Khamis, 11 Februari 2010

Macam Nie Kalu SAH si Zahrain nie meracau siang hari...

"Tidak Ada Siapa Pecat Zahrain" - Guan Eng

GEORGE TOWN: Tidak sampai 24 jam selepas ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa yang dia telah dipecat oleh ketua menteri sebagai pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP), Lim Guan Eng muncul dengan kenyataan balas menafikan kejadian itu.

Guan Eng berkata, Zahrain masih menjadi pengerusi IGP iaitu anak syarikat perbadanan negeri, PDC.

"PDC sendiri telah memaklumkan kepada saya tidak ada surat berkaitan perkara itu yang dikeluarkan sama ada oleh mereka atau IGP kepada Zahrain," kata Guan Eng dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Zahrain menyandang jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah IGP pada 9 Julai 2008 iaitu tiga bulan selepas PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

The Star dalam laporannya hari ini memetik Zahrain sebagai berkata bahawa dia telah dipecat sebagai pengerusi IGP 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan Guan Eng.

Tiada ulasan: