Selasa, 5 Oktober 2010

Selangor dah bagi FREE..Takan KEDAH tak ada..bagi buat Dewan pun sampai berjuta boleh..???

Alhamduillah bangga aku baca bila Sekolah Agama dapat bantuan..tahniah SELANGOR.... aku cuma nak tanya negeri aku tak ada kaa bantuan yang macam ie.. tahu lepas cuma dalam RM600k ja bagi..tahun nie takan tak ada dah kot....bagi nak buat dewan sampai berjuta boleh takan untuk sekolah agama tak boleh...tolong tengok sat yee pimpinan ku kat kedah nie....

Kerajaan Negeri beri RM1.5 juta bina dewan KSAH

ALOR SETAR, 18 September: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM1.5 juta bagi pembinaan  dewan di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) yang dikenali sebagai  Centennial Hall.

Dana pembinaan dewan itu diusahakan oleh Persatuan Bekas Pelajar KSAH (Sahoca) dengan menwujudkan Tabung Dewan Centennial KSAH, dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada majlis makan malam Sahoca, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Menteri Besar Kedah YAB  Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, ketua-ketua jabatan serta bekas pelajar seramai 800 orang.


Selangor beri buku teks agama percuma
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

"Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan," ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

(Gambar: Dr Hassan bersama tetamu veteran pada Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya, kelmarin.)

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais.


 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cakap dan mengutuk memang senang tapi nak melaksanakan memang susah,lain yg janji lain yg lakukan.apa2 pun masaalah nya air sudah naik raayat juga yg tanggong,lidah biawak......itu baru 2 tahun kalau 50 tahun saperti umno,pasti negeri tergadai.alahai nasib kami lari mulut buaya masok mulut harimau.