Khamis, 28 Jun 2012

Bola Hijau Kuning, Jijan dan Maruah Anak Kedah...



Aduhai Bola Oh Bola...
Awat laa hangpa terok sangat tahun nie
Nak kata tak terra....
Player2 dia semua kebanyakan zaman 3 piala....

Aduhai Bola Oh Bola...
Awat laa hangpa terok sangat.....
Adakan pengurusan teruk tak jaga...
Kebanyakan AJK dia semua juga geng 3 piala.....

Aduhai Bola Oh Bola....
Awat laa hangpa kalah memanjang...
Depa kata hangpa protest...
Lanie habaq mai hangpa protest natang paa...

Aduhai Bola Oh Bola.....
Awat laa hangpa cempera....
Hangpa la nie masalah apa....
Dengaq sembang kata hangpa rasuah puncanya...

Aduhai Bola Oh Bola....
Ada kata juga...
Bola kita di politikan...
Ada puak nak bantai Jijan Presiden kena sula...

Aduhai Bola Oh Bola....
Walaupun apa depa kata...
Yang pasti bola ada di kaki hangpa...
Jadi hangpa buat lagu mana pun..
5 game nie mesti kita punya....

Jumaat, 22 Jun 2012

Aduhai 4 tahun perintah takan hangpa tak dapat kenai lagi kaa pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam di Kedah nie..

Aduhai salah pegawai la pulak... dah 4 tahun perintah takan hangpa tak dapat kenal pasti pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam nie... dok simpan buat apa pegawai macam HARAM JADAH nie... Lanie hangpa senarai mai Pegawai mana yang dok buat kelaku hebiaq nie...

Satu lagi hangpa pon kena la AKTIF sikit sembang bab nie... Mana pie PEMUDA PAS KEDAH, PEMUDA PKR, PEMUDA DAP.. takan hangpa pon sokong kot benda lagho macam nie tumbuh di negeri Kedah nie....
Yang mana dok ada tu pun dah semak kepala dah...

awat hangpa boleh diam diri tak bantah benda nie.... MASA Najib LULUS LESEN JUDI dulu hangpa bukan main DEMONTRASINYA.... benda nie KALAU hangpa pun main PERANANNYA ia iabarat sebagai peringatan KEPADA KERAJAAN NEGERI dan juga PEGAWAI yang duk jadi MUSANG tadi... tentu depa pikaiq 2,3 kali nak sabotaq Kjaan negeri Kedah....

Nie dak semua dah kamcing gigi tak boleh buka mulut aat takut apanya...dah benda tak betoi... BISING laaa....


Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
ROSLINDA HASHIM
22 Jun 2012
Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
Sebuah KTV Cafe turut menggunakan iklan minuman keras untuk tarikan pengunjung.
Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
Iklan minuman keras yang terpampang pada papan iklan sebuah restoran di Jalan Putra.

ALOR SETAR - Apa sudah jadi? Itu soalan yang pasti ditanya oleh sesiapa sahaja yang sensitif dengan kehadiran pusat hiburan baru di negeri ini, termasuk pusat hiburan terbesar di Mergong yang dikatakan akan dibuka hujung bulan ini.

Tambah menarik, pembukaan pusat hiburan itu juga diuar-uarkan akan diserikan dengan peluang kepada pengunjung untuk menari bersama deejay wanita terkenal dari Perancis dikenali DJ Liz Candy.

Itulah perkembangan yang semakin membimbangkan sedang berlaku di Kedah, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) diketuai Pas.

Apakah kerajaan diketuai parti Islam itu yang memberikan lesen untuk pusat hiburan berkenaan beroperasi, terutama yang baru dibuka?

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya berkata, pertumbuhan pusat hiburan baru di negeri berpunca daripada sikap segelintir pegawai kerajaan yang tidak menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

"Inilah punca yang sebenar, yang menyebabkan imej Kerajaan Kedah keseluruhannya tercalar," katanya ketika ditemui semalam. Zulkifli berkata, sikap pegawai yang berkenaan seolaholah mengkhianati Kerajaan Negeri yang telah  memperjuangkan isu itu sejak sekian lama.

"Dasar Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pusat hiburan sangat jelas tetapi tidak dihormati. Polisi itu sepatutnya diguna pakai semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi malangnya, tidak.

Daripada tinjauan kita, beberapa pusat hiburan baru di daerah Kota Setar diberi lesen tanpa alasan kukuh," katanya. Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri tidak membenarkan pembukaan premis baru untuk pusat judi, arak dan pusat hiburan, namun tiada arahan tutup dikeluarkan kepada premis yang sudah diberi lesen.

Zulkifli berkata, Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan pendirian tegas berhubung kebenaran membuka premis pusat hiburan sejak mengambil alih pimpinan namun sebahagian besar premis masih gagal mematuhinya.

"Isu pusat hiburan ini isu lama tetapi masih menimbulkan kemarahan rakyat. Kita kesal kerana pihak berkuasa tidak tegas menanganinya," katanya.

Berkaitan isu kehadiran deejay wanita dari Perancis itu, beliau berkata, ia memang amat dikesali lebih-lebih lagi kerana poster iklan wanita seksi dipamer di merata tempat sekitar bandar raya ini seolaholah Kedah bukan ditadbir oleh  Pas.

"Saya hairan bagaimana iklan seperti itu boleh lulus di Kedah. Sudahlah isu pusat hiburan bertambah gagal diselesaikan, selain isu penguatkuasaan lemah dibangkitkan, kini iklan yang menjolok mata pula wujud," katanya.

Zulkifli berkata, kegagalan penguatkuasaan menyebabkan ada premis hiburan yang beroperasi pada malam Jumaat dan melewati jam 1 pagi.

"Turut dikesan iklan arak terpampang di beberapa premis, malah ada dakwaan wujud pusat hiburan yang menyediakan tarian mengghairahkan dengan penampilan wanita seksi.

Saya bimbang anak muda Melayu terpengaruh dengan iklan sebegitu," katanya. Sehubungan itu, Zulkifli meminta semua pihak terutama anggota Exco yang bertanggungjawab supaya bertindak tegas menangani "Saya dedahkan  perkara ini untuk kebaikan semua pihak dan tidak berniat mahu mengehadkan aktiviti bukan Islam.

Sebelum perkara ini menjadi lebih serius dan menjadi mainan politik, adalah lebih baik saya bangkitkan isu ini untuk membuka mata semua pihak terlibat," katanya.

Kedah Darul Disco : Takan nak bagi jadi macam BUKIT BINTANG kot?

oleh AnakKedah007

ini gua ambik dari fb KedahLanie.. gua tambah garam lagi bagi masin..

 


Tu dia aihhhh.....

MB lena ka?

EXCO lena ka?

YB lena ka?

SENATOR lena ka?

DATUK BANDAR lena ka?

D.O lena ka?

AHLI MAJLIS lena ka?

Penyokong PAS lena ka?

Penyokong UMNO lena ka?

Penyokong PR lena ka?

Penyokong BN lena ka?

Ini benda tak elok dan maksiat

Takan nak bagi KEDAH jadi macam BUKIT BINTANG kot?

Pihak Penguatkuasaan mana?

Siapa boleh bagi lulus lesen nie?

Siapa yang bagi kebenaran ada benda nie?

Takan MB kot?

Takan EXCO kot?

Takan YB kot?

Takan SENATOR kot?

Takan DATUK BANDAR kot?

Takan D.O kot?

Takan AHLI MAJLIS kot?

Eihhhhh MERAPU aihh HANGPA SEMUA..?

Kami pangkah hangpa bukan suruh bagi ada benda HARAM JADAH nie..??

Jika nak bagi ada MENATANG nie suruh UMNO BN perintah pun 

KOMPOM belambak aihhh..dah dok tau dah kelaku macam tuu

NIE HANGPA LEBAI ATAS KEPALA...

Jika ada UNSUR SABOTAQ dok nganga lagi PECAT sahaja makhlok

yang tak mau dengaq ARAHAN KERAJAAN NEGERI..

Jika PEMERINTAHAN BUMI KEDAH 

jatuh dek kerana ISU HARAM JADAH nie..

Kami takan terasa KECEWA walau sekelumit pun aihhh

sebab KITA dah buat Amal Makrof Nahil Mungkar


Jadi lanie baik hangpa semua buka mata

dan ambik tindakan yang seberapa segera

sebelum bumi kedah nie di beri gelaran

KEDAH DARUL DISCO.........

Selasa, 19 Jun 2012

Tarikh Pilihanraya - Habaq Awai La Bodoh.. Demokrasi HARAM JADAH apa macam nie...!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Kuasa Mutlak tengkorak chee hang.... menyusahkan rakyat nak susun atur program depa.... nak ajust cuti... nak buat kenduri... nak pie haji... semua jadi huru hara kerana hangpa tak bagi tarikh..

Nak RAYA POSA & RAYA HAJI pon tarikh dah tau bila nie nak buat PILIHANRAYA untuk lantik pemerintah negara main ikut suka kepala depa saja....

Awat buat kelaku bodoh sangat...biaq hangpa sudah la bodoh jangan dok perbodoh rakyat macam nie.... disini gua nak mintak kepada PAKATAN RAKYAT bila hangpa menang nanti hangpa jadikan TARIKH PILIHANRAYA akan di umum lebih awal... sekurang-kurang setahun awai..supaya senang rakyat nak susun program depa...


Kuasa mutlak PM tentukan PRU

Wartawan Sinar Harian

18 Jun 2012

SHAH ALAM – Sesiapa sahaja boleh meramalkan bila tarikh pilihan raya, tetapi kuasa mutlak menentukannya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, tarikh pilihan raya tidak penting tetapi persediaan untuk menghadapinya adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan

kemenangan.

"Parti komponen BN perlu melihat cabaran besar yang perlu diatasi iaitu 'mood' pengundi kerana ia menjadi perkara penting dan ukuran tepat terhadap bilangan sokongan, yang tidak menyokong dan atas pagar terhadap BN.

"Calon boleh menang yang dipilih untuk mewakili parti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen perlu diyakini mempunyai penyokong," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun, tetapi ia tidak benar.

Sekiranya pada Mac 2013, ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri Pantai Timur.

Cenge La Sikit MB & EXCO Kedah.. Letih dok layan mata tengok 'Banner NITE CLUB' nie...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Sehari dua nie gua tengok kat KEDAH rancak semula isu bab HIBURAN TANPA SEMPADAN nie....dia timboi balik banner promosi KARAOKE.. NITE CLUB..di tiang2 kat Aloq Setaq nie....awat benda lagu nie boleh timboi...kompom ada tak kena...

dah la zaman dok hingaq K-POP najib nie... last mai pulak ada benda mcm nie kat negeri kita....bab ada tu satu bab.. nie bab dok kena KUTUK dek penyokong BN dok perli kata inilah corak pemerintahan ISLAM yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan PAS Kedah....nah ambik nak jawab apa bila di katakan sebegitu...puak2 KUTUK nie masa nie la nak panggung kepala nak tenyeh kita.....



nak panggung kepala camna jika dok mai tunjuk banner camna... so far benda mcm nie dah banyak kali dah timboi dalam negeri Kedah nie.... jadi skrg yg dok heran HARAM JADAH mana yg dok LULUS kan LESEN-LESEN macam nie....

Takkan EXCO jaga Kerajaan Tempatan tak tau.... Takan MB tak mau buat satu pendekatan untuk atasi benda nie... Jika ada pegawai kerajaan yg berkhidmat di negeri Kedah tak mau bagi kerjasama sila ambik tindakan segera kerana perbuatan sebegini akan mencemarkan nama baik yg kita dah dok buat selama 4 tahun nie....

Cengei la sikit... jangan selop kepala sangat nie tengok orang macam dah pijak kepala Kjaan negeri ja nie... ada orang lain yang lebih berkuasa susun atuq bagi nama negeri Kedah nie jadi busuk....

Cuba tengok Selangor dalam dok bising rumah urut tuu sekurang-kurangnya depa ada ambik tindakan susulan... dan diserahkan pula pada mamat wayar yg jaga JAIS dahulu.. biaq depa buat kerja...baru la nampak ada tindakan....

Jadi di harap kepada pihak Kjaan Negeri Kedah hangpa celek la sikit mata dalam bab nie... bukan apa ini untuk kebaikan kita semua juga....

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri Selangor akan menguatkuasakan sistem akujanji ke atas pengusaha rumah urut dan pusat siber bagi mengelak pihak berkenaan mendalangi aktiviti tidak bermoral di premis masing-masing.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi berkata, akujanji itu membolehkan kerajaan negeri bukan setakat menyita barang tapi merampas bangunan yang menempatkan premis yang didapati terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di bawah akta kanun tanah negara.


Ahad, 3 Jun 2012

Dalam bulan Allah.. gua mengenali K-POP... Terima Kasih kerajaan...

oleh AnakKedah007

Ada tiga bulan dalam Islam yang mendapat perhatian khusus; bulan Rajab, Sya'ban dan Ramadhan. 

Banyak riwayat yang menyebutkan tentang keutamaan tiga bulan ini. Dalam sebuah hadis disebutkan bahwa Rasulullah Saw bersabda,

"Bulan Rajab adalah bulan Allah. Tidak ada bulan yang punya kehormatan dan keutamaan sepertinya. Berperang di bulan ini hukumnya haram. Rajab adalah bulan Allah dan Sya'ban adalah bulanku, sementara bulan Ramadhan adalan bulan umatku. Barangsiapa yang berpuasa di bulan ini akan membuat Allah gembira dan kemarahan-Nya akan menjauhinya serta pintu dari pintu-pintu neraka ditutup untuknya."