Khamis, 13 Mei 2010

Sekolah Cina Dapat.. Takan Sekolah Agama Rakyat tak ada sikit kot..

Aku berdoa dalam hati ini yang alangkah indahnya jika sekolah sekolah agama rakyat yg di kendalikan oleh ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak di kampung dapat juga menikmati peruntukan seperti yg diberikan kepada sekolah cina ini...

RM18 juta untuk sekolah Cina di Sibu - PM

12/05/2010 9:42pm

SIBU 12 Mei - Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada sekolah-sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.

Daripada jumlah itu, sumbangan sebanyak RM10 juta adalah untuk 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK), RM5 juta untuk lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), RM2 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu dan RM1 juta untuk Sekolah Kebangsaan St. Mary Sibu.

Sumbangan itu disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis ramah mesra bersama Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan bidang pendidikan di bandar ini, selain daripada pengumuman meningkatkan status Kolej Laila Taib kepada universiti.

- Utusan

Tiada ulasan: