Isnin, 1 November 2010

Jaga-jaga RPK...mungkin UMPAN je nie...!!!

he he he...UMPAN je nie..nak bagi Raja Petra balik Malaysia..

Mahkamah Persekutuan Putuskan Raja Petra Bebas Dari ISA

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin membebaskan penulis kontroversi Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri berkaitan pembebasannya itu.

Keputusan itu juga dibuat pagi ini apabila mahkamah tertinggi negara itu dimaklumkan bahawa penahanan selama dua tahun di Pusat Tahanan Kamunting itu adalah satu kesilapan.

Mahkamah tersebut bersidang bagi menentukan rayuan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penulis itu pada tahun 2008.

Raja Petra ditahan di bawah ISA selama 56 hari bagaimanapun pada November 2008, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra dengan alasan Menteri Dalam Negeri telah bertindak di luar bidang kuasanya.

Tiada ulasan: