Rabu, 31 Oktober 2012

Hallo Shafie..!! Sapa pecah belahkan rakyat Sabah? kami hanya pecah-belahkan UMNO BN..!!!

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat,"-Shafie Apdal.. Sapa pecah belahkan rakyat? kami pecah-belahkan UMNO! hahahaha

Syabas Rakyat Sabah! teruskan agenda memecah-belahkan UMNO-BN Sabah!

55 tahun dah "perkongsian"... kalau PR bg 20% pon, ape salahnya. Bukan untuk org lain pon, yg untung rakyat Sabah gak. Dia tak nak tgk Sabah maju kot....matematik fail ni sapie..... ngorat je pandai mamat nie....

20% adalah nilai yang sangat2 layak kerana rakyat Sabah lebih memerlukannya! aku sokong 20% royalti minyak untuk Sabah!

'Tolak royalti 20% Sabah demi kongsi kemakmuran'

Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.

Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.[Malaysiakini]

[Gempar] Adakah KFA juga sedang dipenuhi golongan TANGAN-TANGAN HITAM seperti dalam WISMA DARUL AMAN..???

oleh AnakKedah007.blogspot.com


[Laporan terbaru dari fb Khairel]


Nampaknya BOLASEPAK KEDAH akan jadi HURU-HARA lagi pada tahun ini jika dilihat status apa berlaku sehari dua ini.... KUASA yang ada pada PRESIDEN KFA dan AJK KFA yang bertembung antara dua IDEOLOGI BIRU & HIJAU akan mengakibatkan KERUNTUHAN BOLASEPAK KEDAH akan berlaku lagi lebih teruk dari tahun lepas.

Satu GOLONGAN ingin mengekalkan SURVIVAL BOLASEPAK KEDAH dengan keterbatasan KUASA namun satu GOLONGAN ingin MENJAHANAMKAN BOLASEPAK KEDAH demi untuk dilihat kepada SATU GOLONGAN lagi ketidak upayaan mentadbir BOLASEPAK KEDAH..

Dengan PERTEMBUNGAN IDEOLOGI ini demi survival POLITIK masing-masing maka ia dilihat yang akan JAHANAM ialah PASUKAN BOLASEPAK KEDAH.

Jika beginilah PERMAINAN dilakukan tidak mustahil BOLASEPAK KEDAH AKAN JAHANAM dengan TANGAN-TANGAN HITAM ini....

Cuba bayangkan sebelum ini bukan main berjanji KFA akan umumkan KEPUTUSAN TERKINI BERKENAAN PASUKAN KEDAH namun bila bermesyuarat sepanjang HARI yang keluar senarai nama pemain yang akan digugurkan dan yang akan kekal dengan KEDAH. Pemain Import TAK KETAHUAN PUNCA, Pemain Tempatan ke KEDAH tak ketahuan Punca.. Penolong Jurulatih pun masih tak ketahuan Punca.... 

Sedangkan TEAM DARI NEGERI-NEGERI LAIN sedang galak berjual-beli pemain-pemain tempatan dan import namu KEDAH satu habuk cerita pun tak ada. Jika nak tunggu orang lain beli habis baru kita kalut nak cari pemain nampaknya akan jadi seperti tahun LEPAS lah iaitu KITA MAIN MANA YANG ADA... dan yang nak best lagi apabila pemain utama kita seperti KHAIRYL @ BAD terlepas ke pasukan lain.

Adakah semua perkara yang berlaku in KFA tidak memikirkannya kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.. JIKA dilihat nak kata pihak pengurusan KFA tak pandai urus tadbir pasukan..mereka-mereka inilah golongan yang membawa kejayaan pada KEDAH zaman Azrai Khor dahulu....

JIKA Permainan KFA ini kita masih belum nampak dan juga PRESIDEN KFA @ MB KEDAH juga tidak ambik kesah dan membiarkan GOLONGAN-GOLONGAN yang ingin melihat KERAJAAN KEDAH di ketawa dan di caci disebabkan KEJATUHAN PASUKAN KEDAH maka teruskan lah berkelakuan sebegini....

Tidak mustahil dengan KEJATUHAN PASUKAN KEDAH ada sebahagian UNDI TERPENGARUH akan beralih kepihak lawan anda...tak percaya tunggu dan lihat... 

Kejadian ini jika di olah ia kelihatan seperti apa LAPORAN AUDIT dedahkan baru2 ini dimana ada orang buat tuntutan palsu sebanyak RM2.55juta bawah potfolio perumahan...begitu jugalah dengan GOLONGAN DALAM MENGURUS BOLASEPAK KEDAH... puak-puak ini tak akan berhenti untuk mengucar-kacirkan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah...dan JIKA hendak JADI HEBAT masa inilah peluang untuk PRESIDEN MENEBUS KEGAGALAN tahun lepas.... tapi Jika PRESIDEN pun tak berani nak tegur dan kawal seperti mana berlaku dalam pentadbiran negeri maka hilanglah taring CENGEI anda yang di perkatakan itu....

Bangkit dan hapuskan tangan-tangan hitam yang cuba menjahanamkan urus tadbir negeri Kedah...ayuhhhhh..!!


Selasa, 30 Oktober 2012

Allah'Huakbar...TIADA MAAF BAGIMU UBN...Kebangkitan rakyat di mana-mana...

Komen Nukilan dari sahabat...

GUNUNG KEYANG
said...

Political paradigm shift memang jelas kelihatan dlm lanskap politik kita kali ini.UMNO sekarang ni bukan Fasa 1969 di mana orang melayu masih kental dg fahaman pekauman yg dicanangkan oleh Mahadded.UMNO melalui fasa di mana UMNO akan beralih tempat menjadi pembangkang!Dalil-dalilnya memang banyak sekali.Dibawah disenaraikan dalil-dalil itu :

1. UMNO tidak ada talian hayat.Kini bergantung kpd Mykad biru yg diberikan kerakyatan kpd Bangla,Indonesia,India,Nepal dan lain-lain oleh Mahadded.Tujuan menipu PRU 13.inilah kerja mahacheat!

2.Mahadded tidak pernah mengalami sindrom otak yg meracau saban hari.Hari ini dia cakap lain,besok dia cakap lain.Sebenarnya rakyat sudah tahu siapa mamak malbari kerala ini.Kemusnahan yg dilakukan tidak akan diampunkan oleh generasi akan datang.Paling menggerunkan Mahacheat dia akan dibicarakan di Tribunal Rakyat.Tribunal ini penting utk menjadi precedent kpd pemimpin-pemimpin akan datang.Political Development sejajar dg input dan output politik utk kemakmuran Rakyat.

3. Najib keseorangan dan takut meninggalkan Putra jaya.Oleh itu dia menghabiskan kursi PM dan akan mengisytihar Pilihan Raya jika dapat feedbck dari Polis dan Tentera tentang survival UMNO.Nampaknya TIADA MAAF BAGIMU UBN.Kebangkitan rakyat di mana-mana.

4.Dari Dolah Kaki Tido(DKT), harga minyak naik.Najib pun sama di mana harga barang naik mendadak.Rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi.Bagi rm 500 Kami ambik , nak undi kami sorrylah!. Itu bukan harga nilai diri kami wahai Najib UMNO( Untung mereka Nipu Orang ) seperti kami.Nilai duit RM semakin kecil nilainya.

Yang lain-lain saya serahkan baton politik kpd sdra pembaca

GUNUNG KEYANG

Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri.. ,

oleh anakkedah007.blogspot.com

Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri.. , cukup2 la Rahman Dahlan ni menunjukkan Kebodohan Sendiri,, Ditemplak Anwar dalam Parlimen Tak Reti Baca Akaun.. sama macam anak Chua Soi lek..

BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif

Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

NONE"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sesuaikah FATHUL BARI di gelar ULAMAK ANJING...???

oleh AnakKedah007

"Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?," katanya.

-MCA x tolak Islam ke? Secara terang2 menolak Islam, jd kenapa x nasihatkan Parti LembUMporNOapco/BN supaya x bersama dgn MCA? DAP melalui karpal cuma enggan mengizinkan perlaksanaan hudud.. tp CSL jelas2an menghina nilai Islam..

Isu yg terkini adalah isu CSL.. kenapa dlm hal ni pun masih nak kaitkan PAS? PAS dah parti lembUMporNOapco/BN labelkan sesat, jd mana boleh bersatu dgn org yg sesat, atau Puak Parti LembUMporNOapco/BN yg sebenarnya sesat?

Parti LembUMporNOapco/BN tak laksana hudud ketika sedang berkuasa skrg ni apa plak cerita? Diam je ke? Adakah kat malaysia ni perlaksanaan hududi tu adalah tanggung jwab semata2 PAS? Kalau PAS umum kerajaan berkebajikan, puak Parti LembUMporNapco/BN kecoh 1 Malaya tp dlm masa yg sama dia lupa yg dia yg skrg sedang memegang kuasa negara masih enggan bertindak dgn pelbagai dolak dalik dan alasan2 bOOOodooOOh punya parti LembUMporNoapco/BN...

Ingat semua.. PRU13 ni.... Ini negara demokrasi.. hak memilih adalah hak mutlak individu tanpa boleh didorong2, dibeli2, dicadang, dihasut2...Ingat tuhh... Asal Bukan UMNO (ABU).


Harga Kereta - Rakyat Malaysia Di dahulukan Australia diutamakan..!!!

oleh AnakKedah007

Ini Harga di AUSTRALIA


Harga di Malaysia? Tengok jadual la beb.

Pasang sini.

Kilang sini.

Design sini.

RnD sini.

Customer paling banyak kat sini.

Tapi harga sini lebih mahal 

daripada harga di luar negara?

KEBODOHAN apakah itu? Nak banding harga paling murah pun tak lepas. Paling murah kat malaysia pun 59k. Gua ulang RM59K. Itu harga kosong. Nanti mula la dia merapu suruh tambah apa2 jadah lagi.

Ini di namakan Rakyat Malaysia Di dahulukan Australia diutamakan..!!!

Rabu, 17 Oktober 2012

KFA & NELSON...latest info....

ini berita terbaru... so far kami nak tunggu dan lihat apa tindakan sebenarnya....


Setelah berita pagi tadi berkenaan Nelson menjadi buah mulut peminat hijaukuning, Hijaukuning.Com telah mendapatkan maklumbalas dari pihak berkenaan dengan isu ini.

Menurut sumber maklumat yang sahih, Nelson akan kembali ke bumi jelapang padi pada 8hb November 2012 jika tidak ada aral yang melintang. Diharapkan semua perancangan di landasan yang betul.

Buat semua peminat hijaukuning, yang mana 'terlebih kata' bolehlah istighfar byk2 dan yang mana masih mengharap kita doakan semua ikut perancangan KFA untuk kebaikan bolasepak Kedah.

NELSON kata "hampa jgn dok gaduh2 nooo, aku nak balik dah!"...

BOLASEPAK KEDAH - PRESIDEN KFA KENA MAIN DENGAN PUAK TANGAN HITAM......

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Nampaknya masalah tangan hitam dikatakan masih wujud dalam KFA sebab apa dikatakan sebegini kerana sekarang nie mereka bersembang mengatakan NELSON akan di panggil untuk pemilihan semula... TAPI bila dilihat macam ada benda yang tak kena lagi....sepertimana isu MARLON tahun lepas yang macam-macam ALASAN diberikan untuk nak bagi lihat team KEDAH LINGKOP.... sebenarnya isu ini sudah lama saya utarakan..musim bola yg lepas pun isu tangan ghaib nie diperkatakan...misi mereka untuk lihat orang marahkan kerajaan PAKATAN RAKYAT KEDAH sebab yang jadi PRESIDEN ialah MB KEDAH UST AZIZAN... jadi mereka tangan hitam inilah yang memainkan peranannya.... Hati mereka ini diluar nampak manis dan setia pada negeri tapi hakikatnya mereka ini hati sudah keras dengan fahaman POLITIK...mereka akan lakukan apa sahaja untuk dilihat MB KEDAH itu gagal.....
Kasehan kat Nelson yang cuba nak bercakap dengan saya tadi....tapi line putus banyak kali....Rasa2nya dia ada masaalah tentang kehadran nya ke Malaysia.....


Dalam isu NELSON nie mulanya dengar kata beliau akan datang 15hb yang lepas..tetapi KFA sedang bermain tarik tali nak panggil beliau datang atau tidak sehingga beliau maklumkan ini kepadsa coach Azrai....pihak kelab peminat HKC juga ada berusaha tetapi semuanya atas KFA...

Hijaukuning.Com salam coach, sebenarnya kami sendiri sebenarnya dah nak usahakan nelson boleh mai kedah cepat,hinggakan nak collect fund untuk beli tiket bagi dia mai hujung bulan ni, tapi bila kami bagitau dan follow up dgn kfa, HKC ditempelak kata masuk campur, walhal kami takut benda mcm ni terjadi la.saya rasa KFA tak confirm tiket by 15hb hari tu...tu yg dia sedikit kalut..harap KFA tak buat mudah perkara ni. akan dipanjangkan ke KFA


Bunga nak jadi kelam kabut nie dah dilihat dah apabila semasa nak bermesyuarat tempohari dicanang kata akan ada pengumuman untuk player baru tapi yang diumum sekadar player yg kekal dan kena buang manakala player import tempatan tak ada khabar berita pun sedangkan Akhmal dalam twitter dia dah maklum akan bersama Kedah...

JADI SEKARANG jika kita terus membiarkan GOLONGAN TANGAN HITAM ini mencorak bolasepak KEDAH maka tidak mustahil KEDAH akan lingkup lagi walaupun hakikatnya kita ada player negara yang membanggakan....

Kepada PRESIDEN KFA jika masih dok buat kelaku macam tahun lepas ...hang terimalah bahananya....dengan apa berlaku tahun lepas itu sudah ada sebahagian anak muda merangkap penyokong dah mula memaki hamun anda dan membandingkan anda dengan zaman DET LID & OTHMAN AZIZ disebabkan terjatuhnya ke LIGA PERDANA... Jika sekadar memegang jawatan tapi kuku tak ada dalam ertikata CENGEI APA KEJADAHNYA asyik dok kena tunjai kepala jaa diperbodohkan oleh PUAK TANGAN HITAM ini teruskanlah kelaku bodoh sombong anda ini.....


Khamis, 11 Oktober 2012

Pesanan Untuk Nasharudin Mat Isa


Orang tua tua berpesan" kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sabuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah". Ini suatu nasihat yang amat indah untuk direnungi. Maknanya
Kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sabuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi
masalah. Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu.

Di waktu para sahabat, pimpinan dan ahli bertungkus lumus untuk memenangkan perjuangan Islam, jangan pula ada di kalangan kita yang menyusahkan perjuangan ini.

Rabu, 10 Oktober 2012

"Kami DAP serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya,"



Amacam PAS ada berani ambik tindakan dekat MAMAT NASHA nie...

Saya just nak tengok ja apa tindakan yg sepatutnya diambil kepada beliau

Nak sembang banyak tak guna yang nyata MAMAT NASHA nie sekarang

LIABILITY KEPADA PAS & PAKATAN RAKYAT

Jika PRESIDEN PAS dan MAJLIS SYURA masih dok simpan mamat nie nampaknya buang sahaja niat nak HIJAU KE PUTRAJAYA..

satu peringatan kepada NASHA...
Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun.

Khamis, 4 Oktober 2012

Ha Ha Ha Kabinet Bayangan la pulak... layan...

Ha Ha Ha dok tanya Pakatan Rakyat kabinet bayangan tapi depa tak layan last kutip kat blog papagomo bawak masuk mai... Tapi aku tak kesah walaupun senarai nie bukan mai dari PAKATAN RAKYAT kita boleh lihat sendiri tokoh-tokoh yang diberikan tu....ini bermakna PR tidak ketandusan pemimpin...mereka sendiri pun nampak jadi ketokohan itu ada dalam PIMPINAN PAKATAN RAKYAT jadi skrg apa mau susah belambak dok beratoq nak bagi khidmat terbaik kepada rakyat yg rakyat dok susah hati buat apa kita buat perubahan laa

Takan masih nak kekalkan barisan dari BN nak harap HISHAMUDIN baru nie kantoi bab ISA sampai habih 4juta duit rakyat kena bayaq kat pesalah ISA.. nak harap AHMAD MASLAN dah jatuh kedebuk dah harga saham FELDA.. nak harap SHAFIE AFDAL dok kalut isu berkepit dengan PELAKON.. nak harap MENTERI KEWANGAN, MENTERI WANITA MERANGKAP PM ajak masuk dewan hujah bab BELANJAWAN pun tak berani bukan lagi ajak BERDEBAT...

Sudah-sudahlaaa tuuu...pakat bungkus kain baju laa...

Blog dedah Kabinet bayangan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.

Isnin, 1 Oktober 2012

Kalau dalam Parlimen pun tidak boleh hadir, kredibiliti apa lagi yang ada pada Najib?




Saya baru selesai menyaksi siaran langsung debat ketua pembangkang di Parlimen.

Saya merasa amat dukacita dan hampa kerana Najib sebagai Perdana Menteri langsung tidak ada dalam Parlimen!

Malah Najib merupakan Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan. Ini menunjukkan beliau pemimpin yang langsung tidak bertanggungjawab membela pembentangan belanjawan yang dilakukan oleh beliau tempoh hari.

Kalau dalam Parlimen pun tidak boleh hadir, kredibiliti apa lagi yang ada pada Najib?