Isnin, 14 Jun 2010

kempen "JOM BACA UTUSAN & JANGAN BACA BLOG" di lancarkan selepas Muktamar PAS...

Aku malas nak tulis sebenarnya bab nie tapi memandangkan sdr. Tulang Besi dah tulis jadi aku ambik copy paste je lah kat blog aku...sempena lepas Muktamar PAS nie apa kata kita pakat buat kempen "JOM BACA UTUSAN & JANGAN BACA BLOG"

blog Tulang Besi :

Blogger Dihina, Utusan Di Mulia. Hasilnya……..


kena tukaq dah kot banner nie

Setelah Blogger dilayan seperti sampah sewaktu Muktamar, dan Utusan Malaysia ditatang seperti minyak penuh, saya telah melihat laporan-laporan Utusan Malaysia berkaitan Muktamar PAS.

Antaranya adalah:
1.0 'Tidak dapat elak bersaing sesama pakatan' - Artikel ini percubaan Utusan Meloya melaga sesama partai Pakatan Rakyat.

2.0 Pas perlu ganti nama baru - Utusan Meloya mengambil statement Zainal Kling, seorang yang bukan Melayu, yang cuba merendah-rendahkan usaha PAS merapati golongan bukan Islam.

3.0 Berubahkah dasar perjuangan Pas? - Di sini, Utusan Meloya sedang cuba untuk menyebar keraguan kononnya PAS telah lari dari landasan perjuangan dengan sikap PAS yang bekerjasama dengan DAP

4.0 PAS Perlu Jelas Pendirian - Sama seperti di atas.
Boleh dikatakan kesemua laporan Utusan Malaysia adalah fitnah atau percubaan mengelirukan rakyat berkenaan pendirian PAS.

Ertinya segala jasa baik PAS pada Utusan Malaysia telah dibalas dengan fitnah dan pembohongan dari Utusan Malaysia.

Manakala, bloggers pula telah dilayan seperti sampah oleh Ketua Penerangan dan Panitia Muktamar.

Disini kita sudah nampak mengapa kontroversi "Kerajaang Perpaduang" berlaku. Puak-puak Pro UG, yang juga menguasai pentadbiran Muktamar, adalah mereka yang tidak tahu membezakan antara kawan dan lawan.

Utusan Malaysia mereka lihat sebagai kawan walaupun telah lebih 40 tahun Utusan Malaysia memfitnah PAS. Mungkin kerana 2 tahun kebelakangan ini, apabila sesetengah kepimpinan PAS mula menunjukkan kemahuan kepada gagasan "Kerajaang Perpaduang", Utusan Malaysia telah berhenti menyerang pemimpin2 pro UG ini.

Peluang Muktamar digunakan untuk membalas dendam kepada bloggers dengan melayan Bloggers seperti sampah.

Saya rasa lepas ni, orang seperti Ustaz Idris Ahmad dan Presiden PAS, jangan haraplah nak dapat sokongan dari Bloggers atas layanan buruk terhadap bloggers. Pergilah menegemis belas kasihan akhbar UMNO untuk mendapat liputan terhadap kamu.

Saya mencadangkan supaya mereka yang bersikap buruk terhadap Bloggers diboikot atau didedahkan perangai mereka sepenenuhnya. Mereka ini hanya akan merosakkan parti dan perjuangan Islam

Kita lihat dalam Muktamat Pemuda, giat para perwakilan Pemuda menyerang Bloggers. Namun, tiada seorang pun yang menyerang akhbar-akhbar utama yang jelas memfitnah PAS sejak sekian lama. Ertinya, para perwakilan Pemuda masih belum matang dan masih belum akil baligh. Mereka tidak dapat membezakan mana musuh dan mana kawan

Ini juga menunjukkan betapa PAS akan hancur di bawah penguasaan puak2 Terengganu dan geng Kayu yang mengelilingi Presiden kerana mereka menggunakan Presiden untuk menaikkan agenda mereka.

Tulang Besi

Tiada ulasan: