Selasa, 30 November 2010

Tolong Pie Lempaq Buang Sat Papan Tanda Nie..??

oleh AnakKedah007

http://uppercaise.files.wordpress.com/2010/08/project.jpg?w=600
papan tanda projek kerajaan yg BN ngaku depa punya..

Tapi bila mai kat kita jangan la dok buat macam depa..
kalau sekadar nak tulis PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN aku tak kesah
awat duit BN saja kaa yang masuk kantung K'jaan Persekutuan...

Duit aku pun ada.. aku bukan bagi kat BN pun tapi aku bagi kat Kerajaan yg memerintah

Jadi bila mai kat kita jangan la dok buat perangai hebiaq tu pulak...
Walaupun papan tanda tu tak besaq mana tapi isu yg akan dijaja buat sakit hati jaa

jadi kepada pihak-pihak yang terlibat hangpa jangan dok gatai nak merak dan
buat perangai macam BN tuu...

dan kepada yg dah buat papan tanda tu baik hangpa
pie lempaq buang cepat... jangan nanti aku turun aku sendiri yg pie buangnya...

http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TPQaDJ0E-zI/AAAAAAAAEMs/ajzt5zerldE/s1600/2010-11-30_052341.jpg

Sabtu, 27 November 2010

ZAID jumpa ZAHID....!!!!

ALAHAI MACAM ADA APA-APA JAA PUAK MANGKOK HAYUN NIE...?????

ZAID IBRAHIM BERSALAM MESRA DENGAN ORANG YANG HINA DAN MAKI TOK GURU NIK AZIZ

Zaid jumpa Zahid…

Ada kelibat yang agak mencuri perhatian dicelah majlis makan malam Datuk Zaid Ibrahim dengan penyokongnya di rumahnya di Tropicana dekat Petaling Jaya Jumaat malam.

Orang yang dimaksudkan ialah Zahid Md Arip,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan yang kini aktivis penceramah UMNO yang cukup vokal menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

Beliau kelihatan berbual mesra dengan Zaid di majlis itu.

Apa hal beliau pun hadir sama? Ketika disapa Agendadaily,Zahid ringkas berkata," Datuk Zaid kawan lama saya…"/Agendadaily

Rabu, 10 November 2010

ZAID Lu gelojoh & kalut

Assalamualaikum...

Aku malas nak komen pasai rumah tangga keadilan nie tapi bila tgk menyakitkan hati ja kelaku sekoq dua sejak dua menjak nie... tapi aku cuma boleh kata kat dua tiga ekoq yg dok menyalak skrg nie satu jaa....terutama kat Zaid Ibrahim..

-> Hang nie kalut laa ZAID..mai masuk rumah org setahun jagung dah nak hambaq pak pie dok tidoq bawah rumah....org bagi tidoq ruang tamu dah gelojoh nak pie masuk dok dalam bilik dah...last habok pon tarak....

..kata lawan dalam keluarga tapi yg pie panggil jiran hendap hendap anak dara sendiri dalam rumah apahal.....

Ahad, 7 November 2010

Alahai Muhyidin..Yg dok kata lepas tangan tang mananya..??

oleh AnakKedah

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TNYCAuo56HI/AAAAAAAAEGA/VqvVfSMF3Sw/s1600/213.JPG
Alahai awat laa Malaysia dapat Timb. PM macam nie...kerja nak politik jaa 24jam sampai rakyat dok cempera macam nie pon masik nak kenen Kerajaan Negeri....Pada2lah Yidin oii/...

Ingatkan Sharizat & KJ ja nak buat statement BANGANG....rupanya timb. presiden pun haru biru jugak....Rasanya dia taktau kot apa itu MAJLIS KESELAMATAN NEGARA dan dia lagi taktau yg dia sedang memangku jawatan Pengerusi MKN sebab Perdana Menteri tengah MC..

MKN yg perlu buat meting awai lagi..... semua logistik dok dlm tangan Pusat. Peruntukan bencana bawah pusat. jadi kenapa nak pertikaikan kerajaan negeri? time2 banjir ni buang sat la pasai politik ni...apa salahnya sama2 support...

Siapa yang lepas tangan sekarang nie...MB dok perah otak dari awai kejadian lagi dan hg ada nampak dia pie berkempen kat GALAS kaa..tak pon jadi jangan laa main sedap mulut ja bercakap tuuu...hang kena ingat TUANKU SULTAN KAMI MURKA kepada golongan yg nak jadikan benda nie political millage.. ingat tuu DERHAKA KAT SULTAN nak habaq bagi....

Khamis, 4 November 2010

Dari buat Menara 100 tingkat baik buat benda nie..

Oleh AnakKedah

Aku kekadang terpikir jugak akan masalah banjir nie... daripada Kerajaan Malaysia dok perabih duit buat bangunan tinggi tu tak ada ka depa nak buat macamana yg dibuat di negara Amerika nie....

http://blog.nola.com/stormwatch/hurr_prep_p5.gif

Isnin, 1 November 2010

Jaga-jaga RPK...mungkin UMPAN je nie...!!!

he he he...UMPAN je nie..nak bagi Raja Petra balik Malaysia..

Mahkamah Persekutuan Putuskan Raja Petra Bebas Dari ISA

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin membebaskan penulis kontroversi Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri berkaitan pembebasannya itu.

Keputusan itu juga dibuat pagi ini apabila mahkamah tertinggi negara itu dimaklumkan bahawa penahanan selama dua tahun di Pusat Tahanan Kamunting itu adalah satu kesilapan.

Mahkamah tersebut bersidang bagi menentukan rayuan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penulis itu pada tahun 2008.

Raja Petra ditahan di bawah ISA selama 56 hari bagaimanapun pada November 2008, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra dengan alasan Menteri Dalam Negeri telah bertindak di luar bidang kuasanya.