Sabtu, 29 Mei 2010

Dok Kata Kat Orang JEBON sana BEROK sini KETAM sana KERA sini..Tapi Mai Tang 'DIA; jadi TIKUS...

http://hestaningsih.blog.undip.ac.id/files/2009/11/tikus-cangkir.jpg
Alahai awat la lembab sangant MB Kedah nie... orang lain dah heboh dan kecoh satu Malaya sebok pasal JUDI BOLA tapi dia nie apa pon tak kata...diam seribu bahasa... takut menatang apa tak tau bila nak bercakap pasal isu semasa nie... Sentuh pie laa la sikit buat semangat kat anak-anak muda dan penyokong yang dok melaung-laungkan JUDI BOLA nie haram.... sampai hari nie sepatah pon aku tak dengaq pasal ISU nie....

Sedangkan Selangor dan Penang dah pon bersuara..siap halang lagi JUDI BOLA nie nak masuk ke negeri depa....tapi bagi negeri kita yg majority orang PAS nie yg ber MB kan Pesuruhanjaya PAS haram tak bunyi apa....apa punya MB lece sangat nie....sembang JEBON sana BEROK sini KETAM sana KERA sini..mai tang nie awat hang jadi TIKUS pulak......

Masa nie la adalah waktu yang sesuai nak cantas premis2 judi yg dok ada atas muka bumi Kedah nie....tapi apa Seruan dan arahan dari Mulut MB haram tak ada yg ada cuma satu dari SETPOL dia iaitu SANUSI.. itu pon bunyi macam taik jeee... suruh AHLI MAJLIS yang laksanakan perintah berdasarkan Sekysen 101 Akta Kerajaan Tempatan.

Memang betoi la depa nie yg ada kuasa tapi rasa macam tak ada ''kick" dia laaa kalau bukan mai dari SUARA ATASAN...dimana yang sepatutnya Pemimpin terbesar yang kena bersuara..baru benda nie akan turun kebawah... baru laa puak2 Ahli Majlis nie semangat sikit nak usul benda nie... nie tak balik ke mesyuarat nanti puak2 bebal pulak kata "MB tak kalut mana hangpa plak lebih sudu dari kuah.." tak ke haru.....

Kalau isu nie jadi lesu dan layu jaa dek MB yang membisu pesanan aku kat Pemuda PAS yang dok DEMO semalam baik balik tidoq laaa lagi baguih... dok menyalak Kuman di Seberang Sedangkan Gajah Depan Mata Langsung tak nampak....

Seandainya MB kita buat arahan macam Penang & Selangor tuu... baru la rasa semangat sikit nak pie KL 3hb Jun nanti.. baru la negeri lain dak jelir lidah kat kita....

Tiada ulasan: