Selasa, 3 Mei 2011

Apa Kerja PEMUDA PR KEDAH.....????

Entahlaaa satgie aku dok cakap banyak ada org tak puas hati pulak... tegoq salah tak tegoq lagi salah... jadi lu pikr la sendiri.... dah berkajang dah Kedah La dok buat pendedahan... ada sekali jaa KETUA PEMUDA PAS KUALA KEDAH pie report polis pendedahan yang lain macam tak ada apa jaaaa.... aku bukan nak highlight bab SCREEN tuu tapi nak habaq komen warna merah kat bawah tuuuuu................... ada paham.....!!!!

Tau berapa harga tongkoi buruk dekat MBAS ni?

Oleh: Tok Senapi


WARGA Bandaraya Alor Setar mesti biasa tengok screen tv gergasi yang terletak dalam kompleks MBAS. LED (Light Emission Display) ni dibeli oleh Kedah Communications & Event Sdn Bhd merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah di zaman BN. Masa tu Dato' Seri Mahdzir Khalid adalah MB.

Ia hanya digunakan dalam beberapa bulan bulan, lepas tu terus lingkop (jahanam) sampai ke hari ni tak boleh digunakan lagi. Nak repair tak boleh, nak tolak kat kelin botoi pun tak laku. Sebabnya LED yang dibeli tu adalah barang 'second hand'. Mengikut nilaian semasa, harga pasaran sewaktu dibeli ialah RM800 ribu.

Mengikut rekod dalaman, sebutharga LED tersebut yang diterima oleh KCE ialah RM1.4 juta. Ia sudah terlalu tinggi. Tetapi tahukah anda berapakah harga yang dibeli? Harganya ialah RM2.9 juta... ulang sekali lagi RM2.9 juta!!!

Aneh, bagaimana pihak pengurusan KCE boleh membeli dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga yang ditawarkan? Depa ni gila ka apa? Ha, gila kena kat depa...

Dari mana depa dapat RM2.9 juta tu? Siapakah Ahli Lembaga Pengarah KCE? Apakah peranan Jasni Shafie (TV3), Zahir Senapiah (TV3) dan Zahari Morad dalam KCE? Siapakah pemilik Tanjung Nusa? Nak tau cerita selanjutnya... tunggu selepas ini.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

3 comments:

mtd_pkundur said...

Kena buat repot Polis,baru kut2 SPRM nak ambik tindakan, kalau dedah dalam blog ni tak sapa peduli,
Pemuda kena JANTAN sikit

Kedah La said...

Kerja Kedah La buat pendedahan.. report2 ni kerja Pemuda PAS, PKR, DAP.. Ayuh pi report segera!!!

sahabat sedaka said...

Pemuda Kedah Tak Jantan Ka????? Sapa Kata???
Bab2 Lagu Ni serah kat Pemuda Alor Setar Sahaja, depa boleh handle...

Tiada ulasan: