Selasa, 7 September 2010

Sudah La Najib..TAZKIRAH pun tak faham apadia sebok nak bercakap..!!



Ko nie NAJIB.. jika tak faham baik ko DIAM baru org tak tahu kata ko nie tak faham tetapi ko gatal mulut nak bercakap jugak lalu terserlahlah kebodohan ketidak fahaman ko tu tuuu.... Ko nie faham ke apa itu TAZKIRAH... TAZKIRAH tu menatang apanya yg dok bercakap tuuu..asal ja pegang microphoe semua tazkirah kaaa..asal ja dok dalam surau semuanya nak sembang tazkirah kaa... itu bila dah buka mulut nak bercakap jugak maka jadi macam nie laaa...patut la nampak sembab sangat bab agama pun tak lulus...aku kata camtu sebab cuba tengok ISTERI dia nie mazhab mana tak tau pakai tudung berjambul nie..org lain semua tudung litup tapi mai tang dia pakai woody woodpecker..apa kejadahnya nie....

Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah

GOMBAK, 5 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Dengan merujuk kepada fatwa, Najib berkata pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mereka memperoleh kebenaran daripada pengurusan selain memastikan tindakan mereka tidak bertentangan dengan kesucian masjid.

Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.

"Garis panduan ini mesti kita patuhi sebelum memasuki masjid," kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.

"Hanya orang Islam dibenarkan menyampaikan tazkirah di masjid atau surau.

"Jika bukan Islam memasuki sebuah masjid dan mula memberikan tazkirah kepada Muslim, ia bertentangan dengan ajaran Nabi," kata Pengerusi BN ini.


Najib yang juga Presiden Umno menambah, Sultan Selangor dan enakmen pentadbiran Islam negeri juga melarang bukan islam daripada memasuki ruang solat.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menghantar surat amaran kepada Teo awal minggu ini.

Menurut Mais tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang menitahkannya menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Dalam kenyataannya, Teo pula menjelaskan kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," katanya.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beberapa pemimpin PKR dan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. -TMI

Tiada ulasan: