Ahad, 28 Februari 2010

Ketua Pemuda UMNO Kedah Tak Puas Hati Tindakan MB Negeri Sembilan...!!

Oleh AnakKedah007

kenapakah la UMNO Kedah ada ketua PEMUDA macam nie.. nie boleh dikatakan statement bingai je..macam orang tak reti nak berpolitik dan lulus tahap TADIKA UMNO jaa nie... takan bila ada rombakan KABINET kat PUTRAJAYA sana lalu kira menteri tu pon bingai laa tak boleh buat kerja bodoh tunggul... jadi patut laa selama nie seorang menteri tu pegang jawatan sampai REPUT dan BERAKAQ kaki sebab dia layak... layak apanya kalau org macam SAMY VELLU dan KAK FIDAH tuu dok bukan main lama paa jawatan menteri tuu.. Tujuan tukaq adalah nak mempelbagaikan idea.. cuba tengok cara menteri Kerja Raya dulu dan sekarang pada hemat saya sudah jauh bezanya.... itu tujuan tukaqnya....nie tak TUKAQ sikit terus hukum orang tak reti....

Kalau macam hang kata nie kira MB Negeri Sembilan pon sama la jugak macam Kedah... EXCO dia pon kira bingai laa sebab Mat Hassan nak rombak jugak EXCO dia.. Mat Hassan tu kan BN/UMNO... jadi kira hang kata nie serupa laa Kedah Dengan Negeri Sembilan.. Tak gitu..... tapi Mat Hassan kata lain pulak... eishhhh awat otak hangpa pikaiq tak selaras dgn 1Malaysia nie..

Apa laa tak reti bercakap baik diam lagi baguih org tengok hang...kusyuk dan tohmadinah... kalau bercakap macam nie la jadinya...



ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO :Kedah menyifatkan tindakan merombak barisan Exco negeri seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak secara tidak langsung menunjukkan adanya kepincangan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah. Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, rombakan yang dijangka dibuat dalam seminggu dua ini membuktikan terdapat beberapa anggota Exco sedia ada tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
Exco Kerajaan Negeri Sembilan akan dirombak

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan merombak barisan Exco Kerajaan Negeri tidak lama lagi, selaras agenda untuk menambah lonjakan pres-tasi pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun ini.

Beliau berkata, rombakan itu juga berikutan tempoh pelantikan Exco sedia ada selama dua tahun tamat Mac ini dan lantikan semula perlu dibuat selepas itu. "Kita lantik (Exco) selama dua tahun sejak Mac 2008 dan saya akan buat pelantikan semula. Saya akan susun semula portfolio untuk memperlihatkan agenda lonjakan prestasi tahun ini," katanya.

2013 Kerajaan Kedah akan jadi selop kera...

nie benda nie yg aku dok cerita suruh Pakatan Rakyat buat kat Kedah nie.. tapi nak buat camna semua dok syok dan berangan lagi dengan kuasa yg ada... deyyy hangpa perintah baguih terra mana pon tapi rakyat tak tau apa hangpa buat tak guna 2013 bungkuih beb kalau macam nie hangpa punya kelaku...system penyebaran maklumat hangpa berselerak...

aku bukan kebuluq sangat wifi free tuuu.. target utama bila dah ada wifi maka dah tentu kira celik IT di sesuatu Pusat Khidmat tu maka dari situ wujudkanlah blog..dan bila wujud blog dan ada wifi maka boleh la diupdate blog2 yg bersawang tak update tuuu... lepas tu buat la facebook ka twitter kaa... sebarkanlah aktiviti kawasan dalam facebook anak tempatan yg dok jauh dekat boleh jgk tau apa hangpa buat kat kawasan jadi tak laa sia-sia depa balik jauh undi hangpa... awat ingat yg dok pangkah hangpa tu dok kg semua kaa...

entahlaaa kalau macam nie punya kelaku hangpa tunggu laaa 2013 nanti makan kuah ja lah hangpa....

nie cuba hangpa tengok UMNO dok buat apa dengan cerita WIFI nie.....benda nie kita dah ada pon dari 1998 hingga 2008... tapi bila menang kita jadi selop kera.....

UMNO bahagian perlu portal, wi-fi

ALOR SETAR- Semua 15 bahagian UMNO Negeri Kedah diminta memiliki portal bahagian sebagai saluran menyalurkan maklumat kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam keadaan Internet menguasai kehidupan masyarakat masa kini, semua pihak termasuk parti politik seperti UMNO perlu mengaplikasi teknologi maklumat sepenuhnya dalam berurusan dan mendekati khalayak, terutama generasi muda.

Menurutnya, dengan kewujudan portal parti setiap bahagian, generasi muda berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas dan ‘mesra’ dengan pemimpin dan ahli parti.

“Ia juga memberi peluang kepada mereka mendapat maklumat yang tepat supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah yang banyak terdapat dalam blog dan portal lain,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, setakat ini, selain bahagian Alor Setar, bahagian lain yang telah mempunyai portal sendiri adalah Sik, Merbok, Jerai dan Langkawi sementara Bahagian Alor Setar adalah yang pertama di Kedah mewujudkan zon wi-fi percuma untuk kegunaan orang ramai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, pengalaman pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu, membuktikan bahawa internet begitu kuat pengaruhnya terutama kepada generasi muda.

“Oleh kerana kurang pengalaman dalam politik serta ketiadaan pelbagai maklumat, generasi muda begitu mudah terpengaruh dengan cerita dalam Internet walaupun cerita itu tidak benar dan hanya berunsur pembohongan,” katanya.

Mengenai zon wifi pula, beliau berkata, setiap bahagian boleh mewujudkan ruang di pejabat bahagian masing-masing dengan menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan wifi.

“Daripada anak muda mengunjungi kafe siber, adalah lebih baik mereka datang ke bahagian UMNO yang menyediakan perkhidmatan wi-fi dan dapat melayari Internet dengan percuma dan selesa,” katanya.

Sabtu, 27 Februari 2010

PAS Kedah @ K'jaan Kedah Lena.. Bukan Aku Kata Tapi Kawan Aku Kata..Samalaa Macam Aku Kata...

oleh AnakKedah

Alaa kira sama laa apa yg kawan aku kata nie.. dah berbuih dah aku dok kata bab nie...tapi entah apa pon tak nampak.. bukan kata WIFI.. blog & laman web yang dok ada tu pon macam hidup segan mati tak mau.... cuba tengok laman web wartakedah.com entahh laa nak kata tak segak satgie terasa laa pulak.. tapi baik aku cakap terus terang laa..huduh wekkk... dan ini plak laman web PAS KEDAH.. http://kedah.pas.org.my sama jugak... macam tak ada orang yang terra langsung bab IT kat Kedah nie... malu aku dengan SELANGOR dan PENANG.. pada aku benda nie tak gerak sebab orang yg pegang potfolio nie bukan bidang dia itu yg jadik macam nie.... bila dan website PAS KEDAH pon dah jadi kuboq mati sudah tentulah yg ada kat laman web negeri pon macam lek leh jeee...

Nie belom sembang lagi MB ada facebook kaa MB ada laman web sendiri kaa... tok sah dok sembang laa buat nyakit hati jaa... lantak laa biaq rakyat layan baca UTUSAN.. BERITA.. tengok RTM TV3 mungkin isu2 semasa yg dipaparkan tu betoi semua jadi layan situ laa.. betoi la tu tak reti perintah sampai AYAQ pon dah tak ada... kering sana kontang sini... agaknya lee...

entah laaa aku dah berbuih dah dok cakap bab nie kat blog aku nie..tapi hampeh rasanya...

Syabas UMNO, PAS Kedah dok tidoq lagi


Sebelum susah payah mendapat kerajaan, terlalu banyak idea PAS.

Pulau Pinang sudah lama adakan wi-fi dikebanyakkan tempat di negeri itu. Guan Eng dibanding dengan Azizan Razak, jauh bezanya.

Ada orang kata jika Hadi Awang di Terengganu dulu, 'seroma' Abdullah Badawi, maka Azizan Razak adalah seroma tetapi di Kedah.

Jika ada tingkat empat di Putra Jaya, ada pula tingkat dua di Wisma Darul Aman. Bezanya, budak-budak tingkat empat tu hyperactive, budak-budak tingkat dua ni 'mengeser'.

