Jumaat, 30 April 2010

PIMPINAN semua harus sedaq..jangan syok sendiri last negeri tergadai semula kat umno....

benda nie la aku naksuruh hangpa buat..kalau nak menang semula hati rakyat yg pangkah hangpa semasa PRU12 dulu....puak2 nie dah unduq 2,3 tapak tak mau sokong kita...jadi harus diingat dimana kita..jangan syok sendiri last negeri tergadai semula kat umno....

Kempen di alaf baru, di mana kelemahan kita ?

15 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

Pakatan Rakyat boleh dikatakan sentiasa menjuarai setiap program ceramah mereka. Tidak pernah Bn terutamanya Umno yang dapat mengatasi sambutan dan kehadiran orang ramai di dalam ceramah anjuran PR. Paling terkini, di Hulu Selangor baru-baru ini program ceramah dari PR jauh lebih hebat dari Bn walaupun PM sendiri yang turun bersama mantan PM. Dalam bab ini, kita sentiasa menang.

Namun demikian, apakah kita masih merasakan program ceramah adalah faktor utama akan memberi kemenangan akhirnya? Jika di era 70 an dan 80 an mungkin ada benarnya, tetapi di zaman sekarang mungkin kita boleh kaji semula. Jika dilihat berdasarkan pengalaman, kehadiran orang ramai di dalam ceramah PR terutamanya sewaktu kempen pilihanraya kebanyakannya adalah datangnya dari luar kawasan mengundi. Oleh yang demikian, kesannya tidak begitu memberangsangkan untuk menarik pengundi-pengundi menyokong kita.

Tidakkah kita boleh berfikir kaedah lain yang lebih berkesan? Kempen dari rumah ke rumah yang WAJIB diketuai oleh pemimpin besar sekurang-kurangnya MP atau Adun dari PR perlu turun bersama sepanjang tempoh berkempen. Setiap kumpulan mesti diketuai oleh pemimpin besar ini agar setiap kempen atau hujah boleh diberikan dengan betul dan tepat. Ada kemungkinan sebelum ini terdapat jentera kempen yang hanya diwakili oleh pimpinan bawahan tidak mampu untuk menerangkan isu-isu besar atau melawan hujah-hujah yang mungkin dikemukakan oleh pengundi. Pemimpin-pemimpin besar di dalam PR tidak lagi boleh hadir berkempen di bawah-bawah khemah untuk memberikan ceramah sahaja. Mereka perlu turun setiap hari menemui pengundi-pengundi yang dikenalpasti pendokong tegar Umno/Bn.

PR juga mesti aktif di dalam mengadakan aktiviti masyarakat. Aktiviti seperti bersukan, perkhelahan, hiburan yang tidak melalaikan dan banyak lagi aktiviti yang boleh mendekatkan kita kepada golongan yang tertutup minda ini. Kebanyakan mereka jahil untuk menilai perjuangan kita kerana mereka sering disajikan dengan laporan dari media haprak seperti TV3 suku dan Utusan Meloya itu. Pendekatan berjanji sewaktu pilihanraya juga tidak releven untuk kita sebagai pejuang rakyat. Kita tidak perlu berjanji seperti yang puak-puak mereka itu lakukan. PR mesti lakukan kerja tidak mengira masa. Jangan menanti rakyat yang susah mengadu pada kita, sebaliknya kita mesti mencari di segenap pelusuk kawasan rakyat yang memerlukan bantuan kita.

Aktiviti memakmurkan tempat ibadat juga amat penting. Bukan bertujuan untuk berpolitik secara kepartian di dalam masjid tetapi kita mesti tunjukkan betapa kita tidak pernah memisahkan agama dan politik. Bagi negeri-negeri yang kita kuasai, peranan pimpinan negeri penting untuk tidak terlalu mengawal atau mengetatkan peraturan sehinggakan pimpinan kita sendiri tidak boleh bercakap di dalam masjid hanya kerana tiada tauliah. Berapa orangkah selama ini dari pimpinan kita yang mengajar ajaran sesat di dalam masjid? Pelik dan ajaib, di dalam Negeri Selangor yang kita perintah, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh bercakap di dalam masjid. Hairan dan pelik, YB Khalid Samad pun dipersoalkan apabila memberi khutbah atau berucap di dalam masjid? Bijakkah kita berbuat demikian? Yang pentingnya, adakah mereka itu ingin menyesatkan umat? Cuba kita lihat Imam atau Khatib di negeri-negeri yang mereka kuasai, kita naik jemu dan bosan dengan cerita 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, dan banyak lagi tajuk-tajuk khutbah mereka. Tiada kena mengena dengan politikkah itu?

Mudah-mudahan kita lebih sedar bahawa kita bukan lagi parti di zaman 70 dan 80 an lagi. Kita berada di alaf baru yang memerlukan pendekatan baru. Jika kita masih lagi bergantung kepada cara lama, tidak hairan satu masa nanti kita akan ketandusan penyokong sedikit demi sedikit. Kita mesti berbeza sekarang kerana kita telah memegang beberapa negeri. Jika mahu mentadbir secara `lurus' pun biarlah bertempat. /wfauzdin.blogspot.com

Hangpa jangan jadi bacul walaupon MB diugut bunuh takan nak tengok saja....

Mana Pemuda Pakatan Rakyat, mana pemimpin Pakatan Rakyat, mana pentadbir sebuah negeri... Menteri Besar sebuah negeri diugut bunuh takan kita semua nak tengok sahaja... sila buat laporan polis seberapa segera..jangan kita jadi bacul seorang ketua sebuah negeri yg berdaulat telah di ugut bunuh tetapi kita yg mengaku menyokong beliau sekadar tengok sahaja...jangan bacul semua....ayuh gerakan 1Malaysia laporan polis dilakukan untuk mengajaq manusia yang bacul mulutnya seperti ini...

Lupakah anda dengan apa yg berlaku dgn Aduka teruna..memang beliau terlajak perahu tetapi dengan apa yg berlaku telah mengakibatkan beliau ditahan dan dibicarakan... dan pada mamat ini macam inilah jugak kita nak ajaqnya supaya jaga mulut bila berkata-kata...

jadi pada semua pimpinan sila ambik serius ugutan ini..walaupon beliau dalam separa sedar bertutur sebegitu tetapi kita harus bagi peringatan kepada golongan2 yg spt ini.. jadi hangpa nganga lagi..pie buat repot POLIS ramai2..kita tengok POLIS nak buat apa dengan laporan2 tersebut....kalau aduka teruna depa boleh kalut bising hari2 dalam TV..nie ugut MB yg memerintah sebuah negeri..takan tengok saja kot....


Apa Tindakan Kerajaan Malaysia Apabila Seorang MB diugut bunuh..???


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi"

"Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu"….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Rabu, 28 April 2010

Analisa Hulu Selangor : Pengundi tak sokong PR.. Awek lari ikut bangla...

Analisis aku mudah saja pasai pa kalah..

Dalam pertandingan ini ada kalah ada menang..kalau dua-dua menang ini bukan nama pertandingan...jadi lanie pasai pa kita kalah tajuk tu yg kita nak kupas...punca sebenaqnya kita kalah ialah kita tak dapat kelebihan 1 undi untuk menunjukkan kata kita akan menang....

sekarang cuba pikiaq balik pasai pa masih ada separuh lagi jumlah pengundi yg sokong kpd pihak lawan kita..puncanya satu jaa..kita tak buat kerja bagi separuh tu sokong kita..pasai pa kita tak dapat undi depa..sudah tentu ada tak kena dalam gerak kerja kita dan cara kita urus takbir pemerintahan kita depa masih tak jatuh cinta itu pasai masih separuh dok sokong depa..

jadi lanie perbetoi jentera kita bagi informasi dan gerak khidmat kerja sampai depa jatuh cinta kpd kita..tak payah dok sembang hantu ka ubah nama ka salah guna kuasa ka..lanie undi tu dok kat pengundi kalau buat apa pon sumbat apa pon bagi apa pon tapi hati depa nak pangkah kita dan kita dapat separuh dari 50% tadi itu kira kita dah tindih dah kesemua anasir2 yg lawan kita buat tadi...jadi kita dapat undi 75% maka menang la kita spt mana lawan kita dok konker negara nie suatu ketika dahulu dimana ada yg calon2 kita sampai hilanh deposit kalau lawan...

jadi apa kita buat 2 tahun nie masih kurang dan banyak lagi orang tak jatuh cinta dgn kita..maka perbanyakan lah lagi gerak kerja..nie macam nak ngorat awek laa depa dah bagi hint dah kata suka kita tapi kita plak dok merak syok kata awek tu dah nak menikah dgn kita last awek lari ikut bangla maka melopong semua PRU13 nanti...

Isnin, 26 April 2010

Pesanan Kepada BN..!!

oleh AnakKedah007


Alhamdulillah kalah..baru ada akai...

ANALISIS PRK HULU SEL..


KAHAKHAKHAH....TAK PAYAH CAKAP BYK..
AKU MALAS NAK ULAS PERKEMBANGAN PRU
DI HULU SELANGOR DR MULA LG...

SEBAB INI KWSN AKU...AKU BEKERJA
DENGAN PENDUDUK DI HULU SEL...
DARI BKT TAGAR PUSING SEHINGGA
KG SERIGALA MELALUI FELDA SG.TENGI,
FELDA SUHARTO,GEDANGSA,MASUK HULU BERNAM
TURUN KE KUALA KUBU SEHINGGALAH
SUNGAI CHOH MELALUI SERENDAH...
NI SEMUA KWS AKU DUK ULANG-ALIK BEKERJA..

INI SEMUA KAWASAN UMNO...
KEKALAHAN NI MEMANG DIJANGKA..KAHKAHKAH

BILIK GERAKAN PKR UTAMA DI PEKAN KUALA KUBU BHARU
ITU PUN AKU TAU SIAPA YANG PUNYA...
ITU BANGGUNAN HAJI AZIZ YANG PUNYA...(ATAS AGRO BANK)
HAJI AZIZ MEMANG SEMPOI DGN KERETA 4X4 MERAH DIA...

MAI KITA TGK APA PUNCA KALAH :

1)KAWASAN NI SEMEMANGNYA KAWASAN UMNO...
RATA-RATA PENDUDUK DISINI MEMANG MEMILIH UMNO...
JADI SUSAH SIKIT PR NAK TEMBUS..

2)DIMAKLUMKAN SENDIRI OLEH PENDUDUK (THN LEPAS 2009)
BAHAWA KEBANYAKKAN KETUA KAMPUNG LANTIKKAN
KERAJAAN NEGERI (PKR)..TIDAK BERADA
DI KAMPUNG MEREKA SENDIRI...
(TAK PERCAYA SILA KE GERSIK TGH)

3)DI MAKLUMKAN JUGA KPD AKU...
RATA-RATA KETUA KAMPUNG TERDIRI DARI
ORANG MUDA... DIMANA MAJORITI PENDUDUK
DI KAWASAN HULU SEL INI IALAH WARGA EMAS..
JADI MEREKA MAKLUMKAN SUSAH UTK BERJUMPA
KETUA KAMPUNG MUDA-MUDI INI...
MENYEBABKAN MEREKA MERUJUK DGN BEKAS
KETUA KAMPUNG BN YG LEBIH MESRA PELANGAN...KEHKEHKEH
(TAK CAYA TANYA MAKCIK2 KAT SG.MASIN, BTG KALI)
(BOLEH JUGA REFER PENDUDUK DI ULU RENING)

4)KAMPUNG ORG ASLI...KAHKAHKAH...
BN MEMANG MENJAGA MEREKA INI SBLM PILIHANRAYA...
BN MUDAH DI DAMPINGI..AKU SDR BEKERJA DGN
MEREKA(BN)KAT KWSN NI SEBAB MEMUDAHKAN KERJA AKU JUGA...
TP YG BAGUSNYA PEMIMPIN BN DISINI MEREKA
MEMANG BUAT KERJA BERSUNGGUH2...
SURAU YANG TGH BUAT DI KOA ULU SONGKOK PUN HASIL USAHA BN..
(TAK PERCAYA SILA RUJUK BATIN JOHARI DI KOA BKT BERUNTUNG)
(TOK BATIN DI SERENDAH JGN RUJUK...
DIA TAK TAU BERBUDI BAHASA DGN ORG ISLAM)

5)KAT BATANG KALI PULAK...
KORG PERGI TANYA YB MAT ISA..KEDAI MKN
DIA MEMANG SEMPOI 3 ORG MKN RM12JE...KAHKAHKAH
BG YG MISKIN...MAKAN BOLEH TERUS BALIK...
(TAK CAYE SILA KE GERAI YB ISA DI BTG KALI)
-INI NAK MENUNJUKKAN BAGAIMANA UMNO MENDAMPINGI RAKYAT..

6)GUA TAK PUAS HATI BETUL DGN MAMAT PKR YANG JAGA
PINTU MASUK KETIKA GRAND FINAL DI STADIUM KKB SEMLAM...

NAK TUNJUK SAMSENG...KITAORG PENAT2..TEMAN USTAD S*****L
NAK PERGI JEMPUT ANWAR IBRAHIM YG
DIKATAKAN SESAT(BOLEH RUJUK YB SUHAIMI)....

MAMAT2 NI PULAK NAK TUNJUK SAMSENG DGN KITAORG..
MENTANG2 LA KITAORG BUKAN URUSETIA...TAPI KAMI
TETAP PENYOKONG PKR...SUKA-SUKA DIAORG CAKAP
KITAORG BALACI UMNO...CILAKAK BETUL...!!

KALAU MCM NI PUNYA PERANGAI PKR BAWAK...HANCUR LA..
JANGAN INGAT KITAORG TAK PAKAI BAJU PKR...
KITAORG BALACI UMNO...PIIIRAHHH!!!

KESIMPULANYA...PKR BARU SETAHUN JAGUNG...
BANYAK LAGI YG NAK KENA BUAT...
KETUA KAMPUNG YG DILANTIK PERLU KERJA KUAT...
BAKAL2 CALON DI HULU SEL UTK PRU13
PERLU BERGERAK SEKARANG...

AMK PERLU TUNJUKKAN KELAKUKAN YG BAIK...
BUKAN SAMSENG SPT APA YG KITAORG
HADAPI SEMALAM...KERANA MEREKA ADALAH PEGUNDI
DI HULU SEL...DGN SIKAP ANGKUH MCM NI..
AMK SAMALAH DGN PERANGAI MAT REMPIT UMNO...

TAPI TAK SEMUA AMK MCM TU...HANYA SEBAHAGIAN JE
KEHKEHKEH(AYAT COVER)

ORAIT...MARI KITA UCAPKAN TANIAH KEPADA
APCO YANG TELAH BERJAYA MEMBERI KEMENANGAN KPD NAJIB...


Ini yg sahabat aku tulis - http://ccheckmate.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lanie ini yg aku pulak...


DAH AKU TAMBAH YG AKU PULAK...
AKU TGK PKR NIE MACAM SYOK SENDIRI JA BILA ADA PRK...
SEMUA NAK HANDLE SENDIRI...AWAT INGAT DAH SEMPURNA DAH KAA...
BILA DR HALILI LOMPAT BARU DOK KALUT NAK PANGGIL PAS COVER..
DOK PULON KAMPOI KAWASAN PEKAN, UNDI CINA & INDIA LAST MELAYU KALIH INDIA KALIH..
DOK NAK TUNJUK TERRRA DENGAN SAPA TAK TAU...

JADI AKU NAK TANYA HANGPA BUAT APA 2 TAHUN...
TAKAN TAK MASUK LANGSUNG KAWASAN MELAYU FELDA NIE...
TAU LA KWSN TU KARAT BN..TAPI TAKAN TAK ADA MELAYU YG TERBUKA HATI KOT...
ATAU HANGPA NGANGA JA 2 TAHUN TAK BUAT APA PENERANGAN KAT FELDA2 NIE...
JIKA TIDAK TAKAN DOK MAINTAIN JA UNDI TU KIRA SAMA DGN PRU12 DULU...

ENTAH LAA AKU RASA KENA BANYAK MUHASABAH DIRI LAGI...
PASAI PA KALAH TAKYAH DOK KATA UNDI HANTU, TABOQ DUIT, RASUAH DUIT..
BENDA2 NIE MEMANG SEBATI DAH DGN BN..JADI PIKIAQ KAT DIRI KITA
SALAH TANG MANA....

Jumaat, 23 April 2010

TPM akui sokongan BN makin menurun....

Cakap banyak tak mau TPM dah kompom dah depa nak kalah..tak caya kaa...cuba hangpa tengok hari nie apa statement dia yg di ambik oleh Malaysia Insider...kalau hangpa baca surat habaq kaa dan apa2 yg keluaq dari mulut menteri dan orang2 BN/UMNO nie kita kena baca secara terbalik..contoh
  • banyak keluaq = tak banyak laa tu
  • kita kuat = hakikatnya lemah laa tuu
  • minyak tak naik = kira nak naik laa tu
  • kita duit banyak = kira duit tak dak dah laa tuu
dan yang apa TPM cakap siang tadi aku rasa hangpa pon boleh baca dah macam mana..jadi kpd sahabat di Hulu Selangor teruskan kerja insya'allah kemenangan sudah didepan mata..jangan tinggalkan bukit uhud teruskan bekerja demi merialisasikan apa yg TPM kata ini....

Muhyiddin: Sokongan buat BN makin naik

HULU SELANGOR, 22 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini semakin meningkat.

"Saya dah lama di Hulu Selangor. Dapat lihat makin ramai yang sokong BN. Malam ini hadir lebih 500 orang, " katanya ketika berucap di Rumah Umno Johor di Batang Kali malam ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau yakin dalam hari-hari terakhir mengundi ini akan keluar banyak cerita tidak baik dan meminta para pengundi supaya sedar mereka berada di landasan yang betul.


Khamis, 22 April 2010

PAS Penang Selangor & Terengganu...cuba baca nie sat..


http://3.bp.blogspot.com/_jK0CG6yK9Cc/S880BY2MKaI/AAAAAAAAAS8/ygLEcZwpWXo/s1600/jADUAL+pEMILIH.jpg
ini adalah senarai pengundi baru yg daftar melalui meja-meja yang dibuka
oleh parti politik. Dari apa yg dilihat BN memang konsisten dok daftar ahli-ahli baru nie
dan yg dok pulon buat kerja tersebut pujian harus di beri pada UMNO sebab
depa yg banyak dok daftar puak baaru nie..MCA MIC & Gerakan kira ada la sikit2...

tapi bab BN aku malas nak sembang lantak depa laa itu memang kerja depa
sapa rajin kira depa tuu la yg kaut hasilnya...

Sekarang aku nak ulas bab Pakatan Rakyat dimana aku tengok DAP memang the best
dok kumpul ahli-ahli baru nie... PAS & PKR nie tengok negeri...
contoh negeri Kedah kita dimana gerak kerja mendaftar nie boleh dikatakan
memberangsangkan sebab mereka banyak belajar dari gerak kerja DAP...tapi sedih cuba tengok
PAS Penang Selangor & Terengganu...macam malas ja nak buat kaedah nie
atau mereka ada cara dan teknik lain...kita kena ingat dari sini jugak kita dapat mencongak
arah pengundi2 muda dimana kecendorongan mereka..tapi benda basic camnie pon
kita tak mampu buat..macamana kita nak tahu semua tuuu...

jadi pakat2 pikiaq laa nooo....jangan dok rasa hebat sangat pie belajaq kat DAP tuuu
bukan orang lain pon geng seangkatan jee...jika tidak tak sah dok mimpi laa...

nie cuba baca tulisah bapak Aris Awang nie berkenaan hal ini..

Isnin, 19 April 2010

Kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah baik hang balik jaga Sabah lagi baik...

oleh AnakKedah007

alahai Shafee Afdal baik kamu balik Sabah laa jaga kawasan kamu dulu dari mai dok sebok nak jaga Kedah nie... kawasan sendiri pon tak terurus mai dok sebok jaga negeri Kedah nie... alahai UMNO kedah...takan taraf nie jaa ketua lantikan hangpa.. macam mat bashah jaga Kg Pisang jaa... baik ambik mat bashah kalau macam nie.. 2X5 jaaa.....





Lokasi gambar:
SK PULAU BAIT
WDT 27 91309 SEMPORNA
Sabah, Malaysia

Kawasan Dato' Shafee Afdal

Sabah diperintah oleh BN, negeri yang kaya dengan hasil bumi ini terus dianak tirikan oleh pemerintah zalim Barisan Nasional.

Rakyat wajib menolak pemerintahan Barisan Nasional yang mengkhianati amanah rakyat, yang mereka tahu hanya manabur janji-janji manis sewaktu pilihanraya.

sumber gambar diambil dari rakan FB di http://www.facebook.com

Jumaat, 16 April 2010

Tan Wei Shu - mau punggai Teloq Busuk Jaa mamat Sekoq Nie..!!



ALAHAI NASIB BAIK RUMAH AKU JAUH DARI RUMAH MAMAT NIE..
KALAU DEKAT DAN HARI2 AKU KOMPOM AKU LEMPAQ TELOQ BUSUK...
BARU ADA AKAI.. ORANG SUKU MATI KEMPEN BAGI DIA MENANG..
MAI LAST GADUH DLM PARTI LOMPAT..PELAQ SUNGGUH...
DAH TAK SUKA ORG DALAM PARTI HANGPA GADUH MAMPOS PIE LAA..
YG HANG LOMPAT BAWAK SEKALI AMANAH RAKYAT YG PANGKAH HANG
ATAS NAMA PARTI DULU APA KEJADAHNYA...

HANG NAK LOMPAT LANTAK LAA JANJI HANG HANTAQ SURAT LETAK JAWATAN
MACAM SI 'BUKIT SELAMBAU' BUAT DULU..ITU BARU BERMARUAH.. NIE TAK..
HANG MEMANG MANUSIA ANAK HARAM JAA...ITU YG DAPAT AKU KATAKAN..

PADA AKU HANG LOMPAT SENANG SAJA..
  • TAK DAPAT JADI EXCO
  • PROJEK TAK MASUK
  • GAJI HANG DAH KURANG
  • KERETA FREE DAH TAK ADA
  • ELAUN DAH TAK ADA
  • MINYAK KERETA DAH TAK FREE LAGI
  • KEDAI URUT HANG DAH TAK ADA
LAST...SAPA DEKAT RUMAH DIA LEMPAQ TELOR BUSUK BAGI AKU SEBIJIK...

Selasa, 13 April 2010

Antara Musuh Utama dan Calon...




alahai dia nie kaa jadi calon....
banyak nak kena tangkis peluru hidup nie...
entah laa aku macam tak sedap badan jaa..
bila nama beliau nak diumumkan...

bukan aku tak walak kat pimpinan...
tapi aku rasa ada yg lagi layak daripada beliau...
beliau bukan tak sesuai jadi calon..
kita kena tengok sejarah lama..
biaq beliau buktikan dulu 'kesetiaan' beliau pada PR..
biaq dia buat dulu kerja2 parti kat bawah nie...

siapa nak meyakinkan aku untuk turun berperang nie...
ini ibarat melangkah dalam keterpaksaan jee...

disebabkan musuh utama aku bukan beliau tapi puak2 APCO nuu...
jadi letak la siapa pon rasanya yg utama akan aku utamakan...

Khamis, 8 April 2010

Ezam Dah Start Menyalak Opera Cina...

Alahai mamat sesumpah nie...awat warna dia selalu muncul di kala nak ada pilihanraya...mesti ada apa2 kot...
kalau tak takan nak nyalak tak ketahuan hala kan...jadi LU PIKIR LAA SENDIRI


"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," Ezam Mohd Nor.

Lagi berita merapu di sini.

Hari Tu Menteri Kata Sekolah Tak Boleh Berpolitik...Tapi ini apa dia..???

Khamis, 1 April 2010

Pesanan Kepada Ahli Parlimen & Adun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

kepada 2 golongan nie iaitu Ahli Parlimen & ADUN cuma ini ja aku nak pesan kat hangpa...

hangpa kena ingat hangpa pakai tittle YB [Yang Berhormat] itu adalah atas jasa kami sokong anda.. tak usah dok belagak sangat... kalau kami tak sokong jangan dok ingat hangpa boleh ada gelaran YB tuuu... jadi pesanan kami buat kerja elok-elok dan buat kerja atas nama jemaah yg memenangkan kamu...

kalau dok buat perangai pelaq... mengulaq... belagak... tak turun kawasan... masalah rakyat buat tak peduli ... dok berhajat nak lompat katak sana sini...

maka aku sebagai rakyat yang sokong dan undi bagi memenangkan anda tempohari tidak akan HALAL kan walaupon SEKUPANG hasil yang dapat dari atas nama YB tersebut... ingat benda nie.. pie buat kerja elok-elok...