Isnin, 28 Jun 2010

Kompom 30% orang UMNO kaki tak bayaq hutang


oleh ANAKKEDAH

Nie aku berani kompom puak2 yg tak bayaq hutang nie adalah UMNO 100%.. pasai pa aku kata macam tu sebab bila mai nak pinjam duit TEKUN nie sesiapa yg dok jadi ahli pembangkang hangpa tok sah dok mimpi la nak buat loan nie...habih kena cantas punya... tetapi jika hangpa ahli UMNO aku berani gerenti 101% permohonan hangpa LULUS...

Jadi bila dah pakat dok hingaq tak bayaq mau bayaq loan nie kita semua pakat boleh tahu dah siapa yang tak buat bayaran lagi.. kompom UMNO punya....


30 peratus peminjam TEKUN tak bayar hutang

PEKAN: Kira-kira 30 peratus daripada 170,000 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau Tekun Nasional (TEKUN) di seluruh negara masih gagal membayar semula pinjaman yang dibuat sejak agensi terbabit ditubuhkan pada 1989.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata kebanyakan peminjam gagal membayar semula pinjaman akibat perniagaan mereka bermasalah.

"TEKUN sudah memberikan pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada kira -kira 170,000 peminjam dan daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus membuat pembayaran semula selepas kami menjalankan operasi mengutip hutang.

"Hanya tinggal 30 peratus yang masih gagal menjelaskan hutang kerana perniagaan yang mereka ceburi tidak berdaya maju selain mengalami masalah dan kerugian," katanya selepas Majlis Jamuan Petang Perdana Jasamu Dikenang dan Penyampaian Pinjaman Kepada Usahawan TEKUN, di sini kelmarin.

Pada majlis itu, sejumlah RM1.2 juta pinjaman TEKUN diserahkan kepada kira-kira 187 pemohon di daerah ini yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Rahim berkata, pihaknya bersedia melonggarkan syarat bayaran balik kepada peminjam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takkan 30% semua nya org umno,betul ka,tak logit akil tajok pun

Tanpa Nama berkata...

yaaaaaaa laaaaaaaaa
kompom orang UMNO
sebab nak mintak dia kena ada no. ahli UMNO..jadi kira org UMNO laa tuuu...