Jumaat, 30 November 2012

Kelaku UMNO KEDAH - Dok dalam DUN semua lembek tengkok tak boleh panggung mai keluaq sembang macam jaguh..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com
 
Inilah perangai UMNO KEDAH... perangai BUSUK & HARAM JADAH... masa orang bagi peluang bertanya DALAM DEWAN dan orang buat PENJELASAN semua dah pakat ANGGUK tanda setuju... tapi bila keluaq DEWAN UNDANGAN NEGERI kepala pakat panggung balik...

Nak bongkar apa lagi... masa berhadapan dengan kerajaan negeri hangpa sampai lembek tengkok dibuatnya tak boleh nak kona dah sebab apa hangpa tanya depa jawab dan bagi sebab musababnya...

Habih mai tang mana yang hangpa dok canag di luaq kata gagal.... Kelaku jenis macam presiden dia jugak.. suka berkukuk sorang-sorang.. bila berdepan haram tak berani panggung kepala....

Umno Kedah bongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri

29 November 2012
KUALA LUMPUR - Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
 
Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.

" Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, hari ini. [LAGI]

Khamis, 29 November 2012

Sembang angkat presiden dalam blog dan rumah sendiri boleh laa.. berani sangat mai buat DEBAT depa dua laa..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Sembang dalam kubu boleh laa.. jika berani ayuh kita buat DEBAT antara NAJIB & ANWAR.. ada berani..?? macam nie jaa tulisan blog MediaTempurKedah... ingatkan hebat musing macam wau putuih ekoq sahaja... nie dia graf nak tunjuk kata mamat yang hangpa kutuk tu baguih ka tak baguih...


 amacam mai masuk gelanggang laaa... poster dah ada dah nie..

Dunia dah terbalik -Beza antara Perhimpunan Agung UMNO, Muktamar PAS & Konvensyen PKR...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Nampaknya keadaan sudah terbalik.

 

Persidangan UMNO yang sedang berlangsung hanya memperkatakan tentang keburukan Pakatan Rakyat. Belum ada pemimpin dan perwakilan mengupas rancangan masa depan negara. Ini menunjukkan betapa takutnya UMNO sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa. Begitu juga yang berlaku semasa persidangan MCA baru2 ini.

Sebaliknya, persidangan PKR dan PAS (dan diharap DAP nanti) perkara2 yang di bincangkan adalah hala-tuju negara serta rancangan menaiktaraf kehidupan rakyat terbanyak apabila mereka mengambilalih tampuk pemerintahan.

Keadaan ini amat berbeza dengan masa2 dahulu dimana pembangkang hanya menghentam kerajaan manakala persidangan parti2 kerajaan membicarakan hala-tuju negara. Adakah ini tanda2 yang UMNO/BN akan mengambil tempat sebagai pembangkang selepas PRU13? InsyaaAllah.


kepada ULAMA MUDA UMNO - Kalau takde ilmu walaupun ahli ILMU (Ulama' Muda UMNO) lebih baik diam...!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Inilah dia hujah ULAMAK MUDA UMNO yang memegang jawatan AHLI MAJLIS SYURA pulak tuu.. hangpa dengaq laa apa hujah beliau kami yang tak pandai AGAMA nie pun dengaq sakit hati sahaja ulasan sebegini... tetapi nak buat macamana GOLONGAN inilah yang di sanjung dalam UMNO untuk mempertahankan PARTI TUNGGUL tersebut...

Anda dengarlah dahulu apa yang dikatakan oleh beliau berkenaan rakyat Palestin..



Kesimpulan dari apa yang kami faham..

- Tiada jihad di Palestin
- Boikot barangan zinois satu tindakan bodoh
- Nabi hijrah ke Madinah sebab nak menyelamatkan nyawa baginda
- Tentera kita tak boleh kurang dari separuh jumlah tentera musuh, kalau kurang takde jihad.
- Mujahidin palestin kena keluar dari palestin untuk mengatur strategi melawan zionis.

