Rabu, 12 Januari 2011

DEBAT : Lain yang orang jemput lain pulak yang sua muka..!!!


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT3QxBFKtnY4FLAhfhdTDP8P06IJKqRdarsJ0-xeJIVwW0fLHtN
Aku teringat lagi kesah dua orang sahabat ini berdebat. Bukan main pulon aku tengok malam tu dimana sahabat baju hitam tu habih merata dia kona nak tunjukkan kata fakta dia betoi... last apa jadi bila terkena TKO dengan bekas Sifu dia.

Macam-macam peminat ulas selepas debat itu berlaku.. ada yang kata best debat tu..  ada yang kata debat tu menunjukkan lagi kebodohan UMNO BN dan ada yang kata debat itu Anwar telah di telanjangkan oleh lawan dia.

Namun yang jelas rakyat tahu apa yang berlaku sebenar dan selepas itu dah tak ada dah sesiapa yang nak sahut debat untuk berdebat seperti ini.

Kini timbul semula isu debat tersebut dimana Anwar telah mengusulkan kepada PM supaya berdebat dengan beliau tajuk 100 hari program Pakatan Rakyat memerintah Malaysia... bukan apa Anwar merasakan PM tak perlu bercakap seorang diri untuk menjawab dan menafikan akan apa yang telah dilancarkan oleh Pakatan Rakyat itu.


Maka seperti biasalah akan ada suara-suara sumbang untuk menyelamatkan maruah bos mereka dimana yang pertama si NAZRI dengan pantas mengatakan Anwar tidak payah berdebat dengan PM.. buang masa katanya... mai berdebat dengan beliau berkenaan APCO... apa hal lu nie Nazri... nak bodek kaa... orang cerita bab ikan yang ko masuk nak cerita bab kucing apa kejadahnya... dah PM merata kawasan mencanangkan program ini adalah ilusi, program sampah dan macam-macam lagi jadi inilah masanya beliau perlu berhadapan dengan tuan empunya program lepas tu hujahlah jangan dok sembang belakang...

Lepas itu mai pulak seorang lagik pun ajak berdebat dengan dia iaitu KJ si Ketua Pemuda yang akan tamat tempoh sebagai MP Rembau selepas ini... Budak ini pun satu lagik... sebok sahaja pasal 16 sept yg Anwar katakan dahulu... depa ingat rakyat lupa kot apa berlaku semasa 16 sept itu... depa ingat rakyat lupa kot yang Rombongan Pertanian MP BN ke luar negara semasa 16 sept tu dan usul yang di buat kepada speaker telah di tolak tu depa ingat rakyat lupa... dalam erti kata w/pon tak jadi 16 sept tu tapi ketaq lutut jugak laa kan...

Ok sekarang kita tunggu sahaja adakah PM kita berani nak sahut cabaran ini....

Ariosssssss... Wassalam

AnakKedah007
Lokasi : Wifi Free Umno Pendang 
http://www.keepthesmile.com/colorbook/color/smile%20coffee.jpg

Tiada ulasan: