Isnin, 24 Mei 2010

Siapa Yang Merana Sebenaqnya - UMNO ka Rakyat..??

he he he ada sekoq lagi mangkok hayun dok jadi langau kat Utusan Malaysia... kali nie mai tang cikgu KAFA pulak... dey mangkok so far yg aku tau Cik Gu KAFA nie ada la sedikit Kerajaan Negeri bagi sumbangan tapi aku nak kata banyak tak la aku mengaku tang nie..so far kita kena tengok balik laa..masa hangpa perintah dulu pon bukannya dapat apa pon Cik Gu KAFA nie...hangpa nie meraung ja lebih...

selekeh2 kerajaan negeri lanie depa ada la bagi jugak sekupang dua...Abihh Kerajaan Pusat dok nganga apa.. BAGI la sempurna elaun tuu nanti cik gu KAFA nie terhutang budi dgn hangpa jd depa pangkah hangpa la pulak.. tetapi yg Pusat bukan kelapaq pon nak tolong Cikgu2 KAFA nie....sebab depa didik anak bangsa faham agama kan..kalau kat sekolah cina di Hulu Selangor boleh dapat 3juta dan Sibu 18juta..takan tak boleh jugak juta-juta kat cikgu2 KAFA nie.. sembang ja hangpa nie...

bab bubar dun ko nie dah betoi2 berani kaa...Dun Kota Seputih pon dak terawang tak ketahuan hala dok suruh nak bubar DUN yg banyak tuuu...tok sah dok sembang laa buat sakit jiwa hangpa jaa MB Kedah tak kelapaq bubaq pun DUN tuuu..meroyan laa hangpa tak habih2 jawabnya....

Kedah sejahtera atau Kedah merana...

SAYA tertarik dengan tulisan oleh Lensa Kedah dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 20 Mei 2010 menyatakan tentang isu penyelewengan Kerajaan Pas Negeri Kedah ini.

Memang banyak penyelewengan yang jelas dan nyata apabila janji-janji yang dilaungkan semasa ingin menawan hati rakyat supaya menang dalam pilihan raya. Kini bila sudah ada kuasa pemerintah janji itu ibarat mengetuk tin kosong sahaja.

Parti Islam yang sepatutnya memperjuangkan nasib rakyat dan agama tidak sepatutnya menabur janji-janji munafik. Sebagai parti Islam tidak sepatutnya menipu rakyat sebegini, jelas Pas tidak layak memerintah negeri kerana tidak menjaga kepentingan rakyat tetapi hanya mengisi tabung parti sahaja.

Oleh itu kita sebagai rakyat yang cerdik pandai zaman ini perlu sedar bahawa janganlah kita tertipu dan ditipu mentah-mentah begini dengan parti yang bertopengkan nama agama tetapi menabur janji-janji kosong yang bersifat munafik.

Kita ambil contoh guru KAFA yang dijanjikan kenaikan gaji tetapi sampai sekarang tidak mendapat seperti apa yang dijanjikan Pas malah gaji bulanan pun tak pernah tetap kadang-kadang sehingga empat bulan pun tidak mendapat gaji mereka.

Bagaimana dengan nasib mereka adakah mereka tidak perlu menyara keluarga? Sedarlah wahai rakyat Kedah kepimpinan Pas yang kita terima sekarang sesuai dengan slogan Kedah Sejahtera atau Kedah Merana? Bubarkanlah DUN Kedah dan kembalikan hak rakyat.

TEROPONG ATAS PAGAR

Jitra, Kedah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isu nya kafa tapi menyeleweng ka hulu selangor buat pa.kalau bn dulu tak kasi biaq pi la.pr perentah pr janji bagi lah,usah dok salah org,pasal bubar dun...kalau dok dlm bara lebih baik bubar,umno meroyan pr dok dlm delima,tidoq pun tak leh,sembahyang pasti tak aman,

AnakkEdah berkata...

so far dah bagi tapi masih tak banyak bantuan tuuuu..... cikgu kafa tu specifik sangat so far skrg banyak tumpu ke sek agama rakyat..nak bagi hidup balik..insya'allah jika dah duit bertambah azizan tak lupa aihhhh..jika dia lupa kita peluku kepala dia....