-->cakap macam agen illuminati je. siapa punya perkataan? ni ustaz kat atas ni. cuba korang nilaikan apa yg dia kata : http://www.youtube.com/watch?v=-knHvwEFgyY&feature=plcp

Daripada kata-kata dia ni, aku boleh buat kesimpulan mcm ni. Maknanya skrg mujahidin palestin kena kuar dari palestin dan sewa hotel, duduk dlm tu jgn keluar2, kalau boleh beribadat je dan kuatkan aqidah je. dah kuat aqidah esok baru kuar lawan zionis.
Antara Fatwa Dikeluarkan:-

Kalau takde ilmu walaupun ahli ILMU (Ulama' Muda UMNO) lebih baik diam.

TIDA JIHAD di Palestin
- Minit 1:10, diulangi pada minit 5:28 dan 5:30

Syarat JIHAD di dalam Quran - Jumlah musuh tidak lebih DUA KALI GANDA tentera Islam
- Minit 1:34

Tindakan BOIKOT adalah satu KEBODOHAN
- Minit 8:18

Pandangan Kami:
Jika mengikut fatwa dia, maknanya para pejuang HAMAS yang terkorban di medan perang melawan Israel Zionis; seperti Sheikh Ahmad Yassin, Sheikh Abdul Aziz Rantisi, Sheikh Sa'id Siyam, dll - BUKAN SYAHID kerana TIADA JIHAD.

Malah pada minit 8:28, ayat Quran yang dibacakannya pun SALAH.

Katanya "syarat JIHAD di dalam Quran - Jumlah musuh tidak lebih DUA KALI GANDA tentera Islam" (rujuk miinit 1:34), tiada langsung ayat Quran atau Hadith diberikan sebagai sandaran dalil hujahnya.

Walhal di dalam sirah, dalam perang jihad fisabilillah pertama iaitu perang Badar menyaksikan jumlah tentera Islam hanya 313 berbanding musuh 1000 orang!

Kami mencadangkan agar RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN ISLAM mengambil tindakan membuat laporan polis untuk membantah kenyataan cabul ini yang menghina para pejuang Palestin!

Sabtu, 17 November 2012

Macam nie dinamakan PEMIMPIN WASATIYAH.. dok pakat cium tangan laki orang buat apa nie..??

 

 Biarkan Gambar Berbicara.. Malas nak komen satgie depa kata orang yang tak sekolah agama nie

pandai-pandai pulak dok komen mereka yg ngaji sekolah agama tinggi pulak tuu...


Selasa, 13 November 2012

TG Nik Aziz di fitnah lagi oleh facebooker UMNO..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Hari ini gua terjumpa di fb seorang sahabat telah mengunakan sekeping gambar TG Nik Aziz sedang tidur untuk mengolah satu perbuatan yang mengatakan TG Nik Aziz tidur di Pejabat... sedangkan yg jelas gambar itu menyatakan maksud yg sebaliknya....

Kepada sahabat kita ini di harap anda hentikanlah Politik Fitnah dan adu domba ini..sebanarnya ia tidak menguntungkan diri kita tambahan pula akan timbul isu fitnah dan kita sendiri akan terpalit DOSA...

inlah sahabat tersebut....

Ini fakta sebenarnya.. gambar asal yang mana mamat nie ambik untuk buat fitnah...

+

Jadi gua harap MAMAT nie INSAF lah jangan dek kerana KERATAN GAMBAR FITNAH itu anda terpaksa mintak ampun pada TG Nik Aziz di akhirat kelak...

Kita jika nak berpolitik dan berhujah di persilakanlah.... tak kisah..Pertama sekali bila kita menulis biar menulis dari hati yang tulus ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Lumrahnya manusia akan mendapat hasil apa yang dia semai. 

Sudah-sudahlah POLITIK FITNAH sebegini... Jika TG Nik Aziz ada melakukan kesalahan mencuri duit rakyat, rompak harta rakyat, rasuah, salah guna kuasa maka dedahkanlah... kami pun hendak tahu juga penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh beliau itu...

Adakah disebabkan anda semua sudah putus modal maka POLITIK FITNAH pula anda lakukan dalam hidup anda...

Jika kita semaikan kebenaran, fakta, mendedah penyelewengan demi maslahah ummah, membongkar kezaliman untuk menyelamatkan manusia dari dianiayai, melakukan islah maka insyaAllah kita akan memperolehi sokongan, penolakan terhadap kebatilan dan kesedaran untuk melakukan perubahan. 

Tetapi jika niat kita berperang di alam maya untuk memuaskan nafsu serakah dengan membelasah musuh, menyindir, menghina apatah lagi memfitnah maka apa yang kita tuai ialah kemarahan dan kebencian yang tiada hujung pangkal.  

