Selasa, 13 September 2011

Kebodohan Pimpinan Pakatan Rakyat buat BN tepuk tangan..!!

inilah Kebodohan sesetengah pemimpin puak Pakatan Rakyat.. berebut kerusi macam dah menang dah tuuu...tak payah laa dok nampak kata hangpa tu kebuloq sangat nak jadi calon....bawak berbincang elok2 dan kalau tak dapat biaq pimpinan atasan buat keputusan..nie dak dok buat kelaku bengong macam UMNO/BN nuuuu...guna media utk perjatuh kawan2..kalau kelaku pelaq macam nie baik hangpa bagi kat BN jaa laa perintah negara nie sampai kiamat....

PKR-DAP bercakaran rebut kerusi di Johor

Percakaran PKR-DAP berebutkan peruntukan kerusi di Johor semakin buruk, apabila sebuah bahagian PKR berkata Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya Pakatan Rakyat gagal menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan membidas Boo (kanan) kerana mengingkari kata-katanya dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan.

"Bukan sahaja tindakannya itu tidak membantu Pakatan Rakyat untuk menawan Johor, ia juga menjadikannya (Boo) dalang utama," kata Ng.

Menurutnya, Boo telah berulang-kali melanggar perintah tutup mulut semasa sidang akhbar dan ucapan-ucapan politik di majlis makan malam.

"Dia juga bermegah kononnya DAP boleh memerintah Johor dengan sendirinya, tanpa mengambil kira perasaan parti-parti gabungan yang lain."

Boo yang merupakan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, minggu lalu mengkritik PKR kerana enggan menyerahkan beberapa kerusi kepada DAP dalam usaha parti itu mendapatkan agihan yang adil bagi kerusi parlimen di Johor.

Pada pilihan raya umum lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu lagi kerusi.

PKR ingatkan arahan tutup mulut Pakatan

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya patuh kepada ketetapan dan arahan majlis presiden gabungan itu supaya rundingan kerusi tidak dibincang dan dihebah secara terbuka.

Peringatan itu dibuat ekoran beberapa pemimpin Pakatan di Johor, termasuk daripada PKR, mengutarakan pelbagai pandangan yang mengundang spekulasi dan pelbagai persepsi.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasution"Saya dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa hormat-menghormati sesama kita dalam erti kata yang sebenarnya," kata Saifuddin (kiri).

Percakaran PKR-DAP di Johor makin buruk semalam apabila Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan dilapor berkata, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya Pakatan gagal menawan Johor pada pilihan raya umum ke-13.

Ng membidas Boo (bawah) kerana didakwa berkali-kali melanggar perintah tutup mulut dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan tanpa mengambil kira perasaan parti gabungan lain.

Dalam kenyataannnya hari ini, Saifuddin berkata, rundingan kerusi antara parti sekutu Pakatan merupakan proses berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama menumbangkan BN.

"Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berNONEunding," kata anggota parlimen Machang itu.

Beliau juga menyeru ahli dan pimpinan ketiga-tiga parti pembangkang memberi tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihan raya masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Saufudin turut menyatakan keyakinan dan sokongan PKR kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng dalam meneruskan rundingan bagi mencapai "persetujuan hakiki" dalam rundingan itu.

Dalam pilihan tiga tahun lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu kerusi.

Tiada ulasan: