Ahad, 29 Ogos 2010

UTUSAN & PENGARAH JAIS belum mandi Hadas Besaq rupa-rupanya...

Kesucian masjid terus dinodai


WILLIAM Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid at-Taqwa, Selayang Baru, Selangor, Khamis lalu. - gambar blog


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Tindakan itu terbongkar cuma selang sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching 'bertazkirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Lebih malang, menurut sebuah laman blog, http://www.selangordaily.com, pihak yang bersekongkol bagi membenarkan Jee Keen memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Dakwa blog itu, sama seperti kes membabitkan Nie Ching, Jee Keen juga menggunakan 'modal' yang sama iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

"Mereka mengetepi semua arahan MAIS demi cita-cita politik. Kejadian serupa pernah berlaku di Klang tahun lalu tetapi mereka ini tidak mengambil pengajaran sebaliknya, seolah mencabar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam di Selangor," kata blog tersebut.

Dalam pada itu, majlis sumbangan yang disampaikan oleh Jee Keen disiarkan oleh sebuah akhbar, semalam.

Akhbar tersebut melaporkan majlis berkenaan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Undang Negeri (DUN), Taman Templer dengan diketuai pengerusinya, Mohd. Kassim Packiry.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

HAH HAH HAH.............
ingatkan hari semuanya sudah mandi HADAS besaq..
Rupanya belom lagi...
Itu pasai tak boleh masuk dalam masjid tuuu....
Layannnnnnnnnnn.....


PERKASAM nak ganti DUIT utk Majlis Buka POSAyg MCA taja....

Buka puasa tanda mohon maaf


MOHD. HASBI (kanan) bersalaman dengan tiga daripada empat remaja yang didakwa menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban kelmarin.


SEREMBAN – Bagi meredakan insiden empat remaja menyimbah cat dan membaling botol arak di surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini Isnin lalu, satu majlis berbuka puasa diadakan di surau itu malam kelmarin.

Majlis anjuran bersama antara MCA Negeri Sembilan, jawatankuasa surau dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan itu turut bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr. Yeow Chiam Thiam; Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Abdul Halim Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa surau itu, Mohd. Hasbi Ismail.

HEH HEH HEH....

Nie mana boleh makan buka POSA yg MCA bagi nie....

Tak jaga sesnsivity umat ISLAM langsung....

Mana PERKASAM tak nak ganti kaa duit yg MCA bagi utk jamu org surau nie

Eishhh Eishhh Eishhhh..............

Buat apa pon tak kena sejak dua menjak nie.....

"BIG MAMA" pon pandai bagi 'TAZKIRAH'...

oleh anakKedah



Mana Puak2 UTUSAN dan JAIS yg dok meyalak tuuu....
Mana anak Pak Ngah Baharom yg dok berbunyi tuuu...
Mana bekas PM yg dok suruh jaga sensiviti tuuu...
Nie gambaq kat ATAS nie hangpa tak mau kata apa kaa.... takan takut kat Big Mama kot.. dengan cina tu bukan main hangpa kata... Tak tutup kepala laa... tak mandi hadas laa... tak sunat laa... nie yg berlonggok depan Big Mama nie takan tak berani buka mulut kot...

Itu laaa orang dah kata dah nak kata pandang-pandang.. suluh dulu dalam diri kita tu ada tak sekelumit perasaan berkepentingan... jika cakap agama atas kepentingan maka jadi macam nie lahh.. habis semua akan kena londehnya.... nasib hang paa laa...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ini lagi teruk bukannya buat Tazkirah tapi siap sembahyang lagi..eishh eishh eishh...

oleh AnakKedah

Bila aku baca blog sahabat kita nie teringat aku berkenaan isu yg UMNO dok Bising2kan dimana orang bukan islam tak bolek masuk ke dalam masjid....

cuba bayangkan jika hukum yang mereka berikan itu bagaimanakah pula dengan perkara yang dilakukan oleh pak guard nie... kira beliau lagi bersalah dimana bukan saja bagi masuk dalam masjid tapi ajaq puak-puak kapiaq tu cara bersembahyang...

nie kira depa tu menghina akan sembahyang kita dimana ayaq sembahyang tak ambik.. tak mandi wajib... tak tutup aurat... eishhhh banyak dosa ooooo....
CUBA SEMBAHYANG

Pengawal keselamatan di Masjid Negeri Sabah membawa sekumpulan pelancong dari luar negara ke dewan solat masjid. Tidak sekadar menunjukkan keindahan masjid, tetapi mengajak mereka mencuba pergerakan solat.

Saya ketika itu tengah bertadarrus dengan seorang rakan, tersenyum melihat gelagat pengawal itu sendiri berbahasa dengan bahasa isyarat dengan pelancong dari Asia Timur. Memang tidak sempurna 'ajaran' sekuriti itu, tapi barangkali satu pendedahan berguna buat mereka untuk mengenal Islam lebih jauh selepas ini.

Foto kurang jelas, dirakam dengan kamera telefon sahaja.

Jumaat, 27 Ogos 2010

UMNO@UTUSAN Buka Isu Baru - DAP bagi 'TAZKIRAH' di SURAU..


UMNO@UTUSAN Buka Isu Baru - DAP bagi 'TAZKIRAH' di SURAU..

oleh AnakKedah



Bila hangpa tengok keratan surat habaq UTUSAN hari nie apa hangpa dapat tangkap dengan apa yg ada di muka depan dia... Kisah PeterPORN buka puasa dengan awek dia kaa atau kisah cerai Aida dan Joe Radzwill ka atau gambaq awek dok pegang microphone di tengah tu dengan tajuk TAZKIRAH di surau....

Awat semurah itu sangat nilai martabat UTUSAN bermahzab kan UMNO nie... dan kita tengok betapa keindahan ILMU AGAMA ALLAH swt sedang mengajaq UTUSAN & UMNO akan ilmu agamanya.... Itu laa orang kata kalau tak tahu ilmu agama jangan dok bercakap banyak bab agama... pergi cari tok-tok guru untuk mendalaminya....tetapi masalahnya ilmu tak ada nak bercakap mengalahkan tok-tok guru laa pulak....

Sebelum ini ALLAH swt telah mentazkirah kan otak-otak bermazhab kan UMNO nie berkenaan "Berdoa untuk bukan Islam Boleh ka Tak Boleh"... Bila dah bising-bising sana sini... dan para alim ulamak berbunyi.. maka terkedulah lidah manusia-manusia yang menyalaknya tuuu... bila tak dapat nak menjawab dah maka dicari benda baru pulak untuk menyalak...

Maka diambil gambaq ini dan bubuh tajuk 'TAZKIRAH'... memang laa bila dibaca sepintas lalu kepada golongan yg faham tak ada masalah.. tetapi bila kepada golongan yg ekstream bila ada sahaja ayat DAP & TAZKIRAH tentu akan timbul pulak satu persepsi yg DAP bagi tazkirah dan ustaz pulak dok dengaq maka lain pulak akan difikirkannya...

Walaupun sebelum ini kita telah pun membahaskan akan boleh atau tidak orang bukan islam nie masuk ke dalam Masjid @ Surau disebabkan isu di SHAH ALAM 5 Nov. - di mana Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu. Hari ini timbul lagi isu ini dan sudah tentu akan ada lagi pihak yang akan menggembar gemburkannya....dan akan adalah lagi MANUSIA akan berbahas akan.....
Artikal di UTUSAN

Ahli Parlimen Serdang langgar titah Sultan Selangor?

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral, Azemi Ahmad mengesahkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.

Bagaimanapun, Azemi berkata, isu itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana tiada apa yang boleh dipolitikkan.

"Saya berharap pihak media tidak memperbesarkan isu Nie Ching masuk ke surau kerana bimbang akan timbul fitnah.

"Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya mahu semua pihak berfikir secara waras dan rasional sebelum membuat kesimpulan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya membaca sendiri laman web www.wretch.cc/blog/teonieching Ahli Parlimen Serdang tersebut untuk mendapatkan penjelasan sebenar... [lagi disini]

PENJELASAN USTAZ ZAHARUDDIN BERKENAAN ISU ORANG BUKAN ISLAM MASUK DALAM MASJID..

Soalan

Ustaz, di ketika ini agak heboh perbincangan berkenaan boleh atau tidak orang bukan Islam masuk masjid dan meberi ucapan. Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hal ini, adakah perbincangan ulama di dalam hal ini atau memang tidak dibenarkan? Setahu saya, mazhab Syafie membenarkan jadi adakah pandangan yang melarang ini adalah pandangan pengikut Wahabi?.

Jawapan

Saya yakin, isu ini timbul akibat dari berita seperti ini.

Sebelum menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara penyoal, saya ingin terlebih dahulu menjelaskan, paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam di dalam hal ini.

Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.

Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.

Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram

Saya akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara padat dan mampu difahami, InshaAllah.

Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ

Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

MASUK MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, 'kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

Isnin, 23 Ogos 2010

Inilah Politik Wajah Malaysia - Sokong KAMI.. Anda Bebas dari Undang-Undang Negara..


kalau kena kat PEMBANGKANG... on the spot di Siasatnya siap tubuh pasukan Khas...

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/THGw5NJUIVI/AAAAAAAAD4k/PfO5P6WybRg/s1600/2010-08-23_071940.jpg

Tapi kalau kena kat depa..sampai sekarang apa pun tak ada habaq berita....

http://3.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/R-jFK6qJPLI/AAAAAAAAAwo/WN3S1JlnD-s/s320/natang.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_hwdf_UC61JI/SZIa1AN_vbI/AAAAAAAAA1U/nQHUBEcBLws/s400/natang.2.jpg

- Kawan bukan mempertikaikan unit yang ditubuhkan oleh POLIS tuu...kawan sokong lagi sebab ini benda hina Raja dan Yang Di Pertuan Agung jadi carilah sampai kelubang cacing manusia yang buat kesalahan nie dan hukumlah mereka....

masalah sekarang yang musykil dijiwa kawan kenapa ada double standard atas nak buat penyiasatan...kenapa yg kat atas tu sebegitu pantas tetapi yang dibawah tu macam siput babi ja siasatannya.... adakah yg diatas tu tidak sealiran politik dengan pemerintah dan yg dibawah tu geng pemerintah...atau adakah yg kat atas tu mereka adalah pendatang haram kat bumi malaysia nie dan yg bawah rakyat Malaysia yang sebenarnya...

hallo kawan rakyat Malaysia ada mata ada akai..kalau macam nie laa punya kelaku hangpa buat inilah yg menyebabkan orang bertambah meluat dan benci dengan hangpa... jadi nasihat kawan hentikanlah buat kerja demi politikal millage nie... lanie siapa salah tangkap dan humban je kedalam penjara tak kira hang tu sapa...PAS ka UMNO ka MIC ka etc.... janji salah tetap salah....

Tulisan Mamat Otak Sengal Berkenaan Tazkirah Solat Terawikh

Oleh AnakKedah

Assalamualaikum bro... Lu kalau tak nak dengaq Tazkirah Lu boleh belah... tak payah dok buat penulisan nak tunjuk Lu nie bodoh tahap cipan... nampak sangat kwsn Lu ada satu shj tempat solat... Pada pengatuan Gua bumi Malaysia nie banyak tempat beribadat ada Surau ada Masjid ada Tempat Persendirian spt Markaz, Balai Raya, Dewan dan sebagainya...

dan yg gua tahu jarak antara Masjid pun skrg bukannya jauh mana pun..ini semua atas kepadatan penduduk ISLAM di bumi Malaysia nie...Jadi yg Lu buat sengal otak tu apahal... dah Lu tak nak dengaq Tazkirah dan mereka buat 8 rakaat sahaja Lu angkat kaki laa pergi cari tempat-tempat lain yang berdekatan.. bukannya teruk pun.. itu pun mau bising kaa.. saja nak tulis bagi masuk surat habaq lepas tu Lu ingat orang tengok Lu hebat...

Hebat taik kucing...

Tazkirah solat tarawih

TERDAPAT masjid dan surau mengadakan solat tarawih lapan rakaat iaitu dengan cara menghentikan sekejap solat tarawih selepas empat rakaat untuk memberi laluan kepada program tazkirah.

Selepas selesai tazkirah, sambung balik empat rakaat lagi. Maka jemaah hanya dapat menunaikan lapan rakaat sahaja daripada 20 rakaat.

Tidak cukupkah 11 bulan untuk program tazkirah? Ramai umat Islam sebenarnya ingin mengerjakan 20 rakaat secara berjemaah tetapi tidak kesampaian.

Saya minta jawatankuasa masjid dan surau tidak mengadakan tazkirah semasa tarawih dan berilah peluang kepada jemaah untuk menunaikan 20 rakaat. Buatlah tazkirah selepas Aidilfitri.

ZAID

Kuala Lumpur

Jumaat, 20 Ogos 2010

Pesanan untuk Pakatan Rakyat..


MAYDAY MAYDAY MAYDAY
pesanan untuk pakatan rakyat..
buat kerja keras dari sekarang
UMNO/BN tengah nazak nuuu..
jangan last minit baru nak buat semua
mau jadi macam nie HARU-BIRU nak habaq bagi...

RAJA SESUMPAH nak bersumpah lagik....

Tolong.. Tolong.. RAJA SESUMPAH nak bersumpah lagik....duk dalam Barisan Alternatif dulu pun bersumpah... pie duduk dalam BN pun bersumpah... dulu bersumpah depan RAKYAT JELATA habis satu Malaysia di Kencingnya.. kini depan HAKIM pulak nak pergi sumpahnya... sumpah sungguh ko nie... cuma ini ja kot aku boleh kata....

http://listverse.files.wordpress.com/2008/08/tongue-split-tm.jpg

Ezam pertahan dakwaan

SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor bertegas mempertahankan dakwaannya membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah berhubung salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ezam berkata, beliau tidak akan berganjak dari mempertahankan setiap perkataannya membabitkan Anwar dan Wan Azizah sama ada ketika berceramah, melalui laman blog mahupun Twitter.

"Saya serahkan kepada Jawi sebagai pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut sesuai dengan peruntukan undang-undang syariah.

"Saya akan beri sepenuh kerjasama pada Jawi termasuk kesediaan bersumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah,"
katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Ezam berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Md Akin yang membuat laporan terhadapnya ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Laporan itu dibuat Shamsul ekoran tulisan di laman :Twitter: Ezam yang dikatakan membuat tuduhan palsu atau qazaf terhadap Anwar.

Kerja Siapa....Cakap dulu bukti kemudian...janji PERPEPSI nampak Huduh...

oleh AnakKedah007

ini rentetan dari dua tiga benda berlaku kat Malaysia skrg nie.. aku tengok telatah UMNO makin hari makin meggedik sebab sepanjang masa mereka akan cuba menembak berbagai isu untuk dijadikan modal akhbar2 tempatan... contoh terdekat isu nama Guan Eng dalam khutbah... aku terang2 tuduh depa punya kelaku sebab aku letakkan pada yg menuduh... jika kamu dah menuduh orang dengan berbagai perkara..jadi silakan keluarkan bukti... jangan main tembak kosong lepas tu heboh satu kampung agar berita tersebut jadi sensasi dan perpeksi orang baca akan jadi kan org yg dituduh itu bersalah..padahal bukti atau kebenaran belum ditemui lagi...

Jadi sekarang benda ini dah jadi macam berjanji sahaja dimana sebelum ini isu besar Liwat DS Anwar pun macam nie jugak... main tuduh jaa..liwat sana juboq sini last mintak bukti haram tak mau bagi...sampai skrg tertangguh kes nie pasal dia nak tengok bukti tak dapat... nak masuk bicara dgn tak tahu apa bukti dia mampus la mcm nie.. tu yg jadi kat kes beng hock terjun bangunan tuuu... bicara bagai nak rak last tup tup ada pulak nota tangan yg ditulis beng hock... apa kejadahnya macam nie....

dan yg terbaru sebelum isu khutbah nie si Mufti Perak pun 2x5 jaa dengan puak2 nie..suka buka cerita tak habis last kena tembak pakatan rakyat.. dah kame tahu ada Pelembagaan Baru... pegi ja report kat POLIS suruh depa siasat siapa punya angkara... thah pun jika itu Perlembagaan baru ianya bukan boleh dibuat camtu jaa... nak kena lalui pembentangan di PARLIMEN kemuadian nak kena AGUNG setuju baru boleh buat semua tuu.. tapi yg dok kecoh tak mau mau sampai nak perang tu apa halnya....

Inilah dinamakan "PERPEPSI" kata dulu biaq heboh satu Malaysia selepas tu betul atau tidak biar hangpa jawab sendiri.. Pada Pakatan Rakyat benda nie merbahaya sebab ianya merupakan salah satu senjata POLITIK untuk bagi penyokong lihat betapa buruknya sesebuah PARTI itu.... jika dijadikan satu tajuk utama akhbar mainstream maka perpepsi itu yg orang nampak seperti tajuk kat satu surat habaq dulu KARPAL HINA SULTAN PERAK... bila di masukan ke mahkamah karpal didapati tak bersalah... begitulah juga dgn apa yg berlaku skrg ini.. timbilkan ISU biar orang pandang HUDUH Pakatan Rakyat nie....dan bila orang pandah HUDUH undi akan berpihak kepada siapa..tentu ke UMNO/BN jadi sekarang apa yg berlaku nie siapa punya angkara... fikir2kanlah....

Harusani dah joint Sayful & Ezam..

Aku dok membuak nak kata macam sahabat aku nie tapi tak gamak la nak kata sampai macam dia kata tuu..kira dia lagi hebat laa.. namun hakikatnya aku pun nak kata macam tu jugak laa sebab aku heran dengan gaya orang Malaysia nie boleh dok layan cerita-cerita bangang macam nie...bukan apa ini semua cerita andaian sahaja bukti tak ada main cakap sedap mulut jaa..tapi malangnya depa nie cakap atas intitusi UMNO maka hebohlah satu taman isu nie... dulu EZAM bukan main bising sumpah sana sumpah sini kata BN tu kurap la bla bla bla... last lanie dok sumpah seranah belah BN dok paku belah sini.. nie kira gaji dua mata jaa..org tua-tua kata kalau jumpa ulaq dengan org macam nie kena katok orang mcm nie ulu...macam juga Tok Mufti nie..sedih aku tengok org AGAMA di pergunakan macam nie.. bukan cakap macam berak tak lawas jaa.. kalau betoi ada PERLEMBAGAAN tu dok cakap ciput-ciput buat apa..nie isu besaq..bawak pie report POLIS suruh polis siasat siapa punya angkara... masa skrg sesiapa pon boleh cetak benda tu..kalau nak tuduh DAP..ok tak kesah..aku plak boleh tuduh UMNO yg buat.. ala karang benda tu cetak benda tu dan pie bagi kat Tok Mufti kata DAP atau PAKATAN RAKYAT yg buat..besa laa strategi politik macam-macam orang boleh buat.. tu aku suruh pie buat report POLIS suruh POLIS siasat..tak paah dok layoq nak buat isu bagi orang sembang tak dak kesudahan...entah laa kalau mcm nie punya kelaku patut la org gelaq dia macam-macam...nasib kome lee..kome yg yg cari pasai buat apa..

HARUSSANI nih dah macam EZAM dan SAYFOOL lah...

Kalau takat cakap... Aku leh cakap!

Najib makan rasuah... aku leh cakap? tapi aku mufti ke?

Rosmah tak mandi pagi... aku leh cakap? tapi aku mufti ke?

Jamil Khir liwat sayfool... aku leh cakap? tapi aku mufti ke?

Tapi ini semua cakap-cakap... alah macam HARAMSANI dok canang! Macam EZAM dok fitnah dan macam SayFOOL dok jaja cerita...

Inilah Mesia! Kalau UMNGOK punya balaci cakap kompem dibesar2kan... tak kirelah FITNAH DUNIA atau FITNAH AKHIRAT hantam saja...

Kalau Ezam leh cakap die ada 6 kotak rahsia tapi sampai Laaaa nih tak bawak keluar watpe? Sekadar cakap je lah!

Kalau Sayfool dok canang dia kene liwat sampai lebam Jubuq tapi takde kesan tusukan nak watper? Sekadar cakap jelah..! Ye dak...

Tapi bila tang Haramsani... Dia kata dia ada terima Perlembagaan baru! Tapi sekadar cakap jugak! Tak dak bawak keluar pun!?

Hmmm sekadar cakap...! Aku nak cakap sikit kat hangpa nih... HARAMSANI n ZAMBRI Mugebe tu ada skandal... Aku ada gambar! Sape ndak!?

3SEKAWAN!! BARUA UMNO!

Dan terakhir sekali nak bagi lengkap barua 3 orang nih... aku cadang Harussani BERSUMPAH MUBAHALAH... kahkahkah Ade Beran macam 2 lagik kawan dia nih?

Betul ka MB Perlis oi..Kedah, Penang, Kelantan & Selangor steady je.. Rakyat dia hidup OK jee..!!

ada lagi pemimpin berfikiran ortodok nie.. jika dulu masa PR tak menang beberapa negeri OK la juga dok bawak dakyah tahyul nie.. tetapi bila dah menang beberapa buah negeri masih ada lagi yang dok baa cerita basi nie.. rentikanlah benda karut marut nie.. jaga Perlis tu elok-elok..nanti tak pasal-pasal terlepas kat PR pulak...

Malaysia akan huru-hara - Md. Isa

ARAU 19 Ogos - Malaysia akan huru-hara jika pakatan pembangkang ditunjangi DAP menguasai Parlimen kerana parti itu terbukti anti-Islam dan tidak menjaga hak ketuanan Melayu serta institusi Raja Berperlembagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pakatan pembangkang tidak wajar diberi sebarang mandat terutama dalam misi mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Jangan biarkan pembangkang menguasai negara terutama DAP yang secara terbuka menentang hak keistimewaan Melayu dan Islam," ujarnya.

Md. Isa berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan untuk warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan Dewan Undangan Negeri Sanglang di Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudung, Sanglang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, 1,273 orang masing-masing diberi bantuan RM100.

Menurut Menteri Besar, jika DAP memerintah Malaysia, sistem pendidikan Islam dan institusi masjid akan terpinggir kerana DAP tidak pernah mengakui bahawa Islam adalah agama rasmi di Malaysia.

"Bagi menentukan perjalanan agama Islam di negara kita berjalan lancar seperti diamalkan sejak merdeka pada 1957 dahulu, rakyat Malaysia terutama umat Islam mesti menolak pakatan pembangkang yang berteraskan DAP itu.

"Sehubungan itu, Barisan Nasional yang berteraskan UMNO mesti diberi mandat secara berterusan untuk mentadbir negara," tegasnya.

Ahad, 15 Ogos 2010

PKR KEDAH Malas buat kerja..!!!

oleh AnakKedah007

http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TGd7vJ27y5I/AAAAAAAAD2Q/q8jNJpN5Fgk/s1600/2010-08-15_133040.jpg

Sebelum tu aku nak mintak maaf laa sebab laser sikit.. bukan apa aku tengok macam tak gerak pon..itu aku nak kata nie..

Dari apa yg dibaca dari carta diatas dengan jelas dilihat yg PKR kedah nie macam tak ada semangat pon... mana dia tok wakil PKR yg hebat-hebat kat Kedah nie... takan tak buat kerja kot... kalau malas baik tak payah pegang jawatan dalam PKR Kedah...

Sedih la aku tengok.. Jawatan hangpa kalut gila nak bertanding... tapi kerja nak daftar pemilih nie tak ada sapa yg nak buat pon... takan 6 bln hangpa cuma dapat kumpoi 137 org sahaja sedangkan rakan sepakatan dengan hangpa iaitu PAS - 6583 & DAP - 1360...

Jika guna carta DAP pon kira hangpa dah terkebelakang 1000% tu belum lagi dengan PAS...

Mana dia Lim Soi Nie yg sembang deras masa isu lompat dulu dan dok kalut nak pegang jawatan ketua cabang kat kulim tu...jawatan nak kerja malas... mana dia gobala...sunyi sepi jaa tak ada program mencari daftar baru kaa... mana manikumar... dah lupa nak balik bukit selambau kaa... mana senator zamri mana johari mana ahmad kasim... hangpa lena kaa???

kalau macam nie punya kelaku baik hangpa bagi saja semua kerusi tu kat PAS & DAP.. nampak sangat pengundi baru tak ada yg sokong hangpa...

Ok laa kalau hangpa rasa nak lagi bertapak di Kedah nie baik pakat2 buat kerja bagi elok jangan dok politiking sangat... dok merak dgn jawatan yg ada jaa mai PRU 13 nanti bungkus kesemua baru ada akai....

DAP bunyi semua keluaq taring tapi mai MCA semua simpan teloq dalam kain..

halo UMNO..halo...mana lu pegi... nie kongres MCA buat nie..bukan DAP tau...ulang MCA...ada reti baca... M.. C... A... depa ada mintak ekuiti Bumiputera di kurangkan..ulang dikurangkan....mana dia report polis..mana dia demontrasi...mana..mana...dulu Tony Pua cakap mintak hapus kouta bumiputera beli rumah 500k keatas hangpa bising tak mau-mau.. habis yg nie takan nak simpan teloq dalam seluaq kot.....

Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan

Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DEB dihina lagi..Takan Mamat-mamat Keris hilang teloq kot..???

Wahai mamat keris semua hangpa lena kaa..nie adik memanda najib dok hina DEB nie..takan tengok saja...Oooo dulu masa Anwar kata DEB tak kena macam2 hangpa balun dia...tapi mai tang adik memanda semua tak berani buka mulut....awat...apa yg Anwar kata dengan si Nazir kata tak sama kaa...

mana dia hangpa nie..LENA kaaa..???

Nazir Razak kata DEB telah 'dipernyataan-haramkan'

Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan-haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation)," katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP).

"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.

Nazi

r juga berkata MBE perlu menyandarkan kepada kepelbagaian Malaysia mengikut kaedah yang menyediakan sokogan bagi syarikat Malaysia berkembang ke perigkat serantau.

"Kejayaan yang dicapai oleh CIMB, Axiata, YTL dan AirAsia juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Syarikat sedemikian telah menarik bakat rakyat Malaysia walau di mana sahaja mereka berada.

"Kita memerlukan lebih banyak syarikat Malaysia, malah pada tahap enterpris kecil dan sederhana (EKS) untuk merentasi sempadan nasional," kata Nazir, sambil menyatakan bahawa beliau berharap MBE akan mewujudkan satu kerangka bagi merangsang pertumbuhan percambahan syarikat merentasi sempadan nasional Malaysia.

Katanya nilai kepelbagaian sangat difahami di dalam dunia perniagaan.

"Kepelbagaian di dalam portfolio boleh mengurangkan risiko, kepelbagaian di dalam tenaga kerja jualan diterjemahkan kepada liputan pelanggan yang lebih baik dan kepelbagaian di dalam pemikiran meluaskan julat penyelesaian kita," katanya.

Menurutnya kepelbagaian memupuk kreativiti dan kepakaran kebudayaan yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan

Rabu, 11 Ogos 2010

TPM mendahului siasatan POLIS...

oleh AnakKedah

Alahai 1st puasa aku dah mengata kat mamat sembab nie... nie pasal isu banner ada gambaq tuanku nie.. yg pandai2 mulut pie kata PEMBANGKANG tuu pasai paa..kamu tahu mana yg pembangkang buat... polis pon masih siasat dan dok panggil saksi2 yg ko pulak main sedap mulut jaa pie kata pembangkang... ok find bab mintak maaf aku tak heran tapi bab fitnah tu yg aku nyampahnya...

biarkan pihak berkuasa siasat dahulu siapa yg punya angkara...jangan mendahului pihak berkuasa... nie main sedap mulut ja mengata orang lain yg buat..thah thah puak dia yg buat...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Ketua Pembangkang Kedah yang Sengal...

oleh AnakKedah

http://4.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TFxHjbEguoI/AAAAAAAAD0w/BjG59pgYyvw/s1600/2010-08-07_013237.jpg
Awat la sengal sangat Ketua Pembangkang Kedah nie...memang la zaman ko dulu boleh renew dan daftar kereta tu kerana Kerajaan BN yang bangang tu belum laksanakan lagi peraturan Bangang seperti sekarang ini dimana kena jelaskan dulu saman-saman ekoq nie jika tidak owner akan kena black list dengan JPJ...

Itu la org pesang kurang bercakap kalau tak reti..namun nak buka mulut jugak last orang nampak kebangangang tersebut.....