Jumaat, 10 Disember 2010

lawan dak lagi.. menang dak lagi.... tapi dah dok sebok sapa nak pegang jawatan dah....

Alahai awatlaaaa bododhnya MAMAT DAP Sekoq nie.... itulaaaa org kata jangan dok gila bercakap depan wartawan sangat...bila dah gila bercakap lama-lama akan kena getah laaa..cuba hangpa tengok benda nie siapa yg seronok bila semua gila bercakap depan wartawan...yg akan jadi kusut ialah PAKATAN RAKYAT... nak kena tepis isu yg mana BN petik sikit saja.... tapi puak-puak dalam PAKATAN RAKYAT nie seronok nak ulas isu yang ditimbulkan.... sekarang makin banyak hangpa bercakap makin banyak nak jadi kelam kabut....

CUBA Tengok isu TPM nie... UMNO tembak sikit jaa lepas tu cucuh dalam TV dan surat habaq depa....punca dia ANWAR gatai dok ulas... lepas tu pie tanya beberapa pimpinan kita yg pulak gatai nak buka mulut nak bercakap sama...nah sekarang dah jadi ISU BESAQ...pakat terbelit masing nak tepis..last dah keluaq atas kepentingan parti sahaja bukan atas kesepakatan dah... nie yg terakhir mamat DAP nie pun gatai nak bercakap.... KUNCI pie la mulut tu sat...awat gatai sangat nak bercakap tak tau... banyak kali dah aku tengok mamat nie suka sangat nak bercakap kat media....kalau tak suka pie sembuq saja dalam mesyuarat PAKATAN RAKYAT nuu.. takan hangpa tak ada perjumpaan sesama hangpa..masa tu bersilat laaa apa yg rasa tak puas hati....

BORING laaa tengok kelaku hangpa nie.... lawan dak lagi.. menang dak lagi.... tapi dah dok sebok sapa nak pegang jawatan dah... lawan la dulu BENGONG oi.....

Syarat tukar agama tak wajar


ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak wajar meletakkan syarat tukar agama bagi membolehkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik berkata, syarat Kit Siang perlu memeluk Islam sebagaimana dinyatakan Nik Aziz seolah-olah mengikut jejak langkah UMNO yang cuba meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah agar jawatan TPM tidak diberikan kepada bukan Melayu.

Menurutnya, Nik Aziz perlu melihat perkara itu secara lebih terbuka dan menerima mana-mana calon yang dianggap berkelayakan untuk jawatan itu walaupun berlainan agama dan bangsa.

"Setakat pengetahuan saya, Perlembagaan Negara tidak pernah menetapkan sebarang syarat bagi membolehkan mana-mana rakyat Malaysia dilantik TPM.

"Cuma UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menggunakan proses indoktrinasi mental apabila cuba menggambarkan kepada rakyat seolah-olah orang Melayu 'tuan' negara ini dan Nik Aziz tidak sewajarnya terikut-ikut dengan sikap mereka," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa Kit Siang perlu memeluk Islam terlebih dahulu sebelum dilantik TPM jika PR menang pilihan raya umum akan datang.

Guan Aik berkata, beliau yakin kenyataan Nik Aziz bersifat peribadi semata-mata dan tidak mewakili keseluruhan parti Pas.

"Saya minta Nik Aziz tidak membangkitkan isu ini dari perspektif agama kerana bakal menimbulkan perasaan kurang senang penyokong PR yang bukan beragama Islam.

"Soal sama ada Kit Siang layak dilantik TPM atau tidak, kita kena bincang," katanya.

Tiada ulasan: