Isnin, 28 Mac 2011

Aduhai Sepucuk surat notis 8 bulan awai boleh pie hantaq dengan 3 kereta polis...


oleh AnakKedah007

Apabila buat kerja kalut maka beginilah jadinya... habih jentera kerajaan dan intitusi polis di gelakkan oleh rakyat jelata....entah lah sampai bila rakyat negara ini akan jadi tak cerdik macam nie...

cuba tengok isu AZMIN ALI nie..awat laa nak serah sepucuk surat sampai kena pie 3 biji kereta polis... awat AZMIN tu penjenayah botak cin kaa sampai diperlakukan sebegitu sekali... suruh saja budak pejabat tu pie hantaq pon boleh....

dan pagi nie kena gelak lagi bila hantaq surat tarikh 26 November 2011.. kira notis 8 bulan awai...jadi dok pie pulon bagi buat apa tengah2 malam esok pagi pon boleh baginya..entahlaaa rakyat Malaysia oii..sampai bila hangpa nak tengok benda2 macam nie berlaku.....

3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"

Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.

*Chan Wei See ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Sabtu, 19 Mac 2011

isu DNA - Pakatan Rakyat sudah jadi "PONDAN"



Mana perginya juak-juak pakatan rakyat..ketua hangpa kena tekan hari2 bab DNA hangpa masih dok lena saja macam tak ada apa... Dulu pantang ada isu..sikit-sikit demo..sikit-sikit demo... tapi lanie benda tu dah boleh kat pihak lawan hangpa pulak....

kalau macam nie semua nampak gayanya hangpa akan makan kuah kaa masa PRU13 nanti... bukan kata nak pergi Putrajaya nak duduk tepi longkang Putrajaya tu pun belum tentu lagik....

3 kompenan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR & DAP... setiapnya tentu dah ada Ketua Pemuda masing2... kira disini dah ada 3 org dah...bila turun kebawah tentu akan berkembang lagi....setiap negeri dah ada ketua masing2...jadi dah ada 13 negeri tentu 13 x 3 = 29 orang ketua pemuda... dan di setiap negeri pulak tentu ada kawasan, cawangan, cabang, ranting, dahan dan sebagainya....

takkan nak kumpol nak buat demo dah tak reti semua dah.... awat semua dah LENA DIULIT INTAN dah kaaaa... semua syok dok dalam kerusi empok dan dok biarkan rakyat tertekan dengan isu-isu yang didendangkan ini..

Isu DNA nie sebenarnya bukan susah pun tetapi jika hari-hari diulit dalam TV dan surat habaq kata ANWAR takut nak bagi DNA maka lama-lama rakyat kat bawah nie boleh tergoda dan terikut rentak musuh.... Sekarang nie hari-hari ada demo pasai suruh Anwar bagi DNA tapi Pakatan Rakyat asyik dok buat statement dalam internate saja..awat pakcik makcik kat kg tu ada internate kaaa.....

entah laa hangpa nie nak kata bodo mai cerita kaat kg. bukan main hebat... nu rasuah.. nie songlap duit... dia tu tak kena dia nie tak kena... last hangpa...cam HAREM jeee.....

Ahad, 6 Mac 2011

SADA & AZIZAN kena PANTAS.. Jika tidak hangpa akan kena CANTAS..!!

oleh ANAKKEDAH

http://4.bp.blogspot.com/_G_1v5HYwzfo/TF26Hy396ZI/AAAAAAAABxo/QOGmv_K6kN8/s1600/Syarikat+Air+Darul+Aman+Sdn.jpg

Berikutan penarikan balik pembayaran BIL di PEJ. POS MALAYSIA sebab depa nak penaik charge sampai 90sen dari 70sen maka lanie SADA & AZIZAN kena pantas untuk atasi masalah tak boleh bayaq bil. di PEJ POS niejika hangpa lengai maka nasib hangpa laa nanti akan kena cantas dengan puak UMNO/BN yang dok nganga saja untuk TOKAK hangpa...

cepat sebarkan makluman tempat-tempat yang boleh di bayaq segera kerana depa sana dok KATA KERAJAAN NEGERI KEDEKUT NAK BAYAQ 2 KUPANG UNTUK BANTU RAKYAT SEDANGKAN UNTUNG BALAK KATA SAMPAI 50JUTA...

JADI hangpa kena pantas sikit...api tengah dok pulon di cucoh oleh puak2 yg nak ambik kesempatan....

AKU NAK CADANGKAN MANA-MANA RAKYAT KEDAH YG ADA PRINTER TU TOLONG PRINT SAT ARTIKAL BAWAH NIE DAN PIE TABOQ SAT DI KAWASAN HANGPA SUPAYA PENJELASAN INI AKAN DAPAT DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT DIBAWAH.. LEPAS NIE KITA TENGOK APA PENERIMAAN RAKYAT...PAKAT-PAKAT TOLONG LAA NOOO.. MUSOH TENGAH DOK SYOK ASAH PARANG DAN TEMBAK DENGAN SENAPANG NUUU...

Lebih banyak kaunter SADA akan dibuka
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Mulai 1 Mac orang ramai boleh membayar bil caj perkhidmatan air Sada (Syarikat Air Darul Aman) di kaunter bayaran yang telah beroperasi di Jitra, Pokok Sena, Pendang, Baling, dan Langkawi. Kaunter lain ialah di Yan Kecil, Gurun, Sik, Kuala Ketil, dan Serdang. Ini berikutan semua Pejabat Pos di Kedah tidak lagi berperanan sebagai agen kutipan bayaran bil bekalan air Sada berkuatkuasa awal bulan ini.

Demikian diberitahu Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato' Adzmi Haji Din mengenai pemberhentian perkhidmatan itu dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pejabat Pos kepada Sada. Sehubungan itu katanya, notis awal sudahpun dikeluarkan di Pejabat Pos dan walaupun mendapat bantahan orang ramai, Sada mengadakan banyak pilihan untuk pengguna. "Kita sedang dalam proses membina lebih banyak kaunter dan lokasi dalam perancangan termasuklah Jeniang, Changlon, Kota Kuala Muda dan Air Hitam. "Selain itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah agen kutipan Sada buat masa ini hanya beroperasi di Alor Setar, Langkawi dan Sungai Petani.

Kita sedang dalam perbincangan akhir untuk melantik semua pejabat dan Kedai TNB sebagai agen kutipan pada pertengahan Mac ini," katanya. Beliau juga berkata, perbincangan dengan Telekom Malaysia juga sedang dibuat bagi melantik syarikat itu sebagai agen kutipan. "Selain itu pengguna mempunyai lebih banyak pilihan sama ada bayar di Kaunter TNB, TM atau bayar di bank termasuklah Bank Islam, Bank Rakyat, EON Bank, Maybank dan BSN. Bayaran secara online juga sedang dibincangkan," ujarnya.Pihak Sada juga akan menyediakan Kaunter Bergerak Sada di kawasan terpencil dan akan menyenaraikan lokasi pilihan pada bil bulanan.

Hebahan akan dibuat dari masa ke semasa dan notis diedarkan notis kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Jawatankluasa Kemajuan Keseklamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk dimaklumkan kepada masyarakat setempat. Beliau juga berkata. perkhidmatan kaunter bergerak hanya sementara sehingga pihaknya mendapatkan premis tetap.

Menurutnya 95 peratus pengguna Sada adalah pengguna domestik membabitkan 500,000 akaun pengguna.

Menurutnya kadar lama sebanyak 70 sen sebelum ini yang ditanggung sepenuhnya menyebabkan Sada kerugian hampir RM1.2 juta setahun. Bermula Mac juga kadar komisyen dinaikkan kepada 90 sen, jadi jumlah kerugian akan bertambah hampir 30 peratus dan kenaikan ini dianggap tinggi akan membebankan Sada dan lebih praktikal untuk hentikan perkhidmatan Pejabat Pos.

"Setiap bulan Sada terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna. "Jika Sada setuju dengan kenaikan komisyen itu bermakna pengguna perlu kongsi kos tersebut sebab Sada tidak mahu tanggung kerugian," katanya.

www.wartakedah.net

Sabtu, 5 Mac 2011

Azman Eusoff Sanggup membimbing team Kenari..!!

oleh AnakKedah007

http://4.bp.blogspot.com/-1vj74KhIgNY/TXGlzxrd2eI/AAAAAAAAEoM/maaWYD25IfY/s1600/2011-03-05_105245.jpg

Selepas dok lepak kat facebook KedahLanie dan dok layan topic bola nie terbaca satu statement dari Coach Azman Hj Eusoff pasai apa yg berlaku dengan team Sang Kenari sekarang ini...

Jadi kepada KFA hangpa nganga lagi.. toksah dok pikiaq panjang sangat dah ada org offer tu sambaq ambik laaa dok nganga buat apa nanti PERLIS sapu baru padam muka hangpa....

Biaq Tukaq JURULATIH jangan nanti RAKYAT tukaq AZIZAN...

Siapa PELAQ sebenarnya UMNO @ PAS..??????


Kedah akan tumbang dek kerana kemerosotan 'Sang Kenari..!!'



Video 1 : Penonton berdemontrasi depan stadium malam tadi
Video 2 : Penjelasan dari pihak KFA malam tadi

Oleh AnakKedah

Semalam nampaknya penyokong Kedah sudah bangkit di Stadium Darulaman.. Ini semua berdasarkan dengan reputasi skuad kesayangan rakyat Negeri Kedah Darulaman... dengan keputusan kekalahan semalam di sampaing 6 keputusan yang tidak membanggakan di permulaan musim nampaknya penyokong sudah tidak tahan sabar dengan apa yang berlaku...

Diharap pihak PENGURUSAN membuka mata terutama Dato Sri Presiden iaitu MB KEDAH supaya tengok sama sebelah sini.. jangan dibiarkan kepada orang bawahan sahaja menguruskan PASUKAN BOLASEPAK ini...

Jangan kerana kemerosotan ini boleh menjadi salah satu punca anakmuda membuat bantahan di peti UNDI... ingat kuasa bolesepak ini ada sentuhannya... Jika salah pandang dan mengendalikannya..ia akan makan tuan....

Penyokong rasanya tidak akan marah sekiranya KEKALAHAN itu adalah KEKALAHAN BERMARUAH... bukannya kalah macam budak sekolah sekarang ini...dimana semakin hari semakin dilihat seperti ada suatu yang tak kena dengan TEAM SANG KENARI ini... Jika Jurulatih sudah tak mampu memikul tanggung jawab..suruh sahaja beliau letak jawatan... Jika pengurusan pulak dah tepu nak pikiaq letak saja jawatan dan Jika Dato Sri pon malas nak pikaiq pasai teambola nie..letak sahaja jawatan... belambak lagi yang nak memegang jawatannya...jadi fikir2lah yaa...

Kepada Dato Sri Presiden... nampaknya satu keputusan drastik hendaklah dilakukan.. Jika ini terus dibiarkan...nantilah akibatnya...

Jumaat, 4 Mac 2011

KALAU K'JAAN AZIZAN PELAQ..PADA AKU K'JAAN UMNO LAMA DULU LAGI PELAQ....

SAPA PELAQ LANIE WAHAI SAHABAT..

PADA KAWE TINDAKAN KERAJAAN NEGERI ITU TEPAT SEBAB POS MALAYSIA SEDANG DOK NAK MAIN POLITIKING...APASAL PLAK DINAIKKAN 20SEN SEBAB BIL LAIN HARAM TAK NAIK PUN CHARGE DIA..SPT ASTRO...TELEKOM...MAXIS..CELCOM...

INI SEMUA KERJA PELAQ HANGPA JA NAK MENYUSAHKAN KERAJAAN NEGERI...

LANIE HG KATA SURUH KERAJAAN NEGERI TANGGUNG....SKRG NIE MAI AKU NAK HABAQ TEMPOHARI SADA NAIKAN BIL DIA CUMA BERAPA SEN JAA JIKA LANIE NAK DIVERT PIE KAT PEJ. POS KIRA SEMUA KENAIKAN TU AKAN KONA KE POS MALAYSIA LAAA...

