Rabu, 29 Disember 2010

Laaa ada lagi kaa "Perjumpaan Dalam Gelap pemimpin PAS & UMNO" nie..??

oleh AnakKedah


Adakah perjumpaan dalam gelap berlaku kembali..
JIKA BENAR INI DIPERSILAKANLAH MANA-MANA
YANG BERHORMAT PAS, MURSIDUL AM, PRESIDEN, TIMB, PRESIDEN,
NAIB PRESIDEN, S/USAHA, AJK PUSAT, BENDAHARI
dan kepada yang sewaktu dengannya yang berminat
sangat hendak berkawan dengan UMNO dipersilakan
dan naik muak dah dengaq hujah hangpa pasai
nak berkawan dengan UMNO nie..

AYUH ISTIHAR SEKARANG YG HANGPA
NAK SEBUMBUNG DENGAN UMNO DAN SERULAH
PENYOKONG2 ANDA YANG MANA NAK IKUT ANDA
DIPERSILAKAN... DAH MELUAT DAH DENGAQ CERITA
KELAKU HANGPA NIE.. YG JELAS KAMI MENYAMPAH
DENGAQ CERITA INI....

NYAH SEGERA DARI PAKATAN KAMI INI....

Jumaat, 24 Disember 2010

Kepada DAP KEDAH..hangpa buat statement bodon bin bangang di Sinar

Oleh AnakKedah007

aku dah beberapa kali dah teguq bila puak2 pakatan nie buat kerja bangang... dan yg terbaru dari DAP KEDAH... yang dok pie cerita satu dunia kat Sinar tu apa kehalnya... awat seronok bila musuh baca kata hangpa tak sepakat dan tak dapat apa yang hangpa nak tuuu... baru saja balik dok buat tanda sepakat di konvensyen Pakatan Rakyat sebagai tanda setuju...

Tup tup pie dok buat statement bangang pulak dok kata rasa terpinggir... ini yg bodoh bin bangangnya.... bila bercakap macam nie hangpa ingat rakyat tak tengok kaaa... rakyat akan tengok dan menilai apa yang hangpa dok pulon sangat... dah dibawa kedalam mesyuarat saja tak payah dok pakai media nak luahkan perasaan bodoh bin bangang nie...

Dalam mesyuarat hangpa 3 puak tu bantai la secukup2nya kata ketidak puasan hati tuuu... nie tak sikit2 guna media..sikit2 guna media awat hangpa pun gila nak masuk surat habaq jugak kaa...

Entah laaa macam nie punya kelaku hangpa sampai semua nak kena tegoq baik bagi kat BN sajalah negeri nie baru padam muka semua....

DAP Kedah akui rasa terpinggir

ALOR SETAR - DAP Kedah mahu diberikan peranan yang lebih besar jika Pakatan Rakyat (PR) terus diberi peluang memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP tidak seharusnya dipinggirkan lagi seperti apa yang berlaku dalam kerajaan masa kini.

"Kita mahu peranan yang lebih besar berbanding PKR. Kita akui, selepas pilihan raya 2008, Pas yang menjadi majoriti ketika itu banyak dipengaruhi PKR sehingga kita (DAP) dianaktirikan.

"Sekarang, kita akan pastikan apa yang telah berlaku itu tidak berulang lagi," katanya.

Kedah tidak amal diskriminasi - Amiruddin
Muhayat Jasmin

ALOR SETAR,23 Dis: Kerajaan Negeri Kedah tidak mendiskriminasi mana-mana pihak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, kata Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah ketika mengulas isu yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri kebelakangan ini.

"Sebenarnya Kerajaan Negeri tidak mengenepikan atau meminggirkan mana-mana pihak. Ini termasuklah parti dalam komponen Pakatab Rakyat (PR).

"Kemungkinan persepsi sedemikian wujud kerana jika dilihat dalam komponen parti yang menganggotai Kerajaan Negeri didominasi oleh PAS. Namun begitu walaupun DAP hanya satu kerusi yang dikuasai kita tetap menghormati mereka dan diberi peranan bersama," jelas beliau.

Ahad, 19 Disember 2010

Antara Sarawak Lubnan Maghribi & dot dot dot

Assalamualaikum semua...

Untuk makluman semua..dua cerita ini tidak ada sangkut paut apa-apa pun... sekadar nak bagi sahabat semua baca untuk halwa otak masing-masing jee.. OK

Selamat Pengantin Baru Pak Taib..

Taib Mahmud selamat diijab kabul


Taib Mahmud ketika dinikahkan oleh mufti sarawak, Kipli Yassin (berbaju hijau) sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat di kediaman rasmi beliau di demak Jaya, Kuching, malam tadi. - mingguan malaysia/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 18 Dis. - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan seorang wanita Arab berusia 28 tahun dipercayai dari Lebanon dalam majlis tertutup yang diadakan di kediamannya di Demak Jaya malam ini.

Taib dan isterinya dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin pada pukul 9.30 malam dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau.

Turut kelihatan pada majlis akad nikah itu ialah anak kedua Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir.

Semalam, ketika menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Persatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, Abdul Taib menafikan bahawa beliau telah berkahwin dan sekadar menjawab: "Belum lagi."

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Abdul Taib memaklumkan bahawa pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan kerana ia merupakan majlis tertutup.

Majlis tersebut hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat kira-kira pukul 6.30 petang dan dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara kenamaan yang dilihat memasuki kediaman Ketua Menteri ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan dan Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Acara tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah turut diadakan ketika Abdul Taib dan isteri bersanding dengan hanya kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan berkenaan.

Abdul Taib yang berkahwin dengan Allahyarham Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Sementara itu, Setiausa Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pemberita berkata, majlis berkenaan adalah tertutup dengan hanya jemputan tertentu dibenarkan memasuki kediaman Abdul Taib.

Katanya, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada orang ramai akan diadakan pada Januari depan.

Namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai majlis berkenaan yang sebelum ini dipercayai bagi meraikan Ketua Menteri dan pasangannya.


Ini cerita nombot dua..baca pie laaaa...

Belum tercemar

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum 'tercemar' dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
Click Here


"Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

"Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

"Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham," katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

"Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

"Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik," katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum 'tercemar' kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

"Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

"Tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami," katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk 'menghangatkan' suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

"Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

"Ada yang 'sangkut' sehingga bergelar suami isteri," katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

"Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

"Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri," katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

"Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

"Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

"Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

"Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal," katanya.

Jumaat, 10 Disember 2010

KEDAH Vs PENANG : Satu lagi JERAT BN yg terkena pada PR.........

Nah sebijik lagi BOM yang BN lepas kan dan YB Pakatan Rakyat dok gila nak bercakap...
.
KEDAH NAK AMBIK BALIK PULAU PINANG


cuba hangpa tengok YB BN bukan dok bercakap apa pon depa sekadar dok cucuh apa jaa bagi kita semua MELATAH... dan pimpinan kita yg gila microphone nie apa lagi mulalah bercakap nak itu nak ini... lanie cuba laa hangpa pikiaq balik kalau hangpa dok bercakap kata itu kata ini.. awat kat negeri kedah dan penang nie tak ada rakyat yg sokong hangpa kaa..kalau dok bercakap banyak sangat nanti rakyat naik meluat baru hangpa ada akai....

sebelum nie isu TPM gila nak bercakap jugak... lanie mai isu nie pon gila nak bercakap jugak..HANGPA TAK TAU kaa nie semua JERAT BN sahaja...POLITIK PECAH dan PERINTAH... bila dia memecah belahkan kesepakatan kita maka yg masuk tengah2 sapa dia...DEPA laaa....

Isu nie bukan susah nak jawab pun...bagi sahaja jawapan yg BN/UMNO boleh kancing gigi...kata sahaja kami serahkan kepada mahkamah sahaja..ianya bukan bidang kuasa kami...dah habis cerita....yg dok galak ulas lebih2 apahal....

Satu lagi boring dengan hangpa..........

lawan dak lagi.. menang dak lagi.... tapi dah dok sebok sapa nak pegang jawatan dah....

Alahai awatlaaaa bododhnya MAMAT DAP Sekoq nie.... itulaaaa org kata jangan dok gila bercakap depan wartawan sangat...bila dah gila bercakap lama-lama akan kena getah laaa..cuba hangpa tengok benda nie siapa yg seronok bila semua gila bercakap depan wartawan...yg akan jadi kusut ialah PAKATAN RAKYAT... nak kena tepis isu yg mana BN petik sikit saja.... tapi puak-puak dalam PAKATAN RAKYAT nie seronok nak ulas isu yang ditimbulkan.... sekarang makin banyak hangpa bercakap makin banyak nak jadi kelam kabut....

CUBA Tengok isu TPM nie... UMNO tembak sikit jaa lepas tu cucuh dalam TV dan surat habaq depa....punca dia ANWAR gatai dok ulas... lepas tu pie tanya beberapa pimpinan kita yg pulak gatai nak buka mulut nak bercakap sama...nah sekarang dah jadi ISU BESAQ...pakat terbelit masing nak tepis..last dah keluaq atas kepentingan parti sahaja bukan atas kesepakatan dah... nie yg terakhir mamat DAP nie pun gatai nak bercakap.... KUNCI pie la mulut tu sat...awat gatai sangat nak bercakap tak tau... banyak kali dah aku tengok mamat nie suka sangat nak bercakap kat media....kalau tak suka pie sembuq saja dalam mesyuarat PAKATAN RAKYAT nuu.. takan hangpa tak ada perjumpaan sesama hangpa..masa tu bersilat laaa apa yg rasa tak puas hati....

BORING laaa tengok kelaku hangpa nie.... lawan dak lagi.. menang dak lagi.... tapi dah dok sebok sapa nak pegang jawatan dah... lawan la dulu BENGONG oi.....

Syarat tukar agama tak wajar


ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak wajar meletakkan syarat tukar agama bagi membolehkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik berkata, syarat Kit Siang perlu memeluk Islam sebagaimana dinyatakan Nik Aziz seolah-olah mengikut jejak langkah UMNO yang cuba meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah agar jawatan TPM tidak diberikan kepada bukan Melayu.

Menurutnya, Nik Aziz perlu melihat perkara itu secara lebih terbuka dan menerima mana-mana calon yang dianggap berkelayakan untuk jawatan itu walaupun berlainan agama dan bangsa.

"Setakat pengetahuan saya, Perlembagaan Negara tidak pernah menetapkan sebarang syarat bagi membolehkan mana-mana rakyat Malaysia dilantik TPM.

"Cuma UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menggunakan proses indoktrinasi mental apabila cuba menggambarkan kepada rakyat seolah-olah orang Melayu 'tuan' negara ini dan Nik Aziz tidak sewajarnya terikut-ikut dengan sikap mereka," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa Kit Siang perlu memeluk Islam terlebih dahulu sebelum dilantik TPM jika PR menang pilihan raya umum akan datang.

Guan Aik berkata, beliau yakin kenyataan Nik Aziz bersifat peribadi semata-mata dan tidak mewakili keseluruhan parti Pas.

"Saya minta Nik Aziz tidak membangkitkan isu ini dari perspektif agama kerana bakal menimbulkan perasaan kurang senang penyokong PR yang bukan beragama Islam.

"Soal sama ada Kit Siang layak dilantik TPM atau tidak, kita kena bincang," katanya.

Isnin, 6 Disember 2010

KAD DISKAUN UMNO : SIla dapatkan segera..!!



Perghhhhh Sila dapatkan KAD DISKAUN sebagai Ahli UMNO untuk dapat diskaun atas pembelian Minayak RON97 & RON95.. hanya ini yang mampu kerajaan membantu ahlinya dari menghadapi kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini....

Sila dapatkan di:
  • Ketua UMNO kawasan anda
  • JKKK & JKKKP kampung anda
  • ADUN dan AHLI PARLIMEN UMNO
  • Sila dail 4444 tak dapat..............
http://1.bp.blogspot.com/_tj7WQ_7YN_s/TNUGLRciIfI/AAAAAAAAAGI/v_okoXEhGoQ/s1600/senyum.jpg

Mana pie Ahli Parlimen SIK, ADUN JENERI & MKK kawasan Padang Pulut Jeneri...Hangpa Lena Kaa..???

Assalamualaikum,

Alahai sedih gilak bila aku baca blog sahabat aku si NGO Warga Kilang nuu... bukan apa bila bacanya maka mai laa rasa sedih dalam diri bila lihat akan kedaifan yang di kesahkan oleh mereka... GILA apa dalam dok canang kita sudah maju dan moden ini ada lagi rakyat tinggai dalam reban ayam dan anak tak dapat pergi sekolah... Dulu masa BN perintah bukan main sedap kita kata kat depa... tapi lanie dah pikoi tanggungjawab tuuu jangan laa kita pon akan dikatakan sama sahaja dengan mereka...

Bila depa dok cerita akan kemiskinan nie rasa hairan jugak takan benda2 asas seperti bantuan nak bagi anak sekolah tak ada...tak usah dok peduli laa siapa depa pangkah janji mereka rakyat di kawasan pentadbiran kita pie la tengok dan bantu apa yang patut...jangan laa dok buat tak nampak benda2 macam nie...

Aku harap MP SIK, ADUN JENERI & MKK kawasan terlibat hangpa pie la bantu sat ... jangan hangpa dok lena dan buat tak nampak dan buat terlepas pandang.... jangan dok sedap dengan JAWATAN itu sahaja... rakyat angkat hangpa suruh buat kerja bukan dok mengebat dengan JAWATAN yang diberikan.... nanti hangpa seronok sepenggal sahaja baru ada akai....

Untuk baca kesah nie hangpa pie blog sahabat inilah nanti tulis banyak2 buat sakit hati jaa... Masa belum menang bukan main syok hangpa kempen bila menang pakat nganga makan elaun dan gaji buta jaa

ini dia rumah rakyat kedah yg masih ada penghuni hingga kini..


ini pulak kasuk sekolah yg nak dipakai untuk pegi sekolah penggai nak masuk nie


rumah nie pon sama..ada orang dok tinggai dalam tuu..

Tu belum tanya lagi depa ada guna ayaq SADA ka dak... dan berapa depa bayaq bulan-bulan.. kalau dulu minimun RM3 lanie kena minimun RM6 tapi guna sekadar dalam RM2 memandangkan dah lock minimun payment maka nak kata apa kat orang yang aniaya depa nie.. ZALIM la namanya... SADA : Kamu Zalim sebab hisap darah RAKYAT BAWAHAN...

Ahad, 5 Disember 2010

BN dilanda krisis identiti...

oleh AnakKedah007



BN tengah dilanda krisis identiti... tak tahu mana satu nak ikut... antara sama parti kompenan pon sudah bertelagah nak pilih yang mana satu...Satu nak buat parti tunggal.. Satu nak pertahankan ideologi Ketuanan Melayu... satu dok pikiaq bila nak buat pemilihan.. Satu dok pikiaq nak lantik presiden baru...

BN perlu menjadi satu parti

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Barisan Nasional (BN) perlu menjadi satu parti tunggal dengan semua parti komponennya dibubarkan untuk diserapkan ke dalam gabungan berkenaan.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, ia adalah langkah terbaik bagi membolehkan BN terus mendapat mandat daripada rakyat yang kini bersikap terbuka dan mahukan semua parti politik memperjuangkan agenda masyarakat pelbagai kaum.

''Konvesyen BN esok dijangka meluluskan cadangan untuk memperkenalkan keahlian terus dan saya berharap langkah ini diperluaskan dengan ahli-ahli parti komponen menjadi ahli BN sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda dan Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) 2010 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya parti komponen BN meminda perlembagaan masing-masing bagi menerima kemasukan ahli pelbagai kaum dan agama.

''Dengan keahlian pelbagai kaum, pemimpin sesebuah parti sudah pasti tidak akan mempolitikkan isu-isu perkauman dan agama untuk manfaat jangka pendek," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin dalam ucapannya, menggesa supaya diadakan Program Tranformasi BN dengan agenda utamanya adalah untuk mengurangkan penguasaan hanya satu parti terhadap gabungan berkenaan.

Beliau berkata, antara perubahan yang perlu dibuat adalah memastikan bukan semua jawatan utama BN dikuasai oleh pemimpin daripada satu parti sahaja.

''Kita boleh mencontohi tindakan BN pada 1974 yang melantik wakil daripada MCA iaitu Tan Sri Michael Chen sebagai Setiausaha Agungnya.

''Kita kena kembali kepada semangat asal BN iaitu untuk memastikan setiap parti komponen dilayan secara adil dan saksama.

''Kepimpinan BN peringkat negeri juga perlu dilantik daripada kalangan parti komponen lain dan setakat ini saya dapati langkah berkenaan hanya dibuat di dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Sarawak," ujarnya.

Tambah beliau, pembaharuan lain yang perlu dibuat adalah supaya segala dasar kerajaan terutama berkaitan pendidikan dan kebenaran membina tempat ibadat diputus secara bersama oleh semua pemimpin BN dan bukan semata-mata oleh satu parti.

Khamis, 2 Disember 2010

SADA : Kamu Zalim sebab hisap darah RAKYAT BAWAHAN 100%..!!

http://2.bp.blogspot.com/_LqhmQTzcRho/TPegbnjadeI/AAAAAAAAAGA/csg2qwJGRTc/s1600/2010-12-02_213249.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_LqhmQTzcRho/TPegbc6tgPI/AAAAAAAAAF4/Z0Oxs-HxP44/s1600/2010-12-02_213338.jpg

Assalamualaikum,

Pasai apa aku kata SADA penipu... depa kata bil ayaq naik cuma 27% sahaja selama 17 tahun... bab naik aku tak kesah tapi ini bab lock bil ayaq minimun dekat RM6... ini kira zalim bro hisap darah rakyat.... memang laa RM6 tuu bukan banyak mana pun tapi pada aku ianya akan jadik banyak kepada golongan marhaen yg dok kat dalam kampung sana... kepada golongan yang dok belasah rokok berkotak-kotak tu aku pedulik apa tapi aku tujukan kepada golongan bawahan.. iaitu golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang...

awat hangpa ingat rakyat Kedah nie dah kaya raya kaa.. kalau kaya aku rasa tak akan ada lagi rakyat yang akan hidup macam cerita sahabat kat blog nie...
[cukup kot dua cerita nie aku copy paste kat sini.. nie cuma nak habaq kat hangpa yang kat Kedah lanie masih belambak lagi yg hidup mcm tuu]

balik bab ayaq tadi... lanie hangpa nak penaik.. naik laa banyak mana pon... tapi mai tang lock RM6 minima tu aku rasa hangpa kena tengok balik laa... aku kata zalim sebab dulu mana2 golongan yg dok bayaq RM3 nie aku rasa golongan yang dok dalam cerita tadi laa.. cuba bayangkan dulu depa guna untuk xtvt harian dan minimun payment cuma RM3 dan hakikat yg diguna sekadar RM2 ke RM3 sahaja tapi depa bayaq minimun RM3 tapi sekarang dah naik ke minimun RM6 tak zalim kaa...jika dulu dok bayaq RM3.. tapi lanie kena tambah sampai jadi RM6.. ini kira kenaikan 100%... zalim laa tuuu.. lepas tu yg kena hisab darah pulak ialah golongan rakyat terbawah.... itu masalahnya....

Masalah golongan BAWAHAN... golongan ini mereka bukan kira HIJAU BIRU.. yang depa tau HARI INI NAK MAKAN APA?.... bagi golongan yang dok hisap rokok berkepol-kepol asap pakai ayaq sampai 10 tong drum sebulan depa pedulik apa... kot mana pon depa akan bayaq jugak... tapi kita tak kesah golongan ini sebab mereka masih mampu bayaq..pandai2lah depa tong-tong dan bedak duit depa tu untuk tampong kenaikan bil ayaq nie....

Aku bukan suruh mintak hangpa bagi FREE jaa kat golongan yang dok bayaq minimun payment RM3 dulu.. tapi sekurang2nya ada jugak keprihatinan KERAJAAN MEMERINTAH untuk golongan kat bawah nie... masa nie kita nak tengok bezanya KERAJAAN DULU dengan yang SEJAHTERA sekarang ini... berikan tawaran yang terbaik untuk GOLONGAN BAWAHAN ini..

Insya'allah doa-doa rakyat di bawah seperti ini mudah2an mudah lagi sampai keatasnya... hangpa kekalkan sahaja minimun di RM3 dan jika nak cantik lagi bagi FREE sahaja untuk mana yang kena bil bawah RM3 nie....

sekurang2nya rakyat akan buka mata akan sumbangan KERAJAAN NEGERI ini dan yang penting akan mengunci mulut sahabat2 kita di sebelah sana...

Soalan kepada SADA : Berapa ramaikah golongan yang membayaq bil ayaq di bawah minimun payment RM3 untuk bil dahulu dan berapa ramaikan golongan yang membayaq minimun payment RM6 untuk bil yg baru selepas kenaikan bil ayaq..??



http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TKx3lSd9NqI/AAAAAAAAEB0/0_QvTHNAodk/s1600/Price_Campaign_Final_PosterA3+mail.jpg
INI POSTER SADA

Isu Signboard : Kerja puak-puak bangsat yang nak buruk K'jaan negeri Kedah

oleh AnakKedah007


Nah kerja puak2 bangsat Kedah terdedah lagik.... kerja dok buat fitnah rupa2nya... sembang kat blog hangpa macam2 hangpa sumpah kat kerajaan negeri kata itu ini... bukan main sedap lagi hangpa boh garam kata PAS nak bolot sorang laa negeri... Gila buat Signboard boh nama macam BN...

Oiiii hangpa tanggung ambik la dosa dok ubah nama PUSAT jadi PAS kat signboard tuuu... Ingat laa tangan yg UBAH nama tuuu nanti la nak jawab depan ALLAH swt apa yang hangpa buatkan tuu.. masa tu hangpa kerisin kerenyeh laa depam ALLAH swt jawab pasai kelaku huduh hangpa nie.....



ini papan signboard yg diubah...


jadi terbuktilah puak puak bangsat nie memang kaki fitnah...

jadi aku tarik balik artikal aku sebelum ini:

Isu Nak Dapat Tanah Kerajaan FREE - Gemok laa hidup macam nie semua nak FREE...

Tu dia aihhh memang zalim kerajaan Ust Zizan nie.... halau penduduk macam tu jaa... sampai tak bagi masa untuk rundingan langsung... mana cukup bagi masa 2 tahun untuk berbincang... bagi la masa 200 tahun kaa baru cukup...baru ada masa nak berbincang.... bincang siap bagi pampasan pon tak cukup lagik hangpa nak apa... pie la cari rumah sewa kot gurun guaq tuu...kalau tak ada tanah buat la cara tak ada tanah bukan hangpa 13 org saja tak ada tanah belambak lagi rakyat lain yg tak ada tanah.. himpon duit beli sendiri laa... asyik nak tanah free jaaaa... gemok la hidup mcm nie...

mai buat rumah depan laman orang lepas tuu suruh pindah tak mau pulak... tuan rumah halau kata zalim tak berperikemanusiaan...lepas tu tuan rumah bagi plak duit suruh pindah jugak tak mau pindah... lanie hangpa nak apa sebenaqnya nie.. nak dapat FREE...ulang sekali lagi...GEMOK laaa hidup macam nie...kalau hangpa dapat FREE kami yg rakyat lain pon nak jugak mintak tanah FREE macam hangpa dapat....

Laa nie hangpa pie jumpa KEDA suruh depa bagi rumah FREE tuuu... KEDA ada bagi rumah FREE dekat penduduk yg perlukan rumah macam hangpa... kalau KEDA pun tak bagi kira KEDA dengan KERAJAAN NEGERI zalim lah kot... pada aku KEDA lagi zalim sebab kerja depa buat rumah bagi rumah... KERAJAAN NEGERI depa nak ambik tanah itu semula untuk buat pembangunan dan depa dah bayaq pampasan kat 13 orang tuuu...

Tapi kalau KEDA tak bagi kita boleh kata depa tak zalim sebab mungkin yg 13 org tu tak memenuhi kriteria nak pohon rumah KEDA... jadi yg zalim lanie hangpa sendiri laa dok perkeras pedai nak pertahankan ideologi hangpa tuuu... lanie pie jumpa PUTERI UMNO laaa suruh depa tolong hangpa...boleh kot cik puteri....

Kerajaan Kedah dibidas usir 13 keluarga isu tanah

SUNGAI PETANI 1 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO membidas tindakan kerajaan negeri yang mengambil keputusan terburu-buru mengusir 13 keluarga daripada tanah yang didakwa dimiliki anak syarikat kerajaan negeri, di Kampung Kilang Ketapan, Gurun dekat sini baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof berkata, lebih dikesalkan, kerajaan negeri seolah-olah tidak 'berhati perut' apabila sanggup mengheret kesemua keluarga berkenaan ke mahkamah tanpa melalui sebarang rundingan terlebih dahulu.

Gurun : Penjelasan berkenaan isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Pegawai Khas MB perjelas isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

GURUN, 27 November – Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.

"CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.

"Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah," ujarnya.

Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.