Selasa, 25 September 2012

Isu JET - Awat POLITIK UMNO MELAYU nie ada sifat dengki mendengki...???

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Gua Jika Boleh Nak Beli Kapal Nie Nak Bagi Pemimpin PR terbang sana sini untuk buat kerja mereka...

Orang Melayu tak habis2 nak DENGKI antara satu sama lain...bab JET pon nak jadi ISU.....macam la depa tu baguih sangat....

Najib & Rosmah tu, kalau pergi OVERSEA, Duta2 Malaysia banyak COMPLAINT cakap BOROS shopping. Kadang2 siap tempah LIMO lagi nak bawak barang2 shopping mereka.

Tapi kita matang la. Standard dia PM, bukan orang2 biasa.....lantak dia laaa.....

Kalau DSAI naik JET, tambah2 lagi orang SPONSOR, itu pun kan KECOH ker?

Nampak sangat kita Melayu nie KEBELAKANG....macam dah tak ada ISU dah nak gebang....

Orang bawa ISU nak bagi..
- mengaji FREE
- kereta MURAH
- turunkan harga MINYAK
- turunkan harga RUMAH
- hapuskan RASUAH DLL

haram tak mau sembang....tapi mai bab JET pakat riuh-rendah sembangnya....

Orang Putih setakat JET nie tak heran la. Bukan kata JET, Heli, Bot2 Mewah, Kapal2, mereka berlambak2 SPONSOR orang2 VVIP. Membuktikan mereka bukan CAP AYAM punya BUSINESSMAN....

Kita baru ada BMW dah rasa DUNIA nie kita punya. Orang2 BN memang selalu rasa DUNIA nie dia punya. Kereta pun HUTANG, ada hati nak CAKAP BANYAK!!!!

Tu yang tak senang duduk bila ada orang SPONSOR DSAI naik JET. Pigidah BN!!!! Borak jer KENCANG!!!!

KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!


Isnin, 24 September 2012

Isu harga Padi - Buat la kot mana pon janji PETANI yang dapat untungnya...!!

Ada satu komen sahabat gua rasa ini salah satu cadangan yang bernas.. jadi jika ada pihak yang mengambil pendekatan ini bagus rasanya...jika semua ini di fikirkan maka tak perlulah di fikirkan lagi bab harga padi..namun bab nie pon tak ada yg pikaiqnya dan bab yg nie pon tak ada yg pikiaqnya last yg jadi mangsa petani itu sendiri... pada gua buat la mcmana pon janji Petani yang dapat untungnya...

Assalamualaikum sdr, aku ambik peluang ni nak bagi sikit pandangan mengenai "Harga Padi" Aku bukan menolak kenaikan harga padi malah aku menyokongnya jika kena pada waktunya...

Pada pandangan aku, Situasi Harga Padi tidak sama dengan situasi Harga Getah. Harga Getah naik tidak mengapa malah lagi baik kerana menguntungkan penoreh dan banyak pihak.

Tetapi harga padi, jika naik memberi impak kepada pelbagai pihak. Ini termasuk Orang-orang berpendapatan rendah (terutama kakitangan bawahan yg ramai) dll yang sewaktu dengannya. Bagi golongan pertengahan dan atasan mungkin tak terasa akan tetapi impaknya memberi keuntungan yang besar kepada golongan pemodal yang berurusan didalam bidang ini seperti pengilang, pemborong dan pengedar kerana mereka orang tengah yang bersih tangan(maksudnya tidak perlu bersusah payah/berlumpur mengendali sawah seperti petani-petani. Manakala petani pula menerima impak kenaikan harga barangan lain, seperti beras kena beli dikedai, makanan-kanan asas karbohiderat seperti kuih muih dsbnya akan melambung.

Jadi apa yang penting tentang Harga Padi ni adalah " U s a h y a n g l e b i h k h u s u s "

1. Meningkatkan Produktiviti Padi keatas sawah-sawah yang ada sekarang
- kita seing baca dalam Sinar Harian memaparkan masaalah padi tak berisi, ini disebabkan antaranya tanah bertoksid kerana kimia dan keracunan berlebihan tanpa diurai, lantarannya tanah tidak hidup atau kesetabilan profilnya terganggu, serangan bakteria dan kulat perosak, serengga dan tikus yang dapat merentangi kimia racun buatan manusia (ini memberi peluang mereka membina ketahanan diri terutama dalam waktu cuaca lembab). Kimia penggalak tumbuhan seperti Foliar yang tidak bersesuaian kerana tidak dapat membantu "menjadi tanah hidup ". Foliar perlu bersumber galian dari tanah bawah di sawah itu sendiri. Foliar yang dibekalkan sekarang ni tak menyokong cara ini...

2. Membuka "Kawasan Penanaman Padi Baru "

3. Sistem tanaman padi perlu kembali kepada Sistem Tanam berjarak kerana Sistem Tabur Terus sekarang sebenarnya tidak menggalakan "Pertumbuhan atau Percambahan Anak-anak pokok padi dengan banyak. Ini kerana terlalu rapat seperti menyemai. Benih yang ditabur perlu dijarakan supaya dapat menyerap lebih banyak zat dan galian(tidak berebut makanan) dan cahaya matahari sekurang-kurangnya optimum untuk proses penukaran karbohiderat kepada tenaga dengan sempurna.

4. Membuat pindaan Akta Lembaga Kemajuan Tanah seperti MADA dll supaya ditadbir urus sepenuhnya oleh " Pengurusan Kerajaan Negeri yang berkuasa keatas Tanah ". Sekarang ini berlaku pertindihan Kuasa keatas sebidang tanah sawah iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri...perkara ini memperlihatkan kurang efisyen dari segi keprofesionalan pengurusan kerana berlaku bertindih kepentingan.

5. Membekal Biji Benih yang bermutu
- Iaitu yang tidak mewarisi sebarang penyakit, Matang (tak ada yang cacat), Bersesuaian dengan kawasan tanah sawah itu sendiri(bukan yang berhampiran pantai untuk kawasan daratan kerana kultur sistem tanahnya ada perbezaan)dsb

6. Melatih atau berikan petani-petani menggunakan Teknologi Mikroba semulajadi.

SEPATUTNYA YANG MENDAPAT UNTUNG ADALAH PESAWAH. JIKA PESAWAH MENDAPAT UNTUNG YANG LEBIH ....DIRASAKAN TIDAK PERLU HARGA PADI LEBIH TINGGI..

Sekarang yang mendapat untung besar dari sawah adalah Penyewa Jentera Pembajak, Jentuai Padi, Pembekal Kontrak Baja Kimia, Foliar, Penyewa-Penyewa Lori Pengangkut, Pembekal Biji Benih, Pengilang, Pemborong Beras dan Peruncit.

Jangan Salahkan UMNO yang mencuri tapi salahkan kita yang mengundi..



Yang kita dok bising
HARGA MINYAK MAHAL..
HARGA KERETA MAHAL..
HARGA BARANG MAHAL..
HARGA BELAJAR MAHAL..
HARGA RUMAH MAHAL..
HARGA TOL MAHAL...

Ini semua diibaratkan kita membiarkan PENCURI bermaharajalela dalam kampung..
Tapi kenapa kita salah kan PENCURI.. apabila semua ini berlaku..
Jangan salahkan pencuri..sebab kerja pencuri ialah mencuri.
Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela...!!!!

Kita carilah mereka yang sanggup nak atasi pencuri ini..
mereka yang berfikiran nak tangkap pencuri...
mereka yang sanggup nak menghukum pencuri...
supaya pencuri ada sifat takut nak mencuri...
supaya pencuri pikiaq 1000X untuk mencuri...

Jadi untuk mengatasi semua ini KITALAH YANG ADA KUASANYA
KUASA ITU ADA PADA KITA... KITA SEBENARNYA YANG ADA KUASA
KITA SEBENARNYA yang boleh mengangkat GOLONGAN yang nak atasi PENCURI ini
GOLONGAN nak jadi pak sanggup nak tangkap PENCURI inilah yang patut diangkat

GOLONGAN YANG BERJANJI
NAK TURUN HARGA MINYAK
NAK TURUN HARGA KERETA
NAK TURUN HARGA RUMAH
NAK TURUN HARGA BARANG
NAK BAGI BELAJAR FREE

Jika kita takut nak angkat mereka bagaimana kita nak tahu proses itu akan berjaya
Jika kita takut maka terpaksalah kita hadapi kerenah PENCURI tadi terus MENCURI
Jika kita tidak BERUBAH dan BERANI BERUBAH macamana kita nak UBAH PENCURI

Oleh itu marilah kita BERUBAH
untuk melihat 1PERUBAHAN yang baru..
BERUBAH ini ibarat HIJRAH..
Jika kita tidak berani buat keputusan
Bagaimana Kita hendak tahu apa kebaikan
Jadi buatlah keputusan yang terbaik untuk
GENERASI masa depan kita...

Akhir Kata...
Jangan salah kan UMNO yang mencuri,
salah kan kita yang mengundi. PRU 13 ........
ABU hapus kan UMNO (BN)....

Insya'Allah...

Sabtu, 22 September 2012

Insya'Allah...PRU 13 Najib akan tumbang..



Zaman Pak Lah sebaik sahaja dilantik sebagai PM, maka beliau beriltizam mahu mendakwa dan membongkar salah guna kuasa para Menteri dan Timbalan Menteri di waktu itu, maka rakyat memberi kemenangan besar yang tidak pernah dialami sebelum ini kepada UMNO/BN. Lantas fatwa Mahathir Iskandar Kutty mengatakan bahawa kemenangan yang terlalu besar tidak baik untuk parti pemetintah......

Sebaliknya apa terjadi kepada janji-janji Pak Lah? (janji orang mengantuk) Tindakan salah beliau melantik menantunya yang seperti "kera kena belacan" itu sedikit sebanyak dihukum oleh rakyat di PRU12, apabila UMNO/BN hanya "senyum kelat" walaupun menang majoriti mudah di parlimen tetapi "lubuk emas" mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak telah jatuh ke tangan parti lawan.

Isunya adalah sebelum PRU12 lagi, Pak Lah telah membawa pencerahan dan sedikit kelonggaran dengan cara mengurangkan tekanan dan campurtangan terhadap media dan meningkatkan keberkesanan dan keadilan pihak berkuasa dan memperbaiki sistem kehakiman di negara ini dan yang lebih menariknya banyak insentif serta keistimewaan telah diberikan khasnya kakitangan awam. Hasilnya di PRU12 juga, 4 buah negeri telah terbang kepada pihak lawan.

Oleh itu marilah kita sama-sama lihat dan membuat tekaan terhadap pentadbiran Parti Najib/Rosmah pada PRU13 ini apabila semua media nasional dan berbayar rata-rata cenderung 99% kepada UMNO/BN (seolah-olah UMNO/BN terlalu sempurna tiada kesalahan langsung), yang diutamakan adalah sepanjang masa memfitnah dan memburukkan pihak lawan.

Pihak berkuasa menjadi "anjing pemburu" untuk melanyak rakyat yang menuntut perubahan, manakala PDRM, SPRM dan SPR dilihat seperti berkerja hanya untuk UMNO/BN. Kalau di tahun 1998 dahulu, pimpinan Mahathir yang begitu kuat pengaruh politiknya hampir lumpuh kerana pemecatan Anwar.

Saya yakin 100% kalau PRU di jalankan secara adil dan tidak menipu, maka UMNO/BN di bawah Najib/Rosmah akan kecundang lebih teruk di seluruh Malaysia. Apa jasa Najib? Apa perubahan yang Najib buat? Apa janji yang telah Najib tepati? Melainkan beliau hanya layak dipanggil "Bapa Penipu" selain "Bapa Pengumuman" dan "Bapa Korupsi".

Khamis, 20 September 2012

Nasib baik ko mintak maaf....

Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam

NONE
Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik tulisannya di Twitter yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.

"Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya.

"Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu.

Rabu, 19 September 2012

Pimpinan DAP Perak nie awat lah 'BANGANG' sangat..!!

oleh AnakKedah007

Nah ambik sapa suruh celupaq sangat..sebelum nie gua dah tulis dah bab DAP BODOH BERPOLITIK terutama DAP PERAK.... depa nie tak macam Guan Eng bila nak buat sesuatu statement pikiaq panjang sikit tapi puak-puak PERAK nie rasa macam depa hebat.. nah ambik baru-bari sebok nak saman MEDIA PERAK salah satu media seangkatan dalam PAKATAN RAKYAT... nak tunjuk hebat dan ada kuasa lalu di saman sahabat-sahabat gua yang buat kerja di MEDIA PERAK... seperti satu artikal di KedahLanie.info suruh boikot je puak-puak bangang nie...[ Jika DAP Perak tak ambik tindakan segera maka "Say No To DAP & BN Say Yes To PKR & PAS"] memanjang ja bagi peluru kepada musuh..

nie isu terbaru bab Ngeh yg komen isu PENGHINAAN KEPADA NABI MUHAMAD SAW..

Ngeh Koo Ham
yang dok galak komen macam hebat tu buat apanya...benda-benda sensitif nie kena bijak bertutur katanya... jika dah komen macam nie nasib kome lah kena bantai... tak payah tunggu KJ gua sendiri pun boleh bantainya....nah ambik skrg dah jadi isu dan nak kena menepis pulak itu la dikatakan bangang tak sudah-sudah...

Jadi beringatlah sebelum nak buat apa-apa... musuh dan lawan anda sentiasa menanti dan mencari peluru untuk memangkah anda...

Jika nak UNDI SEMUA RAKYAT JELATA buanglah bab-bab bangang nie....

Selasa, 18 September 2012

Mahfuz jangan 'kelolo' kerap sangat...!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aduhai Mahfuz.. hang nie bukan akai tak bijak tapi hang nie KELOLO sangat sampai nak pedejei kerja buat Najib pun pada-pada laa jangan nampak sampai tak ketahuan biji sangat...

hang dok pelekeh kerja buat Najib tapi dalam masa yang sama orang akan tanya apa hang dok buat... Nama saja Naib Presiden tapi tak ada pon hang bawa satu isu gempaq yang boleh goncang UMNO BN... tak seperti RAFIZI dengan idea TURUN HARGA KERETA dan mengoncang Shahrizat dengan Isu lembu kondo dia...

Mai tang hang cuba tengok isu yang hang bawa dulu dok kemaih dengan KASE tapi lanie tengok senyap jaa begitu jugak dengan isu PEJ PENDAFTARAN dok register orang asing yang mana hang suruh orang yang terlibat saman bila hang sebut nama.. tapi depa tak layan jaa..lalu jadi di bawa angin lalu jaa...

Tapi mai lanie hang kerja dok kondem Najib apa yang dia buat... ingat orang akan perhatikan apa kerja buat kita.. Jika hang pun dok buat kelaku KELOLO macam nie letih laa nak depend hang...

Mai sini jika hang tak tau nak jadi LEADER bab apa dalam POLITIK MALAYSIA sehari dua nie.. apa kata hang ambik isu HARGA PADI yang tak naik-naik nie...


[keratan dari Kedahlanie.info]

Cuba hang jadi juara sat dalam isu nie.. rasanya kerja buat hang tu akan ada impaks yang maksima sebab isu nie kira dekat dengan pak tani...bertambah lagi hg dok bertanding di Kedah dimana boleh dikatakan kebanyakan rakyat Kedah jadi Pesawah Padi... habih nganga lagi... pie la buat kerja......

  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:27PM Sep 18 2012
 

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, perdana menteri cuba menakut-nakutkan orang Melayu apabila menyatakan bahawa pilihan raya umum akan datang merupakan penentu kepada kelangsungan orang Melayu.

Beliau juga percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno berkata demikian kerana "takut" dengan akan kehilangan kuasa untuk membentuk kerajaan.

Dengan mengaitkan slogan 1Malaysia BN, Mahfuz turut memperolok-olokkan usaha itu sebagai "Skim Takut 1Malaysia".

"Mereka takut kehilangan kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Masih ada harapan lagi orang Melayu untuk berubah pendirian supaya tidak bersama Umno dan BN.

"Saya boleh katakan, mereka ini sedang jalankan Skim Takut 1Malaysia (ST1M) yang menunjukkan pemimpin Umno ada ketakutan dengan ambil pendekatan menakutkan orang Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Dalam ucapannya ketika menutup persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan itu, Najib juga dilaporkan berkata "orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama."

note -  Macam nie hangpa nak bagi jadi MB KEDAH ganti Ust Azizan...

Selasa, 11 September 2012

Antara 2 berita nie mana yg syok..rasanya baik ROGOL BUDAK BAWAH UMUR..!!

Antara 2 berita nie mana yg syok..rasanya baik ROGOL BUDAK BAWAH UMUR..!!

Mahkamah kekal perintah berkelakuan baik ke atas Noor Afizal
8 Ogos 2012
Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan
Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.

PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.


Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.


Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.


Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.


Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.


Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.


Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.


Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.


Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama

Tolak rayuan ringan hukuman
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi semalam menolak rayuan Khairul Azuan Abdullah, 23, agar hukuman empat tahun penjara dan lima sebatan yang dikenakan ke atasnya selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah, diringankan.

Hakim membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes. Sebelum ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan lima sebatan selepas didapati bersalah atas pertuduhan di bawah

Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta sama.

Selain itu, dia turut di jatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama, yang mana bagi kesemua hukuman penjara diarahkan berjalan serentak.

Khamis, 6 September 2012

Apa beza tayang punggung dengan harga teropong ini...?

LAPORAN AUDIT NEGARA...

PENYELEWENGAN DLM PEMBELIAN TEROPONG UTK MARITIM M'SIA

INILAH JENIS TEROPONG YANG DIBELI

JIKA 100 UNIT DIBELI...

BERAPA BANYAK WANG RAKYAT DISONGLAP???


SAPA YG JADI KERAJAAN SELAMA NI???

hangpa nak bg puak2 nie perintah lagi kaa... 

haram tak ada sekoq pon kena tangkap atas kesalahan ini...

KATAKAN TIDAK PADA BN


Rabu, 5 September 2012

Rejim BN semakin di penghujung.. bila MODEL pun sudah boleh menolak mereka apathah lagi ANDA..??

oleh AnakKedah007


Yakinlah sahabat seperjuangan semua... cahaya kemenangan semakin hampir...lihatlah bagaimana TURKI mendapat kemenangan beberapa tahun lepas dimana apabila semua rakyat jelata mula bangkit menolak rejim BN...kategori semua ini ialah datang dari segenap segi... bayangkan jika seorang MODEL pun sudah mula menolak...takan anda yang faham apa itu RASUAH, KRONI, ISLAM, BANGSA, RACIST...tidak menolak rejim ini... jadi perbanyakkanlah kita semua berdoa....


Apalah Nasib Najib Rosmah: MODEL Pun Tak Suka Kat Hangpa


Daa nasib badab bro...
Model pun dapat nilaikan kepimpinan PM Najib (kalau betui dia pijak ler)....alahai
Wa ingat kot golongan model model tu semua penyokong tegar UMporNO/Bn

Pak polisi tak nak siasat gambo pemimpin PR kena bakar kena pijak,kena kencing ke?
Ha..UMno Teganu durhaka pada Sultan Teganu tak nak siasat ke?

Kes pijak gambar PM, model serah diri

Seorang gadis 19 tahun-  antara 11 individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu - hari ini menyerah diri kepada polis.

NONE
Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru dengan ditemani pemimpin DAP, termasuk ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.

Gadis itu seterusnya ditahan dan digari oleh polis serta akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.

Menurut Norman, gadis yang juga model sambilan itu ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Gadis itu didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.

sumber...Mkini

Apa bezanya bukan melayu dan melayu jaga harta negara.. tengok macam 2x5 jaa..???

oleh Anak Kedah 007

 

 


Dahulu kita marah Eric Chia sebab lingkop PERWAJA...

Selepas tu kita marah Roberk Kouk  Sebab HARGA GULA MAHAL

Selepas tu Pak Tani bising sebab harga padi tak naik-naik....

sedangkan harga BERAS asyik nak naik memanjang....


Itu dulu bila kaum lain pegang... KINI cuba lihat siapa yang PEGANG...

KAUM yang di katakan DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA

Harga GULA...dok tang tuu jaa...

Harga LETRIK... dok tang tuu jaa...

Harga PADI...dok tang tuu jaa...