Ahad, 31 Oktober 2010

UMNO @ GALAS : LU KANTOI LAGI BEB...!!!

oleh AnakKedah007

Nah baru ada akai hangpa...!! dok buat projek menipu dalam keadaan kalut dan terkejut lagik...bila orang tanya macam2 hangpa jawabnya.. projek Kerajaan laa..dah lama planning laa..last kena sergah habih terburai... UMNO...UMNO...buat malu kat MCA & MIC jee kelaku pemimpin melayu nie....

PPR : Ahmad Maslan perbetul harga mee segera yang diumum Muhyiddin
23 Zulkaedah 1431H. Projek mee segera yang diumumkan oleh Muhyiddin di Galas beberapa hari sebelum penamaan calon iaitu Projek Perumahan rakyat (PPR) dilihat banyak pepincangan dengan fakta bercanggah antara pimpinan UMNO itu sendiri.

Terkini Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Sebelum ini Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang dilancarkan oleh TPM, Muhyiddin.

"Harga (peruntukan kos untuk membina) terlalu tinggi, RM120,000 bagi (unit seluas) 700 kaki persegi di Gua Musang untuk flat 5 tingkat 18 blok.

"Jadi kos di Kelantan ini saya rasa paling tinggi RM50,000 atau RM60,000 setiap unit. Kalau kita pergi Damansara Damai (Petaling Jaya) itu, (rumah seluas) 300 kaki baru dijual dengan harga RM95,000," kata Husam lagi.

Menurut Husam, beliau membuat perkiraan itu berdasarkan peruntukan sebanyak RM180 juta yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membina 1,500 unit rumah berkenaan.

Laporan sebelum ini menyebut, subsidi yang diberikan kerajaan bagi setiap unit rumah tersebut adalah antara RM45,000 hingga RM85,000.

Ia juga boleh disewakan pada kadar serendah RM124 sebulan manakala harga jualannya pula ditetapkan supaya tidak melebih RM35,000.

"(Dengan subsidi sebanyak itu) baik kita bagi rumah itu free saja," kata Husam lagi ketika ditemui di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 26 Oktober lepas.

mengejutkan bila hari ini Ahmad maslan berkata "Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.

"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit. (Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.

"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama, kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang hari ini.

Katanya, jumlah kos sebanyak RM80,000 seunit itu juga termasuk subsidi sebanyak RM45,000.

"Saya kira yang RM180,000 ribu ini mungkin dari segi fasa dia, saya difahamkan," katanya lagi.

Husam pertikai kos tinggi bina PPR di Gua Musang

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang dilancarkan timbalan perdana menteri Sabtu lalu.

"Harga (peruntukan kos untuk membina) terlalu tinggi, RM120,000 bagi (unit seluas) 700 kaki persegi di Gua Musang untuk flat 5 tingkat 18 blok.

"Jadi kos di Kelantan ini saya rasa paling tinggi RM50,000 atau RM60,000 setiap unit. Kalau kita pergi Damansara Damai (Petaling Jaya) itu, (rumah seluas) 300 kaki baru dijual dengan harga RM95,000," katanya lagi.

Menurutnya, beliau membuat perkiraan itu berdasarkan peruntukan sebanyak RM180 juta yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membina 1,500 unit rumah berkenaan...............................


Ahmad Maslan: PPR RM180 juta hanya kos anggaran

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

"Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.

"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit. (Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.

"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama, kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang hari ini.........

LU KANTOI LAGI BEB...!!!

PAS kawan dengan DAP..???

Assalamualaikum,

Hangpa baca artikal nie apa pandangan hangpa... Aku ada beberapa persepsi dari kejadian ini... aku taknak huraikan bab KESABARAN TOK GURU atas maki hamun tersebut.. tetapi aku nak katakan disini bahawa dakyah dan propaganda UMNO/BN yang isu PAS BERKAWAN DENGAN DAP... merupakan isu duri dalam daging bagi ORANG-ORANG melayu... jadi aku rasakan PIHAK-PIHAK BERKENAAN...iaitu PAS DAP dan juga PKR kena pertingkatkan lagi PENERANGAN..terutama PAS sebab isu ini bersangkut paut dengan mereka... JIKA terus dibiarkan di dendangkan sehingga PRU 13 nanti hangpa tunggulah paku buah kerasnya....


Bekas calon BN maki hamun Tok Guru

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

"Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi  itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial  mencari arah.

Berita Sensasi Setiap Pilihanraya Kecil..

oleh AnakKedah

Ha ha ha. dah nak masuk seminggu.. inilah berita yg aku dok tunggu seepas projek Mee Segera....kalau tak ada cerita macam nie bukan nama Pilihanraya BN ha ha ha...
TIMBALAN KETUA, NAIB PKR BAHAGIAN BATU SAPI KELUAR PARTI

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

Note : tak ada alasan lain kaa..pi mai pi mai hilang kepercayaan... habaq la pulak kami suka najib kaa..kami sayang rosmah kaa kami dapat duit kaa..opsssss...

Khamis, 28 Oktober 2010

Adakah Team Kedah Akan Jadik Caca Merba Tahun Hadapan...

Assalamuallaikum,

hari nie aku nak gebang bab BOLA tak kelapaq nak hujah bab POLITIK buat sementara waktu kerana aku lihat dan dengaq ada satu TSUNAMI sedang melanda dalam kem KEDAH sekarang ini iaitu selepas daripada perlawanan separuh akhir tempohari. Macam-macam cerita disengaq dan macam-macam hal di gossipkan.... dan ada yg dengaq tu boleh timboi menanah dalam hati nie bila dengaq semua dok sembang....

Entah laaa jika betoi TSUNAMI tersebut melanda...nampaknya TEAM KEDAH 2011 akan diwakili oleh budak-budak piala presiden dan player-player baru yg dapat dibeli dari negeri lain.... TSUNAMI ini melanda dikatakan ada yg pihak pengurusan tendang keluaq dan ada yg buat keputusan nak berhijrah...

JIKA perkara ini berlaku bolehlah dikatakan ada yg tak kena dalam KEM KEDAH... Tak Kena pada PENGURUS diakah... tak kena pada PENTADBIRAN KFA kah....Tak kena pada JURULATIH diakah.. atau tak kena pada PLAYER diakah.... semua ini ada jawapan dia oleh aku.. dan jawapan nie betoi ka salah kaa nama pon gosip..kalau kedebuk kena kat atas kepala hangpa semua nasib laaa dan kalau apa aku katakan nanti salah aku mintak ampun laa... aku bukan apa aku cuma nak tengok yg terbaik dalam TEAM KEDAH 2011 nanti.....

First mai bab PENGURUS... aku rasa dia nie bukan tak baguih jadik pengurus tapi sifat dan ketidak senyuman serta tidak banyak bersama pemain itu yg jadi dia renggang dengan pemain... so far pemain tak kesah semua tuu tapi kita sebagai bapak kena jugak berada bersama anak2 jangan lepas kat mak sahaja... peranan bapak ini penting sebab ia merupakan semangat aura jantan dengan jantan...dimana jika bapak mai bagi bagi perangsang dan tengok anak2 main bola setiap kali latihan dan game..ini yg akan buat anak naik semangat...jika sekadar nak lepas kewajipan makan minum dan kewangan boyfriend mak pon boleh berikan semua tuuu.... Jadi disini PENGURUS nie kena main peranan betoi-betoi dan jangan suka menghukum anak2...sbb hg nie cuma bapak tiri sahaja dan anak2 boleh bandingkan anda dengan Bapak yg lama iaitu OTHMAN AZIZ.. dimana beliau ada sentuhan keajaipan dia sendiri dengan player2 nie... itu kita tidak nafikan...jadi cubalah jadik PENGURUS yg baik walaupun tak terbaik.... dan kalau nak best KFA ambik yg FULL TIME dengan TEAM... biaq dia URUS betoi2 budak2 nie.....

mai bab PENTADBIRAN KFA..di harap MB dan dr Hamdan kena tegas sikit laa jangan asyik dok tanya orang jaa bila nak buat keputusan.. kekadang tuuu... bila dok tanya org kerap sangat kira kita tak ada self confidend jaa bila di tengoknya... jadi sila pantas dan tegas sikit... bila tengok PENGURUS tak sama TEAM tu cuba tanya mana hang pie... dan bila ada game drop tu tanya JURULATIH pasai paa..hangpa nie reti melatih ka tak.. tanya player hangpa serasi tak... jika semua dah kata tak best PECAT shj jurulatih tuuu dok simpan buat apa.. KEPUTUSAN ada kat hangpa....

mai bab JURULATIH pun satu yg penting kena tengok.. JIKA tektik pon entah apa2 dan semua org asyik dok komen jaa tektik dia dok buat seperti mana AHMAD YUSUF tuu dok simpan buat apa lagi...pie cari yg baru laaa....Masalah skrg kita nak JURULATIH yg boleh berkomunikasi dgn baik antara PLAYER & PEN. JURULATIH.. dimana mana arahan yg dibuat semua boleh follow... jika arahan tu entah apa2..maka caca merba lah jadinya.... bab nie kena rasanya Hj Radzi mat Din ada sentuhan dia tapi sayang dia tak ada Lesen A jadi inlah pentingnya Kesefahaman antara Jurulatih & penolong dia.. disini rekod dia Radhi kira dah masak dah dengan player2 yg dok ada jadi AHMAD YUSUF tu jangan laa dok buat bodoh sombong nak pakai idea hang saja... punca yg dapat dilihat ialah disini dak ada ngan hoo dia....

mai bab player plak depa nie berhijrah ramai2 nie tentu ada tak kena....berkemungkinan dah ada ketidakpuasan hati kepada sesetengah pihak... disini pentingnya orang tua ambik peranan dimana MB kena dengaq apa masalah depa sebenaqnya...jangan main pakai lepas ja kalau depa nak angkat kaki.... cuba bawak berbincang elok-elok apa masalah depa... jika biaqkan pengurus dan jurulatih tak kesudahannya masalah ini... last pakat-pakat angkat kaki maka caca merbalah jadinya team kita nanti......

Oleh itu KEPADA PIHAK YG TERLIBAT hangpa kena tolong tengok sat apa yg terjadi.. jangan bagi TSUNAMI ini betoi2 melanda TEAM KEDAH kita... sayang rasanya jika kita ambik PLAYER luaq mai dan Anak-Anak Jati dah tak ada.... JANGAN JADIKAN kami penonton diluaq ini menjadi mangsa atas masalah yg melanda....

BIAQ JASA JADI KENANGAN
HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN....

Selasa, 26 Oktober 2010

Berebut Kawasan : Dulu PAS & PKR kena Bangang Kini DAP & PKR pulak kena 'BANGANG'

Oleh AnakKedah007



Sebelum nie sebok PAS & PKR dok berebut kawasan Parlimen Kulim Bandar Bahru... tapi kira dia dah lanie bila dah kata nak serah kat pimpinan atasan buat keputusan... ingatkan dah semua pakat paham dan reti dah laa dengan isu tersebut..tetapi skrg nie mai pulak dok hingaq kat kwsn DUN DERGA.. dimana PKR & DAP dok kalut buat statement....

Aku ingatkan dulu PAS & PKR jaa bangang lanie dah campoq kesemua puak2 nie BANGANG rupanya dan seronok muka keluaq surat habaq tiap-tiap hari... hangpa tak tau sebenaqnya mcm nie punya kelaku hangpa orang naik meluat tengok....

Meluat sebab tengok hangpa nie macam tak sepakat dan tak reti nak bawak berbincang elok-elok... lagi suka buat statement tembak kawan-kawan sendiri... nak habaq kat hangpa benda macam nie kena tunjuk gentlemen la sikit dan bercakap tu biaq bagi orang kompiden.. nie dak asyik dok tokak geng sendiri saja....

Dulu pon masa PAS & PKR aku dah sound kalau nak bertokak atau bertekak bab RUMAH TANGGA tak yah dok sua domai pie cerita kat musuh... hangpa kan boleh berjumpa face to face dan berbincang laa elok-elok.. dalam perbincangan tu hangpa belasah laa nak tumbok ka nak penerajang kaa kami pedulik apa.. dah itu yg hangpa rasakan yg terbaik..buat sajalah...

Tapi bila berhadapan dgn musuh jgn laa dok tunjuk kelaku huduh kita... penampilan kena jaga.. nie tak nanti org kata "PUAK TU NAK MEMERINTAH... SATU KERUSI DUN DERGA PUN ASYIK DOK BEREBUT..ADA HATI NAK AMBIK PUTRAJAYA...... PIERAHHHHHHHHHH"

ini artikal aku dulu membangangkan PAS :

Jalan Raya Low Kualiti sebab Kontraktor & Enggineer makan besaq..!!

Alaaa tak yah dok buat bising2 laa nie semua cerita katon jaaa...punca utama dia kontraktor nak makan besaq saja...cerita tak ada...kalau buat betoi2 jalan raya nie sebusuk2nya jalan tersebut akan boleh dipakai sampai 5tahun lebih...tapi jika dibuat betoi2 laa ikut spec yg sebanarnya dikeluarkan oleh JKR... tapi hakikatnya siapa sanggup tunggu sampai 10tahun.... tutup kedai laa kontraktor yg dok buat jalan nie....

Sekarang jika nak pastikan betul2 jalan raya tu betul2 ikut spec....buka balik procedure cara-cara nak buat jalan raya dan suruh ENGGINEER yg incharge tuuu follow the procedure tu betul dan tak ada inci atau hun kepada kontractor tuuu...suruh ikut procedure....kompom jalan raya tersebut akan elok....

Jika JALAN tu ROSAK awal sangat plz check ENGGINEAR & KONTARKTOR tersebut....

Beri perhatian kualiti jalan raya


keadaan jalan yang biasa dilihat sekitar Kuala Lumpur, berlopak dan tidak rata bakal mengundang kemalangan.


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pelbagai persatuan pengguna hari ini mendesak pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap kualiti jalan raya khususnya masalah berlubang dan turapan semula yang tidak rata.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, agensi berkenaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan kualiti turapan jalan memenuhi piawaian ditetapkan dan bukannya sekadar melepas batuk di tangga.

Katanya, hanya syarikat yang bertauliah patut diberikan tender untuk melakukan kerja-kerja berkenaan.

"Pengawasan terhadap kerja-kerja itu perlu dilakukan bagi mengelak ia dilakukan secara sambil lewa sahaja.

"Saya percaya, jika kesemua perkara ini dititikberatkan, kita mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan laporan mengenai masalah jalan raya yang tidak rata, berlubang dan berlopak serta sering mengundang masalah kepada para pengguna kenderaan di negara ini terutamanya di sekitar ibu kota.

Walaupun ada jalan yang telah diturap, tetapi turapan itu tidak tahan lama dan kembali berlubang terutamanya selepas hujan lebat.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George yang sependapat dengan Marimuthu menggesa satu pasukan pemantau khas ditubuhkan bagi memastikan turapan jalan raya di negara ini sentiasa berkualiti.

"Isu jalan tidak rata dan berlubang sering dibangkitkan sebelum ini sehingga pernah dibawa ke Parlimen.

"Persatuan-persatuan pengguna termasuk CASSA juga telah menghantar banyak memorandum kepada pihak berkenaan tetapi penyelesaian yang diambil belum mampu memuaskan hati semua pihak terutamanya pengguna jalan raya," katanya.

Pada masa sama, beliau khuatir wujud amalan rasuah atau salah guna kuasa di kalangan pihak tertentu yang berkepentingan sehingga menyebabkan kerja-kerja seperti penurapan jalan tidak dapat dilakukan dengan baik.

"Saya ada menerima laporan bahawa apabila satu-satu tender diberikan untuk kerja penurapan jalan dilakukan, ada pihak yang 'menjual' tender berkenaan kepada pihak lain.

"Sehubungan itu, saya berharap agar satu pemantauan yang rapi dilakukan bagi mengelakkan isu ini berlarutan," katanya.

Tranformasi Hutang...!!!

Alahai... ingatkan duit banyak rupa2nya nak kena pecah tabung...jahanam laa tabung ayam anak2 yg dok simpan tuuuu....

Transformasi RM1.392 trilion


Najib Tun Razak bersalaman dengan Dr. Abdul Aziz Al-Hinai (dua dari kiri) sambil diperhatikan Raja Dr. Nazrin Shah dan Dr. Zeti Akhtar Aziz semasa Global Islamic Finance Forum di Hotel Mandarin, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Okt. – Malaysia memerlukan pembiayaan berjumlah RM1.392 trilion bagi menjayakan program transformasi ekonomi untuk dekad akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sebahagian daripada pembiayaan itu akan ditampung melalui penerbitan Sukuk, memandangkan kewangan Islam adalah pilihan pembiayaan yang layak dan kompetitif untuk menampung pertumbuhan ekonomi di Asia.

Selain itu katanya, kos pembiayaan tersebut juga akan ditampung oleh sektor swasta, sektor awam dan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Dana ini akan digunakan untuk menjayakan pelbagai projek yang sudah dirangka, dari rangkaian kereta api massa hinggalah kepada penggunaan tenaga nuklear pada masa hadapan.

"Ini kerana aspirasi kita untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi tidak boleh dilakukan secara berasingan dan adalah penting pertumbuhan serta pembangunan dilaksanakan secara inklusif dan berterusan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sabtu, 9 Oktober 2010

Politik Juboq

Alahai Malaysia...

Dah tak ada isu dah ka nak diulas kat Malaysia nie...
pusing sana pusing sini Juboq jugak yg diulasnya.....
Dah tak ada benda dah ka nak dikait dengan mamat sekoq tuu..
Last mai bawak cerita Juboq jugak....

Nuuu yang berkandaq isu boleh bawak..
RASUAH kaa... SALAH GUNA KUASA kaa...
MAKAN DUIT RAKYAT kaa... ARAH BELI SAHAM UTK ANAK BERANAK kaa...
BELI KONTRAK JUTA-JUTA untuk diri sendiri kaa...

Takan tak ada kot semua nie sepanjang dia jadi Menteri Pendidikan
dan Timb. Perdana Menteri dahulu....

pi mai pi mai Juboq..Juboq Juboq..........

Jumaat, 8 Oktober 2010

Apa sebok sangat duit judi Penang tuu...Tok Mufti 1Malaysia diam jee...

Yang UMNO penang dok hingaq sangat duit judi duit judi...pasai paa..aku tengok tak ada sorang pon TOK MUFTI yang Ulas pasai Isu nie...yg ada cuma 2 org saja itu pon bekas mufti perlis dan ust zaharudin....

hallo UMNO...lu ada dengaq kaa..??

Selasa, 5 Oktober 2010

Selangor dah bagi FREE..Takan KEDAH tak ada..bagi buat Dewan pun sampai berjuta boleh..???

Alhamduillah bangga aku baca bila Sekolah Agama dapat bantuan..tahniah SELANGOR.... aku cuma nak tanya negeri aku tak ada kaa bantuan yang macam ie.. tahu lepas cuma dalam RM600k ja bagi..tahun nie takan tak ada dah kot....bagi nak buat dewan sampai berjuta boleh takan untuk sekolah agama tak boleh...tolong tengok sat yee pimpinan ku kat kedah nie....

Kerajaan Negeri beri RM1.5 juta bina dewan KSAH

ALOR SETAR, 18 September: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM1.5 juta bagi pembinaan  dewan di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) yang dikenali sebagai  Centennial Hall.

