Rabu, 9 Jun 2010

Muktamar dan Blogger - Malas Nak Komen dah aihh.. Booorinnng..!!

oleh AnakKedah

Lepas orang bising baru kelam kabut nak buat kenyataan.. teringat lagi mula-mula menang dulu bukan main ada banyak jemputan kat admin-admin nie... majlis makan malam laa.. jemputan sidang akhbar laaa tetapi sekarang abok pun tak ada dah... ikut suka hangpa laa... silap langkah kami bambu... itu jee boleh bagitau.... masih dok buat bebal telinga dan tak mau belajaq dari pengalaman silam....lantak hangpa laa.....

Blogger PAS, Pakatan boleh pohon 'pas pemerhati'
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

"Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Tiada ulasan: