak sokong kerajaan BN tak boleh pakai jalan raya, tak boleh hantar ank pi sekolah kerajaan, tak boleh itu dan ini, maka saya nak cadangkan agar golongan ini tok sah bayar cukai pendapatan, cukai jalan, cukai pintu, bil elektrik dan air, bil indah water, bil telefon dan semua bayaran yang ada kena mengena dengan kerajaan BN.

Golongan korporat yang tak sokong kerajaan Bn pun tok sah bayar cukai perniagaan. Agak-agaknya kerajaan BN boleh bayar gaji kakitangan awam tak kalau kita buat macam ni? Boleh buat jalan raya tak? Boleh buat hospital tak? Boleh buat sekolah tak?

Kah kah kah... lepas ni kerajaan jangan kutip cukai dari aku
sebab aku ni pembangkang.
Kutip je cukai dari penyokong be end. Jimat sikit duit aku
Kah kah kah...

Sendiri mau fikir..........


Bilalah UTUSAN nak refer kat blog gua nie...???

dok asyik ambik cerita BLOG BN jee ambik lah sama cerita BLOG gua nie... macam2 ada kat blog gua nie ambik la sama....



Blog dedah ulama Pas tolak Anwar

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Desas-desus berhubung penolakan golongan ulama di dalam Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memegang jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 turut didedahkan beberapa blog politik tempatan.

Desas-desus itu turut diperkukuhkan dengan pendedahan mengenai pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar di rumah tokoh ulama berkenaan di Bangi, Selangor pada 4 Februari lalu.

Menurut blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, pertemuan itu bertujuan meminta Haron memujuk Dewan Syura Ulama Pas berhubung penetapan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri pembangkang seperti diputuskan dalam mesyuarat 3 Februari lalu.

"Keputusan dewan ulama itu telah bocor ke telinga Anwar. Sebab itulah selang sehari, Anwar segera memalukan diri untuk memujuk Haron Din mendesak dewan berkenaan menarik balik keputusan mengenai status Perdana Menteri," demikian menurut blog berkenaan dalam entri bertajuk 'Apa Sebenarnya Berlaku Pada 4 Februari' semalam.

Mingguan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang ekoran tercetusnya ura-ura Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan pendirian Majlis Syura Ulama Pas itu masih belum dipastikan namun keputusan tersebut didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

Sebahagian besar para ulama di dalam Pas merupakan ahli majlis syura ulama berkenaan serta anggota dewan ulama parti itu.

Sementara itu, blog http://medan-info-kita.blogspot.com menjelaskan, kedatangan Anwar ke rumah Haron dibuat sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang tidak mencalonkannya sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

"Pertemuan pada malam 4 Februari (berlaku) di rumah Dr. Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk minta nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

"Mesyuarat majlis syura telah menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya menawan Putrajaya. Majlis syura berpendirian calon yang lebih layak adalah Presiden Pas sendiri iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang," menurut blog tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, blog http://www.anwaraidc.com/ pula mendedahkan berhubung putar belit seorang individu melalui blognya yang menyebut Haron yang mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Sedangkan menurut blog itu, berdasarkan sumber dalaman mereka, Anwar yang bertemu dengan Haron dan bukan sebaliknya.

"Individu terbabit, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

"Dia sengaja spin (putar belit) cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron terpaksa datang melutut kepada Anwar," kata sumber blog tersebut.

Ketika ditanya keperluan Anwar bertemu Haron, sumber blog itu menjawab: "Anwar minta nyawa daripada Pas."

Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas mendedahkan penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar ketika ini semakin kuat.

Zahrain berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang lain.

Kenyataan beliau disokong beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura tersebut.

Bakal MB Kedah dengki sebab ahli PAS tak ada lompat parti...

JIKA ini yang dapat menghalang dari LOMPAT habis apa masalahnya.....
Masa nak jadi YB nak dapat JAWATAN atas nama PAS tetiba bila dah tak suka
mau lompak pie kat orang lain pulak....

Satu lagi sebelum berbaiah kenapa mereka sanggup menerima semua itu....

Baiah Pas: Talakkan isteri

Mukhriz Tun Mahathir memakaikan vest Skim Rondaan Suka Rela kepada Khairol Azizi Ismail dengan di bantu oleh ADUN Kota Seputeh Abu Hassan Sharif (dua kanan) pada Majlis Perasmian Skim Rondaan Sukarela Batu 1 Jalan Sanglang-Kodiang, di Jelun di Kedah, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid

JERLUN 10 Feb. - Ada dalam kalangan ahli Pas yang berbaiah akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga jika mereka berhasrat meninggalkan parti itu.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, berikutan baiah seumpama itu ia menjadi antara kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan Pas untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

"Pelbagai isu yang timbul seperti kalimah Allah dan DAP lebih menonjol dalam menentukan hala tuju pakatan pembangkang membuatkan semakin ramai ahli Pas tergerak hati untuk bersama perjuangan UMNO.


Ada orang buat busuk nama PAS pun pihak PAS KEDAH boleh relax jerrr..!!!

Alhamdulillah nampaknya PAS TERENGGANU lagi PANTAS daripada PAS KEDAH & PAS PENANG...

Ok baca dulu apa yang AKU PUJI PAS TERENGGANU...

"Syaitan Dikenali" Berdemo Guna Lambang PAS - Laporan Polis Dibuat

PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.


Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.
Tengok depa dengan pantas membuat laporan POLIS diatas beberapa Individu yang membuat demontrasi dengan mengaku AHLI PAS...

Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan


KUALA TERENGGANU - Dua demonstrasi yang diadakan di masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai adalah bukan dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu atau mana-mana organ dibawahnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung isu kalimah ALLAH dan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera.


TETAPI cuba lihat PAS KEDAH apa tindakan depa ambik apabila ada beberapa orang yang mengaku sebagai AHLI PAS duk buat demontrasi...

Lagi bantahan ahli Pas terhadap Guan Eng

SEBAHAGIAN daripada penyokong dan ahli Pas mengadakan bantaran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah, di hadapan Masjid Khairiyah Bedong, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN

SUNGAI PETANI 27 Jan. - Sekumpulan penduduk dan ahli Pas di sini hari ini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong di sini selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.

Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak.

"DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri.

"Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.

"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini.

Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng.

"Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.

Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini. - UTUSAN


Dari sumber risikan kami mamat yang bernama MANAN nie seorang yang tak berparti dan beliau ini manusia yang ibarat lalang... untuk makluman lanjut bolehlah PAS KEDAH hubungi PAS Cawangan Guar Chempedak untuk maklumat detail...

Kenapa di diamkan sahaja apa yang dilakukan oleh beberapa orang ini..sedangkan apa yang dilakukan telah menjejaskan nama PAS bukan sahaja di KEDAH tetapi di dalam MALAYSIA amnya....

Mana perginya PAS KEDAH atau PAS KAWASAN untuk membersihkan nama PAS yang dicemari oleh beberapa orang ini..... jangan anggap ini benda kecil..memang jika di KEDAH tak ada impaknya tetapi bagaimana dengan rakan-rakan di negeri lain sepert MELAKA & NEGERI SEMBILAN yang mana sudah semestinya mereka akan di peningkan pemikiran mereka dengan isu-isu sebegini....

Jadi pakat-pakat fikirkanlah apa nak buat....







PR oh PR.....macamana nak menang Putrajaya.....den lihat lombab ja nie....

PR masih bermimpi.....

PR brkempen mcm mood publik sprt thn 2008. Zmn Pak Lah & zmn Najib jauh brbezo. Suasano dh berubah. Pak Lah dibonci Mahathir menyobabkn 1/3 penyokong BN boikot atau mengundi PR. Skrng Mahathir sokong Najib 300%. Ramai org pandang rendah pengaruh Mahathir. Time dio mulo brblog, 1 artikelnya menarik ribuan komen. Tp geng PR ckp mrk yg dtg komen diupah. Bilo dio start brFB, lg ramai org komen setiap postingnya brbanding blog. Xkan upah kot. PR masih lum ado ubat yg mujarab utk membendung pengaruh Mahathir.

Semangat mahu monang Najib juga luarbiaso. Najib brpuluh kali lobih rajin drpd Pak Lah. Mcm2 dio buek. Apo yg dio lum buek? Sumo dio dh buek. Smpi sanggup brlakon iklan CNY. Usahanya yg brsungguh2 pasti membuahkn hasil. Antaranya brjayo menarik undi golongan atas pagar. Kaum India brsikap apologetik dgn Najib. Begitu juga dgn Nasharudin Mat Isa. Sbb byk makan biskut apollo kot.

PR berangan mrk mudah menawan Putrajaya kali ini & jiko kalah mako SPR akan diblackgoatkan.

Buat kerja lebih sikit laaa noooo.....

Ahad, 10 Februari 2013

15 sebab UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti..!!!

oleh AnakKedah007

Gong Xi Fa Chai pada kawan-kawan yang beraya hari nie... dok pie gebang-gebang kat warung PAK MAT BORHAN kat pokok ketapang pagi tadi lalu dapat satu cerita best bila dok cucuk pakcik-pakcik karat biru dok borak....mai hangpa nilai tengok apa depa dok bebelnya...semua cerita susah hati tengok kelaku UMNO Kedah sekarang nie....jadi mana-mana nak buat rujukan dan kajian apa yang di perkatakan ini betoi atau tidak terpulanglah pada diri anda....

15 punca UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti :

1- Sebenarnya UMNO Kedah ada problem...Semua orang tahu...ada Kem diperingkat negeri dan kem diperingkat bahagian.

2- Zaman dulu boleh tipu orang ramai...Kalau tidak masakan PM/TPM tidur tak lena di Putrajaya.

3- UMNO Kedah masih lesu......Masih belum mampu tembusi kubu pembangkang dan atas pagar.

4- Cerita kelam kabut UMNO Kedah semua orang tahu.

5- UMNO Kedah sudah kering kontang dengan tokoh.Mengharapkan PM/TPM sahaja.Nasib baik ada Tun M.Itu pun jumpa dengan UMNO saja.

6- Masaalah dibahagian belum selesai termasuk cawangan.kepimpinan bahagian yang amat lemah.

7- Banyak bergantung pgrogram kerajaan pusat.Yang kerja kuat bukan orang UMNO.Sebaliknya pegawai kerajaan pusat.

8- UMNO/BN Kedah belum menyusuri akar umbi untuk menang.Buat kerja untuk kuat diri sendiri serta persiapan nak bertanding jawatan UMNO musim depan.

9- Kalau tak percaya turunlah sendiri kebawah..UMNO Kedah bukan makan nasihat dan tunjuk ajar.

10- UMNO Kedah tak ada think thank yang hebat...

11- UMNO Kedah jumpa PM pun katanya masih menagih projek dan peruntukan.

12- UMNO Kedah perlu dibuat perubahan segera.Semua mata duitan.

13- Sebenarnya BN/UMNO Kedah masih sesak nafas terutama diselatan dan Kedah tengah.

14- Faktor calun amat penting.....Kalau main tangkap muat saja lingkuplah BN kali ini.

15- UMNO/BN kena kuat.....Bukan bergantung pada isu PAS/PKR /DAP saja.

Dalam ertika mudah puak-puak kat UMNO KEDAH nie kalau pasukan bola maknanya UMNO Kedah tak ada striker dan penjaga gol yg baik......Yang ada pun ialah bekas penjaring gol sendiri PRU yang lalu......


Kerajaan lapar duit dari menjaga kesihatan rakyat..!!

Pandangan Kerajaan UK berkenaan E-Cig....


Di United Kingdom, liquid siap dijual

dalam Vending Machine lagi bagi

mengalakkan orang ramai mudah

mendapatkan & menggunakan E-Cig

atau Vaporizer ini..Ini kerana kerajaan

UK berpendapat E-Cig atau Vaporizer

ini lebih selamat & sihat dari rokok

sebenar...

 

TETAPI bagi Kerajaan yang diagungkan

di Bumi MALAYSIA...

 

Nampak sangat statement PENGARAH ini ada kepentingan di sebaliknya

kepada SAHABAT yang dok hisap rokok eletronik nie

rasanya anda dapat menilai akan kelaku huduh 

KERAJAAN MELAYSIA...


Demi DUIT mereka sanggup memanipulasikan akan

kebaikan jadi keburukan...

Inilah KERAJAAN BN...


http://AnakKedah007.blogspot.com


Jumaat, 8 Februari 2013

UMNO Kedah pie tengok konsert separuh bogel tu buat apa..!!!

Ha Ha Ha..aduhai Mat Bashah.. nampaknya pakat kantoi macam tu ja hangpa kena putaq dengan geng pakatan rakyat..itu la buat kerja apa satu study dulu baru tembak...nie dak main cakap je walaupun isu tu nak kena balik kat batang tubuh hangpa....

Antara sebab-sebab inilah Najib dah tak bagi gerak kerja kempen nak tawan Kedah nie kat hangpa dah....dia serahkan semuanya kat geng third party..... cuba hangpa tengok apa Soo Nee jawab pasai konsert nie..

"dia kata konsert nie untuk geng MCA & GERAKAN..seba depa nie bantah sangat garis panduan persembahan di tempat awam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri...yang mana suruh pengajur memastikan artis yang buat persembahan kena berpakaian sopan..konsert nie sebenarnya dibuat secara tertutup dan hanya masyarakat cina saja yang terlibat..."... Sebelum ini MCA & GERAKAN begitu lantang kata Kerajaan Negeri hendak menyekat persembahan untuk masyarakat cina...

tetapi kerajaan negeri kata itu untuk persembahan ditempat terbuka yang mana ada orang Islam boleh pie tengok..benda nie tak boleh sebab orang Islam tak boleh terlibat dengan persembahan sebegini...jika orang cina nak buat ianya kena buat tertutup....

Tetapi jenis basa nak bantah dan bangkang nie....hangpa kira nak bangkang saja...last bila Soo Nee nie buat lagu nie..nah ambik semua pakat melenting...baru ada akai...hari tu hangpa bantah kata Kerajaan Negeri zalim tapi bila orang buat konsert nie nak kata hangpa boleh..tup tup hangpa suruh ambil tindakan pulak...eishh eishh letih tengok kelaku hangpa berpolitik...

Selasa, 5 Februari 2013

Antara program BN & PR di Stad. Suka Menanti...Macam buat ceramah kelompok ja prog. BN tuu..!!!


Ttuuu la hangpa tak reti beza program POLITIK dgn KERAJAAN... baru AZIZAN pie dah cempera dah jika setakat banyak tu tak terjejas pon... kesian tgk dok usung gambaq bawah khemah tuu.. 

Jika PM mai just penoh khemah UTAMA sahaja baik...baik tak yah buat...kami jika nak penoh khemah cuma buat ceramah kelompok sahaja....kira dah penoh khemah dah.... [MANA ADA ORANG PUN di PROG. HIMPUN]

Jika buat event kat Std sebesaq nie dia kena bagi ramai macam nie baru gempak...

 

 

 

 

 CUKUP KOT BOH GAMBAQ TERRA NIE....

nie semua suasana di Std Suka Menanti...