SENANG HG SURUH ORG PEJAM MATA..HG TAK PA LAA SEMBANG PAKAI AYAQ LIOUQ...

INI YG AKU RASA K'JAAN NEGERI TAK MAU... JADI UTK AMBIK TINDAKAN DIA DIA DEPA KELUAQ JAA...LEPAS TU DEPA BUKA KAUNTER DEPA SENDIRI...INI PON TAK ADA MASALAHNYA...SEBAB BANYAK LAGI BOLEH BAYAQNYA KAT TNB, BSN, PEJ. SADA..DAN SEBAGAINYA..

PUNCA DISINI SKRG YG BUAT PELAQ PEJ.POS MALAYSIA..PASAI PA DEPA NAK PENAIK CHARGE TUU..SEDANGKAN KAT NEGERI LAIN TAK NAIK...INI ADALAH KERJA2 TANGAN HITAM HANGPA NAK BAGI ADA ISU SUPAYA BOLEH CUCUH RAKYAT KEDAH AGAQ MARAH KAT AZIZAN..

HANGPA BUAT LAA KERJA BAGI ORG SUKA SIKIT..BENDA NIE KALAU AZIZAN PIE TARANG KAT BAWAH LAST ORG AKAN MELUAT KAT PEJ. POS DAN MELUAT KAT KERAJAAN PUSAT..HANGPA INGAT RAKYAT BODO MACAM DULU KAA BOLEH TERIMA ONE WAY JA MAKLUMAT.....

LAST PADA AKU JIKA KERJAAN KEDAH HANG KATA PELAQ LAGI PELAQ KERJAAN NEGERI JAJAHAN UMNO YG LAMA....

PELAQ SEBAB:
-MANA PIE TANAH RIZAB MELAYU 1.3JUTA HEKTAR MASA HANGPA PERINTAH DULU..
-MANA PIE DUIT GLC YG HANGPA DOK FARAID SAMA-SAMA UMNO KWSN DULU...
-MANA PIE HASIL BALAK YG DAPAT BERPULOH JUTA SKRG NIE DULU HG PA CEKAU 8JUTA JAA
-KERAJAAN MANA YG PENAIK CUKAI SAMPAI 300% CEKIK DARAH RAKYAT DULU...
-MENGAPA MASALAH AYAQ TAK DAK DI KEDAH NIE DAH BERLARUTAN SAMPAI 20 KE 30 TAHUN SEDGKAN AZIZAN CUMA 3 TAHUN HANGPA HINGAQ MACAM HARAM JADAH...30THN HANGPA TAK SELESAI TAPI ORG 3 TAHUN HANGPA HINGAQ MCM DAH 50THN PERINTAH
DAH LAA MALAS NAK LAYAN HG LAGI...

NAK SIAR KA TAK TERPULANG TAPI NAK BACA JGK KAT BLOG AKU PON ADA...


Baru Hangpa Ada Akai !!! ISU BIL SADA dan PEJABAT POS ... Bukti PAS Kedah macam pelaq!

Assalamualaikum Puak-Puak PAS Kedah yang dungu !

Kepada yang masih nak kekal terus jadi penyokong dungu Parti Selam SeMalaysia (PAS),

Atau dah ada hasrat berura-ura untuk lari cabut dari parti naungan Ulamak Nyanyok tu !... Silalah baca posting kali ni dengan MINDA YANG TERBUKA !


Rakyat Kedah rata-rata sekarang dah mula mengeluh tension apabila SADA (Syarikat Air Darul Aman milik Kerajaan Negeri Kedah) telah membuat keputusan bodoh dengan membatalkan segala urusan PEMBAYARAN BIL AIR SADA melalui kaunter POS MALAYSIA.

Mula-mula aku ingat ada masalah dendam kesumat antara Kerajaan PAS Negeri Kedah dengan POS Malaysia yang lebih berkecenderungan sebagai sebuah syarikat milik Kerajaan Persekutuan.