Dana pembinaan dewan itu diusahakan oleh Persatuan Bekas Pelajar KSAH (Sahoca) dengan menwujudkan Tabung Dewan Centennial KSAH, dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada majlis makan malam Sahoca, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Menteri Besar Kedah YAB  Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, ketua-ketua jabatan serta bekas pelajar seramai 800 orang.


Selangor beri buku teks agama percuma
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

"Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan," ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

(Gambar: Dr Hassan bersama tetamu veteran pada Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya, kelmarin.)

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais.


 

Sabtu, 2 Oktober 2010

Alahai Zahrain... Ingatkan tak ambik..rupa-rupanya ko sebat jugak..!!


oleh AnakKedah007

he he he..malas aku nak komen..cuma nak kata... dalam2 diam ko dok kutuk guan eng... masa diberi wang tu ko sebat jugak...dunia dunia....

Ismail Mohd Ali, the special assistant to Bayan Baru Independent MP Zahrain Mohd Hashim who quit PKR in February, has today returned the RM1,000 cash awarded to him by the Penang government upon his mother's death.

CELUP JARI : PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAH LUPA DAH...!!!

oleh AnakKedah007

Sajer jee bangkit semula ISU CELUP JARI nie..bukan apa aku tengok PIMPINAN PAKATAN RAKYAT macam dah lupa sahaja akan isu nie....

Luahan Sahabat di FB...
Umnodokpakka Gawa Adakah pemimpin Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin akan menang dalam pilihanraya nanti. Jangan 'terlalu yakin' dahulu. Bukan senang mereka ingin membiarkan jenayah puluhan tahun dibongkar setelah PR berkuasa. Mereka tak mampu menanggung kes...annya. Bayangkan semua harta dibekukan, segala skandal dibicarakan, ada yang akan diulangbicara dan bermacam-macam lagi dan akhirnya sudah pasti akan membawa mereka merengkok ke dalam penjara. Kalau yang penakut akan membawa diri dan keluarga lari ke luar negara.

Jadi tidak semudah itu mereka ingin menyerah kalah. Oleh itu wahai pemimpin Pakatan Rakyat.. tolonglah berusaha bersungguh-sungguh perjuangkan hal ini. Aku tak minta apa-apa bayaran pun selama ini dengan membuat poster-poster ini, hanya ini sahaja salah satu jalan yang selamat kalau kita nak menang dengan tulin walaupun mereka ada satu lagi talian hayat iaitu undi pos.

Kau orang buatlah macamana pun.. aku nak tengok jugak hal ini diperjuangkan HABIS-HABISAN! janji tau..?

Kedah Lanie bukan salah BN tapi salah pemimpin kita yg tak nak terus menekan atas isu ini..seperti senyap sunyi sahaja bila semua dah menang kerusi..depa lupa bahawa kerusi yg dipegang itu akan hilang dalam sekelip mata sahaja... dalam erti kata hangat2 taik ayam jaa depa nie...

Kelana Asmara Walau pun PR dah menang banyak kerusi dan beberapa negeri dapat di tawan tetapi perjuangan ini mesti di teruskan janganlah di senyap saja nanti SPR dan sengkatan dengannya lagi menikus dengan helah mereka.


dari MalaysiaKini:

'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal


Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal. Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu. Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen pada 13 Februari, untuk menolak penggunaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengulas kenyataan SPR, bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian. Tahun lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan.

Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut, pada 4 Mac lalu. Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis. Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bagaimanapun memberitahu Dewan Rakyat minggu lepas bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".

Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara. "Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand.

Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut. "(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Abdul Rashid. Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar. Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini. Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu.

Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran." Membacakan kenyataan bersama itu, Faisal (foto atas, kanan) berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet".

Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya mengikut undang-undang, tambahnya. "SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya.

Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional". Amin (foto, kiri sekali) pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat. "Dakwat ini bukan boleh dibeli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya. Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini dari negara jiran, Amin berkata: "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal dari India."

Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini. "Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah dari India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini. Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.