Selasa, 6 November 2012

Nak Tunjuk Baik Konon.. undang-undang TUKAQ AGAMA sampai sekarang pun tak selesai lagi..

oleh AnakKedah007.blogspot.com

 
Sembang ja puak nie..nak pertahankan ISLAM konon.... macam-macam hangpa bantai Nurul Izzah walaupun dia dah buat penjelasan apa yang beliau sudah katakan tuu.. Saja nak spin nak bagi huduh....

Pertahankan Islam konon....nie Jika org islam masuk agama lain yg umuq 18 thn keatas pakai tak boleh buat apa dah mak dan pak dia....masuk mahkamah pon kalah sbb dlm undang2 negara PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN termaktub macam tuu.. mai kat luaq riuh rendah pertahan agama...undang-undang tu pun tak boleh nak ubah.. saja sembang nak bagi PAKATAN RAKYAT nampak busuk jaa...

Ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun.
Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: "Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini".
Cuba tengok kes nie pulak...

Gadis peluk Islam dikurung

IPOH 2 Nov. - Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman Soon Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah. 
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata, tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selama sebulan. 
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis terbabit enggan membuka pintu.
"Polis menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam..... 
Beliau telah di selamat kan oleh POLIS sebab bapak dia kurung kerana dia masuk ISLAM... dengan UNDANG-UNDANG PERKARA 11 bapak beliau tak ada kuasa sebab beliau dah berumur 18 tahun... Alhamdulillah beliau tukar agama dari agama beliau ke ISLAM....

Yang kami kata sembang tadi sebab bila terjadi kepada AISHAH BUKHARI yang nak tukaq dari ISLAM ke  KRISTIAN sampai sekarang tak ada sapa boleh halang... Ini semua sebab PERKARA 11 tadilah... itu kami kata depa nie hanya sembang sahaja pertahan ISLAM...

Dah lama ahli parlimen Pas berjuang utk tambah 3 ayat..... KECUALI ORANG ISLAM tapi apa kan daya MP umno tak sokong dari dulu lagi....


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawan sekeja aku pompuan melayu keluar islam kawin dgn cina skrg dah tukar nama cina pun....mana ada undang2 yg halang dia buat begitu...repot pejabat agama pun depa kata takdak kuasa nak halang...inilah kerajaan pembela islam