Ahad, 29 Januari 2012

Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR....

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/422940_351752794844371_193731771_n.jpg
Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR.. bukan lu nie macam gila microphone laaa jugak macam sesetengah pimpinan yang lain tuu... cakap street to the point jaa tak yah madah-madah sangat.. bila madah-madah macam nie la jadinya... sebelum tu bab HOMOSEKSUALITY atau IKTIRAF GAY.. cuba tengok masa tuu berjabu dok kena tepis berita dari media pencacai.... sekarang ko buat pulak.... Gua rasa lepas nie jangan laa ketagih buat kenyataan sangat dah semak kepala dah nie....

Israel: Amaran Anwar, 'jangan belit kenyataan saya'
Wartawan Sinar Harian
28 Januari 2012

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."

Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.

"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan Bernama awal petang tadi memetik Muhyiddin berkata beliau meminta Anwar tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal.

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum PKR itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita di Muar.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pendiriannya ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara.

"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York," katanya.

Oleh itu tegas beliau, ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.

Khamis, 26 Januari 2012

KUIN Vs AUKU - Lagi pencerahan dari apa yang gua faham... !!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/10feb/azizan.jpghttp://www.thechoice.my/images/resized/images/tc/lead_story/kuin_200_200.jpghttp://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/10feb/azizan.jpg

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?

SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?

Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2012/january2012/18/m_pasdemo.jpg
hangpa buat rayuan dak..??

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, "Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la..." Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

Kerana 5 orang nie hangpa maki dia berkandaq sampai nak suruh dia letak jawatan tapi masa dia dok buat komplek KUIN yg baru di KUALA KETIL sana hangpa tak mau puji... jadi pada2 la bro nak bantai orang tua nie pon... Gua pon jika tak kena gua bantai jugak...

Bank Islam tawar RM330 juta


Zukri Samat (dua dari kiri) menyerahkan dokumen perjanjian kemudahan kewangan kepada Jahubar Sathik Abdul Razak sambil diperhatikan Azizan Abdul Razak (tengah) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam) telah menawarkan kemudahan kewangan Islam bersindiket bernilai RM330 juta kepada Kedah Sato Sdn. Bhd. (KSSB) untuk projek pembinaan pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling, Kedah.

Kedah Sato adalah kontraktor kelas A yang juga merupakan anak syarikat Bina Darulaman Bhd. (Bina Darulaman).

Bank Islam dilantik sebagai pengatur utama pembiayaan bagi kemudahan itu bersama-sama Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) yang bertindak sebagai pengatur bersama.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, sebagai pengatur utama, pihaknya membiayai RM200 juta untuk kemudahan itu manakala baki RM130 juta lagi dibiayai oleh Affin Islamic Bank Bhd.

Katanya, di bawah pembiayaan itu, Kedah Sato akan membayar balik pembiayaan tersebut dalam tempoh 15 tahun, termasuk tempoh tertangguh selama tiga tahun... [Selebihnya disini..]

Rabu, 25 Januari 2012

NEGERI KEDAH masih terkebelakang dalam 'PENYEBARAN MAKLUMAT'

Assalamualaikum...

Hari nie gua nak sentuh bab PENYEBARAN MAKLUMAT... tak mau sentuh bab KUIN ka AUKU ka.. semak kepala ja layan kerenah hangpa semua... janji hangpa marah la kot mana pon tapi dalam hati hangpa tetap ABU... habih cerita....

bab PENYEBARAN MAKLUMAT nie gua nak specifik kat KEDAH.. gua tengok dan lihat ianya tak sampai kesasaran lagi.. dulu gua bising bab MEDIA INTERNATE so far pada gua dah ada peningkatan sebab dengan adanya beberapa kelahiran laman web seperti KedahLa.blogspot, UtaraOnline.com, SedakaSejahtera.blogspot.com dengan di maintain kekal blog otai KedahLanie.info so far alhamdulillah... ditambah lagi dengan amanTV.net dan wartakedah.net ini semua sudah mencukupi....

namun sekarang gua nak bincang bab DELIVERY SYSTEM di mana nak menyampaikan maklumat-maklumat ini ke sasarannya di kampung-kampung sana... so far sehingga kini jika berharap medium ceramah sahaja ianya tak mencukupi tetapi skrg kita kena sampai ke target point nya iaitu sampai ke dalam rumah orang-orang kampung dan melekat dalam jiwa mereka apa yang akan di sampaikan....

Dulu ada satu penyebaran secara ac-hoc sewaktu ISU UUM dimana ada satu risalah "KEDAH LA" yang mana di tabur keserata pelusuk negeri Kedah ini.. dan dari apa yg dilihat ianya memang berkesan dan sampai kelubuk hati rakyat.... dengan bahasa santainya ianya menjadi perbincangan hangat akan topic yang dipaparkan itu.. namun itu semua suatu waktu DAHULU...

KINI..apa yang ada... BANNER-BANNER kejayaan negeri di pasang kepelusok negeri... so far Alhamdulillah ianya salah satu medium penyebaran namun pada gua ianya masih tak mencukupi.... kita nak target sekarang sasaran sebenar... jadi kaedah "KEDAH LA" dahulu dah berjaya dah namun sekadar 1X sahaja perkara seperti itu berlaku...

mana perginya Ketua Penerangan parti PAS, PKR dan DAP hangap pegang jawatan sekadar suka-suka kaa... pikiaq la panjang sikit buat pamplet-pamplet yang menyentuh hati serta mudah di fahami dan sebarkan kemerata... jangan dok merak dengan jawatan sahaja... UMNO/BN hari-hari dok bantai dalam TV & RADIO....

Jadi gua harap hangpa pulun la sikit.. kesian gua tengok pakcik-makcik kat kampung sana berbangga dengan UMNO nie disebabkan kita tak sampaikan maklumat dengan kaedah yang sebetulnya....

jadi pakat-pakat pikiaq dan pakat-pakat buat kerja laa nooo...............

- p/s : in ada contoh-contoh pamplet............

Selasa, 24 Januari 2012

MUKA TEMPLATE BARU.....Amacam best tak BRO..??

amacam geng.. ada mari kaa rumah baru gua nie...nak kena tukaq warna background kaa sebab tengok maintain jaaa.. segak tak segak nak buat camna gua segak....jadi layannnnnnnnnnnn...

p/s- hallo Hallo... ABU ada....?????

http://3.bp.blogspot.com/-4LMfhGIwjDQ/TvABQSSfnHI/AAAAAAAAEOk/NQJgnQAoVAQ/s400/asal%2Bbukan%2Bumno%2Bbabi%2B2.jpg

2,3 hari lepas rasa semacam ja kat Azizan..
macam mau tenyeh tenyeh jaa...

tapi bila dok baca dan kaji balik
guna otak ALLAH SWT bagikan nie.
Alhamdulillah kira dapat terima pasai ISU KUIN & AUKU

Isnin, 23 Januari 2012

AUKU & KUIN.... Azizan lu best bro......!!!

Hari nie gua nak backup azizan.. Bukan apa gua tgk sakan hangpa seligi dia sampai rapat isu KUIN dan AUKU tuuu....

Relax laa bro.. Nie la akai org tua hgpa tak dapat baca... Dia nak tgk hangpa nak handle benda nie camna.... Cuba hgpa usha balik camna akai dia.... Skrg nie dia sebagai MB dia serahkan isu nie kat jawatan kuasa disiplin KUIN buat keputusan dan disini beliau tak masuk campoq urusan tersebut... Disini kecantikannya ialah kuasa KUIN tak ada camportangan pemerintah... Benda nie dulu jika kena kat UMNO kompom ada campuran politik mcm di uitm serta sewaktu dgnnya.... Ini satu....

Kedua pulak dia tak sentuh bab AUKU di KUIN kerana selagi tak dimansuhkan di pusat kuasa kerajaan tak ada..cuma mahkamah yg boleh kata ya atau tidaknya... Itu yg dia kata buat rayuan dan bawa kemahkamah... Jadi bila sampai disana..mcmana anda lihat dgn undang2 auku nie... Pas masih dengan pegangan dia iaitu menolak auku itu yg peguam Pas yg jadi peguam depa... Itu parti politik...tapi kerajaan ada law dia...itu yg azizan tgh dok buat skrg nie....

Jadi pada gua nielah otak org tua tua...berpandangan jauh beb....he he he

Jumaat, 20 Januari 2012

Ust Azizan gedebe cari penyakit laksanakan AUKU di KUIN..

pleh anakkedah007


kalau Ust.Azizan terus berkeras utk melaksanakan AUKU di KUIN......PRU13 nih comfom ank muda akan bertukar angin !!! x lma g mybe akn bertukar MB !! isu ini sedikit sebnyak menjejaskan Pakatan Rakyat krna dlm buku Jingga PR menjanjikan akn memansuhkan Auku klau PR bleh memerintah.....hmm...tak tau la ust.Azizan weii...

Rabu, 18 Januari 2012

pengajaran dari cerita HANG TUAH tak wujud dan MAT INDERA komunis atau tidak ialah...


http://4.bp.blogspot.com/_Z5qlSMPMHwM/SwZiM4-81qI/AAAAAAAAAQY/kfREYQAnZH0/s1600/silat-754817.jpg

samada benar ataupun mitos, yang penting adalah pengajaran nya...begitu jugak dgn kisah ikan todak melanggar Singapura...betul atau mitos, tidak perlu di bahas kan sgt, yg penting politik cantas mencantas telah berlaku sejak zaman berzaman, sama seperti apa yg berlaku sekarang....Bendahara Melaka di bunuh di sebab kan fitnah, pun berlaku sekarang kan...

Sultan Mahmud mangkat dijulang juga belum tentu benar...cuma kita perlu sedar mmg ada pemerintah yg zalim....sama jugak seperti Puteri Gunung Ledang....betul wujud ke...tak kisah betul atau tidak....yg penting kena faham tentang permintaan yg melampaui batas terhadap Sultan Melaka ketika Sultan ingin meminang nya.....apa kah maksud sebalik 7 dulang hati nyamuk, 7 tempayan air mata anak gadis sunti....jika mitos sekali pun...pasti ada pengajaran yg ingin di sampai kan oleh para penditawan dan cendikiawan pada masa itu...Jebat derhaka???..faham2 lah ye....

Selasa, 17 Januari 2012

SMS Panas berlegar di Kedah pasal "Program Dailog Anak Muda" di Padang KUIN hari ini...!!!

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/400048_341012539250848_100000263140624_1359388_170923746_n.jpg
dari facebook kedahlanie

Adakah SMS nie betul-betul datang dari Ketua Pemuda PAS Kedah atau ada manusia sedang nak buat dajal kepada beliau....

Jika benar nampaknya Pemuda PAS Kedah telah berundur setapak kebelakang dengan memusuhi anak muda... Akta AUKU yang di tentang dengan ADAM ADLI yang menjadi simbol kebangkitan anak muda... ianya janganlah disekat....

Jika salah pula nampaknya ada pihak cuba mendajalkan pergerakan Pemuda PAS Kedah... di harap jika ada pihak yang hendak mendajalkan Pemuda PAS Kedah hangpa hentikanlah kerja buat tak elok nie... Anak muda sekarang bukan anak muda cucuk hidung lembu kak jat...

jadi kepada sahabat yang nak pergi Padang KUIN tu pergilah... Suara anak muda suara keramat... lawan tetap lawan.....

Ahad, 15 Januari 2012

Perghhh!! nak Bunuh PM Malaysia cepat hangpa tangkapnya.. Mamat nak bunuh MB Kelantan apa cerita..??

oleh AnakKedah007

http://3.bp.blogspot.com/_4qsFu3IDCOs/S-DjRfa8ErI/AAAAAAAAA1o/mYAHNgX6t58/s1600/image001.jpg
Gua nak tanya apa cerita dengan mamat yang Ugut nak bunuh Menteri Besar kelantan tempohari.... sunyi sepi jaa....????
Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

- Bernama

Jumaat, 13 Januari 2012

Gua macam nak mencarut ja kat JAMIL KHIR nie..!!!!

http://2.bp.blogspot.com/-REytLmwmIzU/Tv75vUwgWvI/AAAAAAAAX74/pHJ3Y4CXJFs/s400/jamil-khir1.jpg
Aku sikit lagi nak mencarut. Siyes neh beb. Siyes. Aku rasa jamil khir tak faham isu. Aku percaya ramai orang islam di malaysia neh tak kesah kalau wang zakat digunakan untuk jihad fisabillah. Amek lah oii. Amek. Amek banyak2. Orang islam di malaysia lagi suka.

Amek bantu orang islam yang berpenyakit tapi tak mampu nak rawat sebab kos perubatan sangat mahal. Amek bantu orang yang terdesak. Amek bantu buat taska2 islam. Amek bantu beli Alquran or upah guru2 yang boleh mengajar Alquran untuk orang2 yang miskin yang tak mampu hantar anak2 dia pergi sekolah agama. Amek. Amek banyak2. Silakanlah!!!

Tapi beb, ini lue amek bayar kos guaman lue. Kos guaman lue bukan jihad fisabillah bagi tafsiran gua. Gua cuba faham benda neh dengan teliti. Tapi setelah gua godek pelbagai persepsi dan ceruk, gua siyes bagitau lue, gua tetap tak boleh terima perlakuan lue. Lue melawan qazaf. Dan lue anggap dengan melawan qazaf ialah jihad fisabillah? Jihad fisabillah apa bila lue lawan hukum islam? Macam mana gua nak faham beb. Macam mana? [http://amenoworld.blogspot.com/]

Khamis, 5 Januari 2012

Ini dia Tok imam muda di Madrasah Sallihiah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/399688_320970364601384_100000652680567_1062612_1510264031_n.jpg

gua jenis nak aibkan orang nie gua sebenarnya malas nak buat tapi bila dah 10 org majlis fatwa dan diketua i tok mufti pon hangpa tak ada rasa hormat...sampai nak menyanggah apa yg depa buat lalu gua nak tunjukkananlah salah seorang tok imam muda di Madrasah Salihiah tuuuu...... sapa dia hangpa pie cari la sendiri....

Selasa, 3 Januari 2012

Madrasah Salihiah - Tempat dok bising tu MADRASAH ka PEJABAT TAKAFUL..???

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/396072_10150462204912157_319981142156_8743228_1103144338_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-EtKjczwrjZ4/TwJqDHrQ8HI/AAAAAAAACjA/0GpSiCL4_8k/s1600/2011-12-29_072725.jpg
Gua dok hairan nie.. mana dianya surau yang depa kata Kerajaan Negeri nak robohkan tuuu.. yang gua nampak kat sini signboard TAKAFUL IKHLAS ada laa.. Jika kata surau mana dia signboard MADRASAH SALIHIAH terpamang besaqnya.. nampak sangat kariah surau nie utamakan nama TAKAFUL dari nama surau....

Pada gua yang paling dok bising tentu tokey takaful nie bukan apa skrg depakata dia sewa bangunan tu... pesoalannya dia bayar kepada siapa sedangkan kawasan itu ialah tanah wakaf... jika tanah wakaf urusan penjagaan dia di Kedah nie di jaga ileh MAIK....

Duduk cemey paaa...??? Itu yang hingaq sangat tuuu....bukan apa bila dibuat yang baru kompom yg lama akan di roboh... bila di roboh maka sekali2 dengan TAKAFUL IKHLAS laaa akan berkubur...jadi kena pie cari tapak sewa baru....dimana kadar sewaan akan meningkat berkali ganda.... dari dok cemey murah sewanya skrg nie dgn adanya projek Aman Central nie maka dengan dia sekali hauuuu.....

Ahad, 1 Januari 2012

Nak Pertahankan MADRASAH @ nak mengagalkan KERAJAAN NEGERI membina semula projek terbengkalai 30 tahun itu..??

Oleh AnakKedah007

http://2.bp.blogspot.com/-_9PZ8WvqpsI/Tv-5sMLAxAI/AAAAAAAAFkQ/glJWoxViT5g/s1600/2012-01-01_100114.jpg

hari gua macamana tak tau teringin nak masuk facebook Kedah La Ni.. tujuan dia saja nak follow kes Protest depa pasal MADRASAH SALIHIAH tuuu... last terjumpa ini kat facebook tersebut... rupa-rupanya depa angkut anak yatim mai nak bagi peramai... he he he... mana dia pejuang2 hangpa nuuu dok usung anak-anak yatim tu buat apanya... kesian kat depa...

dan bila dok belek lagi tup-tup terjumpa posting nie plak...

http://1.bp.blogspot.com/-3an5Cf_QCWE/Tv-8C_KsCuI/AAAAAAAAFkc/7Ud4w5sJ5zk/s1600/2012-01-01_100155.jpg
bila dok pikiaqnya apa agenda puak-puak nie sebenaqnya... nak Pertahankan MADRASAH tersebut @ nak mengagalkan hasil usaha KERAJAAN NEGERI hendak memulihkan projek yang terbengkalai selama 30tahun lebih dibawah pemerintahan UMNO/BN....

Sepatutnya kita sebagai rakyat patut bersyukur BANGUNAN BERLUMUT TERBENGKALAI selama 30tahun tak berjaya diselesaikan masalahnya telah berjaya dipulihkan oleh KERAJAAN KEDAH pimpinan Ust Azizan ...



AWAT HANGPA RASA MALU KAA SEBAB 30THN TAK DAPAT SELESAI... TAK PON HANGPA DAH PUPUS ISU NAK TEMBAK AZIZAN KAT KEDAH NIE.. PIE LA ROSEK 3THN PERINTAH NIE ADA KAA MENTEDARAH DUIT BALAK MACAM HANGPA DOK MAKAN DULU-DULU KAAA.. ADA KAA DIA DOK FARAID DUIT GLC SAMA PUAK-PUAK DIA KAA.. ADA KAA DIA GUNA JET PERIBADI MACAM MB LAMA KAA... ADA KAA DIA DOK PERABIH TANAH RIZAB MELAYU MACAM HANGPA PERABIH SAMPAI TAK BERGANTI TUU KAA..... ISU MACAM NIE BARU MENGAMCAM....

KALAU SETAKAD BAB SURAU YANG DAH MAJLIS FATWA DAN TOK MUFTI BUAT KEPUTUSAN TUU KAMI TAK MAU BANTAH DAH AIHHH KAMI SAMIAQ NA WA ATOQ NAA JAA LAHH....