Mendedahkan kejahatan seseorang atau sesuatu kelompok demi untuk menyelamatkan masyarakat terbesar dari terus tertipu adalah diharuskan tapi ingat, betulkan niat terlebih dahulu dan jangan menyerang mengatasi keperluan.

Jika beginilah kelaku yg di tunjukan tak mustahil semakin hari orang akan semakin jauh dengan politik FITNAH ini dan yang akan rugi PARTI ANDA sendiri...

ini pula tulisan SAHABAT SAYA - amenorworld bab fitnah ini...

Tuan Guru Nik Aziz kena marah sebab tidur kat pejabat.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/tuan-guru-nik-aziz-kena-marah-sebab.html#ixzz2C4WalsFA


Antara 2 darjat antara Yayasan Artis & Pondok.. nie Yayasan U Help Me I Help U...

oleh AnakKedah007


Nah ambik ko sekarang nie NAJIB dah suka lancar YAYASAN sana YAYASAN sini... UNTUK AGAMA dia lancar untuk ARTIS dia pun lancar.. Lantak pie la dia nak lancar YAYASAN apa pun itu hak dia... Al Maklumlah nyawa tengah dok ngap ngap nie..kena tunjuk baik la kepada semua golongan.... kepada ARTIS pun kena kepada ORANG AGAMA pun kena....

Saya nie cuma nak highlight satu jaa pasal penubuhan 2 yayasan ini iaitu YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA dan YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA.. hangpa tengok la kelaku huduh mereka terhadap intitusi Agama... sebelum nie dalam belanjawan negara sekupang pun tak bagi kepada Sek Agama Rakyat  yang dikatakan tidak berdaftar dengan kerajaan Malaysia

Manakala sekarang hangpa tengok pula apa depa buat kepada YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA... bagi RM100K untuk buat PERPUSTAKAAN sahaja selepas tu jika nak lagi kena mohon...



Manakala untuk pihak YAYASAN ARTIS 1MALAYSIA cuba lihat BAJIB bagi sampai RM5juta...


dari sini pun kita boleh lihat AGAMA dok tang mana dalam pentadbiran negara kita ini.. itu pun jangan dilaungkan sebagai PEJUANG AGAMA.... entah lah...anda fikirkanlah apa tujuan semua nie....

Seperti dok kata awal tadi dalam nyawa dok ngap ngap usia pemerintahan UMNO BN macam-macam mereka kena buat untuk dilihat mereka ini berjiawa PONDOK dan ARTIS....sedangkan sudah 55 tahun perintah betapa susahnya kehidupan warga pondok dan artis ini bertarung dan berjuang untuk memertabatkan intitusi mereka di muka bumi Malaysia. Untuk warga pondok mereka terpaksa bersaing dengan intitusi pelajaran disamping peruntukan yg tak diberi begitu juga dengan artis yang mana masa popular sahja dikenang tetapi bila zaman malap pakai dok terbuang macam tu sahaja...

Jadi fikirkanlah akan keikhlasan sesuatu perkara itu dilakukan... kan NAJIB pernah berkata....

YOU HELP ME I HELP U..!!!

Jadi pakat-pakat pikaiq lah noo....

Rabu, 7 November 2012

TS Anuar Musa dah call bapak Khyrel... hangpa dok makngut lagi wahai KFA..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

 

Nah ambik hangpa lena lagi wahai KFA... Jika dok buat makngout lagi pakai lepas pie kat orang lain laa HERO KESAYANGAN RAKYAT KEDAH nie... try la kounter tengok apa yg depa nak bagi kat KM tuu..jika kita tak mampu nak bagi mcm depa bagi tapi bagilah sekurang-kurangnya boleh bagi dia selesa hidup di Kedah...

Ajust la GAJI dia bagi naik sikit lepas tu bagi la RUMAH untuk dia tinggal kaa..alaaa nuuu banglo KCS belambak dok simpan buat apa... lepas tu pie la cari camry ka sebijik bagi kat dia sebagai imbuhan...

benda nie semua pelaburan... insya'alllah aihh nanti stadium penoh balik dapat cover semua aihh... sebab apa kami kata stadium boleh penoh... sebab kita layan LIGA PERDANA jaa...team yg ada boleh dikatakan LEVEL 2...sedangkan player kita LEVEL 1 yang main negara.. jadi nak susah hati apa...

Jika KM terlepas kira kita lepaskan tuah lah sebab nak cari striker tempatan utama negara seperti MAT YO ka AMRI YAHYA ka SHAFIQ RAHIM kaa kita dah tak ada modai nak beli dah... Jadi jaga la yang dok ada jangan terlepas... tapi jika dok buat LEMBAB macam gua kata sebelum nie pakai dok meroyan situ laa tahun nie nampaknya....

Benda nie kami tujukan kepada PRESIDEN KFA supaya cengei sikit buat keputusan... nak harap TUANKU ambik peranan beliau pun ada kat PUTRAJAYA sana dah tak dan nak ambik kisah benda-benda kecik nie... tapi dok simpan HARAPAN dalam hati kecik nie jugak JIKA TUANKU guna arahan ajaib beliau.. BETA NAK DEPA MAIN DENGAN KEDAH LAGI... perghhhh memang best punya..

Jika nak harap PRESIDEN dia galakkan player berhijrah... nak harap AJK PEMILIHAN KFA dok nampak macam 'geng-geng tangan ajaib nak pelingkup jaa'.... nak harap DR HAMDAN..nampak macam tak ada support jaa...kesian dia dok pusing sorang sana sini.....


Selasa, 6 November 2012

Bola Kedah - Presiden & AJK KFA buat kerja 'lembab'

Itu laa jika aku kata makngut satgie hangpa sumpah seranah aku sebab dok maki Presiden KFA... dah tau dah ada jemuan jemuan dok dalam KFA mcm mana KCS dok buat onak dalam pentadbiran negeri...

kena la cengei sikit....nie dak dok kira nak cengei dengan geng sendiri jaa mcm org kata PAK BERANI JERKAH ANAK TAPI ANAK ORANG CURI KONEN DIA PON SEPATAH TAK KATA PAA..!! .... cuba tgk statment dia waktu org tanya player nak belah...


Ada ka pie jawab mcm tuuu..sekurangnya mai aku nak habaq cara nak jawab...

"Kita akan tengok kontrak yg di tawarkan mcmana...jika perlu di naikkan nilainya sekadar mampu kita insya'allah kita akan usahakan sehingga beliau kekal dengan KEDAH"

macam nie pon tak reti nak pikiaq dah....nie baca apa pulak penyokong lain bebel kat hang...

KFA tidak agresif

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
5 November 2012

Aksi Khyril Muhymeen (kiri) ketika menentang Terengganu. FOTO: AHMAD ZAKI OSMAN

USAHA  Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang dikhabarkan turut mahu mendapatkan khidmat penyerang sensasi Hijau Kuning, Khyril Muhymeen pada musim depan jelas mendatangkan rasa gusar kepada penyokong setia pasukan itu.

Jika benar perkara itu berlaku, Kedah dijangka akan terus gerhana pada musim depan berikutan hanya pemain berusia 25 tahun tersebut menjadi sandaran besar pada musim ini untuk menjaring gol.

Pengerusi Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah (HKC), Syahar Saad berkata, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) seharusnya mempunyai cara bagaimana untuk memastikan semua pemain bintangnya terus kekal di bumi Alor Setar, namun tidak ada usaha agresif dipamerkan oleh persatuan tersebut sehingga kini.

Menurutnya, PBNJ ada hak untuk memancing mana-mana pemain yang akan tamat kontrak pada musim ini dengan menawarkan tawaran menarik.

"Jika benar PBNJ mahu mendapatkan khidmat Khyril sudah tentu penyokong Hijau Kuning tidak dapat menghalangnya daripada pergi, sepatutnya KFA yang perlu peka dengan perkara ini dari semasa ke semasa, tetapi nampaknya persatuan negeri sendiri dilihat sudah gagal berbuat demikian sejak awal lagi," katanya kepada Sinar Harian.

Syahar berkata, selain Khyril terdapat juga beberapa bintang yang dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan tersebut selepas mendapat tawaran menarik daripada persatuan dan kelab yang beraksi dalam Liga Super.

Kontrak Khyril bersama Kedah tamat musim ini dan ditawarkan kontrak untuk kekal bersama pasukan tersebut sehingga 2015 oleh KFA, namun dia akan memutuskan masa depannya selepas pulang dari tugas bersama skuad kebangsaan di Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, sumber terdekat Khyril mendedahkan pemain yang kehilangan ibu tersayang kira-kira hampir tiga minggu lalu itu, sememangnya mahu terus kekal bersama Kedah namun usaha KFA yang disifatkan bagaikan 'low profile' membuatkannya terfikir mahu berhijrah.

Katanya, persiapan Kedah yang sehingga kini masih menyepi selain tiada usaha memancing nama-nama besar untuk diserapkan ke dalam pasukan tidak mendatangkan keyakinan kepada pemain bintang untuk kekal bersama skuad berkenaan pada musim depan.

"Sepatutnya KFA sendiri yang ghairah di dalam menyiapkan pasukan mantap untuk musim depan selepas terkandas ke Liga Perdana musim depan, tetapi nampak gayanya Kenari akan terus gerhana pada musim depan dan tidak mustahil bukan Khyril sahaja yang akan nekad untuk berhijrah, bahkan semua pemain akan berbuat demikian," ujarnya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/kfa-tidak-agresif-1.101155 (06/11/2012)


Nak Tunjuk Baik Konon.. undang-undang TUKAQ AGAMA sampai sekarang pun tak selesai lagi..

oleh AnakKedah007.blogspot.com

 
Sembang ja puak nie..nak pertahankan ISLAM konon.... macam-macam hangpa bantai Nurul Izzah walaupun dia dah buat penjelasan apa yang beliau sudah katakan tuu.. Saja nak spin nak bagi huduh....

Pertahankan Islam konon....nie Jika org islam masuk agama lain yg umuq 18 thn keatas pakai tak boleh buat apa dah mak dan pak dia....masuk mahkamah pon kalah sbb dlm undang2 negara PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN termaktub macam tuu.. mai kat luaq riuh rendah pertahan agama...undang-undang tu pun tak boleh nak ubah.. saja sembang nak bagi PAKATAN RAKYAT nampak busuk jaa...

Ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun.
Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: "Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini".
Cuba tengok kes nie pulak...

Gadis peluk Islam dikurung

IPOH 2 Nov. - Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman Soon Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah. 
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata, tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selama sebulan. 
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis terbabit enggan membuka pintu.
"Polis menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam..... 
Beliau telah di selamat kan oleh POLIS sebab bapak dia kurung kerana dia masuk ISLAM... dengan UNDANG-UNDANG PERKARA 11 bapak beliau tak ada kuasa sebab beliau dah berumur 18 tahun... Alhamdulillah beliau tukar agama dari agama beliau ke ISLAM....

Yang kami kata sembang tadi sebab bila terjadi kepada AISHAH BUKHARI yang nak tukaq dari ISLAM ke  KRISTIAN sampai sekarang tak ada sapa boleh halang... Ini semua sebab PERKARA 11 tadilah... itu kami kata depa nie hanya sembang sahaja pertahan ISLAM...

Dah lama ahli parlimen Pas berjuang utk tambah 3 ayat..... KECUALI ORANG ISLAM tapi apa kan daya MP umno tak sokong dari dulu lagi....


Isnin, 5 November 2012

Laa betoi laa tuu UMNO, MCA, MIC parti perkauman... nak nafi apa lagik...!!!

facebook @ Kami Sokong Pakatan Rakyat Mahu Turunkan Harga Kereta



betul laa tuuu..
UMNO ahli dia MELAYU sahaja
MIC ahli dia INDIA sahaja
MCA ahli dia CINA sahaja

PAS ahli dia Org ISLAM..Cina, india, melayu, singh, kadazan dll janji Islam
PKR ahli dia semua bangsa dan agama boleh joint
DAP ahli dia pun sama semua bangsa dan agam boleh joint

HABIH betul latuuu BN tuu parti kaum...

pangkah PR kereta murah....

Puteri Umno bidas Hadi dakwa MCA, MIC bersifat perkauman

Pergerakan Puteri Umno membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, bersifat perkauman.
    
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kenyataan itu membuktikan Presiden PAS adalah seorang yang berfikiran sempit serta gemar menggunakan politik berunsur fitnah.
    
"Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di negara ini lebih gemar menyebar fitnah meskipun mereka sedar bahawa perkara tersebut adalah salah serta dilarang oleh agama.
    
"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika semua parti komponen BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar-belitkan fakta untuk memfitnah," katanya.

Beliau mengulas ucapan Abdul Hadi pada perhimpunan Pakatan Rakyat di Seremban semalam yang mendakwa parti komponen BN terutama MCA dan MIC bersifat perkauman kerana dianggotai satu kaum sahaja manakala parti pembangkang tidak begitu dan dianggotai pelbagai kaum.
    
Sehubungan itu, Rosnah mengingatkan rakyat supaya tidak sekadar menerima dakwaan pembangkang tanpa menimbang usaha dilaksanakan kerajaan yang sudah jelas terbukti.
    
Beliau berkata perpaduan yang sedia wujud hari ini bukan datang dengan mudah dan negara melalui pelbagai cabaran serta ujian sejak mula mencapai kemerdekaan.

"Jadi, janganlah kita memusnahkan keharmonian dan perpaduan yang wujud ini melalui cara mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang ingin memecah-belahkan kerjasama rakyat yang sedia ada.

"Untuk meruntuh atau memusnahkan perpaduan dan kerjasama antara kaum amat mudah sekali, tetapi untuk membinanya, kita terpaksa mengambil masa yang lama," katanya.
    
Rosnah juga berkata pembangkang sanggup mengkucar-kacirkan keharmonian negara dengan politik fitnah demi mengejar impian mereka yang terlalu ingin untuk memerintah.
    
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya mengambil pengajaran daripada pengakuan bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang pernah dilaporkan berkata bahawa penyertaannya dalam parti itu merupakan satu kesilapan besar.
    
Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata beliau tertipu dengan kenyataan DAP yang mendakwa kononnya parti itu memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum.
    
- Bernama

Mukhriz Oh Mukhriz....Ingatkan Bapak Sahaja Meroyan mai Ke Anak pun MEROYAN juga nak jadi MB KEDAH..!!

hang dok merapu apa mukriz oi...dah meroyan nak jadi MB sangat kaa..awat hang dok nampak macamana det lit & the gang dok sapu sakan duit rakyat seperti yg depa dok dedahkan sekarang nie hang pon mai teliouq sama.. Itu yang galak dok nak bercakap tuuu...

SAPA KATA janji manifesto KAMI GAGAL DI TUNAI...nie kami bagi sebuah buku untuk hang baca adakah janji tu sudah tunai atau belum...jika ikut kepala hangpa semuanya belum...

PENCAPAIAN MANIFESTO PR KEDAH : KLIK GAMBAQ BAWAH


Apabila hang baca natang tu hang pie pulak belek senarai kelaku HARAM JADAH puak2 hangpa dok pediah harta rakyat kedah.. [Senarai perbuatan kerja songlap HARAM JADAH oleh BN KEDAH..]

Dengan kelaku songlap hangpa mampouih aihh kami nak bagi semula undi kat hangpa...awat hangpa ingat kami lupa ka janji hangpa pulak..nie salah satu contoh




Mukhriz: Rakyat Kedah perlu hukum Pakatan kerana gagal tunai janji

4 November 2012
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir

BALING - Rakyat semua kaum di Kedah perlu menghukum kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas kegagalan menunaikan janji dalam manisfesto mereka pada pilihan raya umum lepas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji yang mereka buat itu membuktikan mereka bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah termakan dengan hasutan PAS dan anggota pakatan pembangkang lain yang kini dilihat semakin terdesak meraih simpati rakyat menjelang PRU-13.

"PAS...menabur fitnah kononnya wang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) haram dan sebagainya yang berunsur negatif untuk memesongkan fikiran rakyat," katanya semasa merasmikan program Gelombang Merah Peringkat Parlimen Baling di Perkampungan Keda Ulu Bakai di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menyampaikan sumbangan wang dan barang makanan kepada 70 warga emas dan veteran Umno.- Bernama


Ahad, 4 November 2012

Awat Kak Jat nak bebankan pihak FRU nie...depa dah ada tugas depa dah...


Aduhai kak jat..jgn kacau fru la.dia org tu bertugas sembur gas kat ceramah2,perhimpunan2 je.polis jg ceramah bt roadblock jln nak p ceramah,masjid.penyamun,kawaq MN ada d malaysia ni klu Ada pun sikit ja...apa la hang nie kak jat oi...