Patutlah ada yang habaq, nak jumpa Azizan pun, terketak-ketak macam nak tercabut kepala lutut.

Ni bukan zaman Hitler la..

Maka tak heranlah apabila Shahanim mahu Puteri terjaui blog dan Bashah sudah adakan wi-fi di Bahagian Alor Setar.

MB, Exco dan budak-budak tingkat dua dok ...


Terima Kasih Pakatan Rakyat-Penang dah mula dpt WiFi free!
Blogger Kedah bila nak berjumpa
Shahanim mahu Puteri menerajui blog
Sampai Bila Pimpinan PAS Nak Memusuhi Blogger?

Khamis, 25 Februari 2010

WIFI FREE - benda Kecik Tapi UMNO Buat Dulu....


nah baru ada akai... mana exco penerangan dan komunikasi...mana AJK Penerangan Parti... dok nganga jaa kaa...tak ada idea nak pikiaq nak buat apa dengan teknologi yg ada lanie...cuba hangpa tengok apa UMNO dah buat sekarang nie... benda mudah dan simple... budget tak sampai RM100 sbln... tapi nak buat camna akai letak kat lutut..last UMNO buat dulu.... tengok betapa GAH nya TAJUK terpanpang kat surat habaq.. UMNO TAWAR WIFI PERCUMA..

Tapi nak buat camna semua dah buntu tak terkeluaq akai dan idea nak buat benda mudah nie...mai aku nak bagi idea supaya terbuka sikit otak hangpa... lanie bab2 internate nie semua dah laju dah kalau masih baru nak kenai apa itu www, blog, facebook baik cepat2 la belajaq jika tak berkandaq kena maki dgn puak2 nie.... bab nak buat WIFI nie bukan susah pon setiap PKWR Parlimen dan ADUN boleh buat pon modai tak sampai seratus... apa kata wakil rakyat laboq sikit duit gaji yg beribu2 tu pie register pakage streamyx kat bawah nie ambik yg siap dgn modem lagi.....

bila dah register maka buatkan pelancaran PKWR Pakatan Rakyat sediakan INTERNATE WIFI PERCUMA... komputer bawak sendiri.. ala belambak org ada laptope @ notebook dah lanie nak nampak segak sikit pie beli la komputer pentium 3 yg harga RM299 tu 2 biji buat servis nie kat Pusat Khidmat... benda macam nie pon tak reti pikiaq kaaa...


UMNO Alor Setar tawar WiFi percuma

ALOR SETAR 24 Feb. - UMNO Bahagian Alor Setar menjadi bahagian pertama di negeri ini yang mewujudkan zon WiFi percuma untuk kegunaan orang ramai selain mempunyai portalnya sendiri.

Portal UMNO Alor Setar boleh dilayari di www.umnoalorsetar.org manakala WiFi percuma boleh digunakan sesiapa sahaja menerusi lima komputer yang disediakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di sini.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, WiFi percuma dibuka selama 24 jam manakala penggunaan komputer pula bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, pelaksanaan zon WiFi tersebut berdasarkan pengalaman sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 yang menyaksikan pengaruh Internet begitu meluas.

Sehubungan itu, kata beliau, UMNO Alor Setar tidak mahu ketinggalan dan mewujudkan zon WiFi percuma, bukan sahaja untuk kegunaan ahli malah orang ramai di sekitar kawasan berkenaan.


Ahad, 21 Februari 2010

UMNO taik hidung masin....

Assalamuallaikum dan Selamat pagi 1Malaysia...

Aku malas nak karang dah aihh aku ambik dari blog sahabat aku nie kira apa yg dia tulis tu kira luahan sama dengan aku laa... tapi aku boh satu gambaq bagi hangpa tengok..he he he

UMNO diam bila hanya terkena batang idung sendiri

Pening.. Pening.. Pening.. Tetiba pulak hot naik benda ni, sume nya bermula bila kerajaan Guan Eng dikatakan tidak akan menganjurkan perarakan Maulidur rasul, tetapi sebenarnya, UMNO yang gempak lebih.. Maklumat baca pun xlengkap abis, last-last, sebenarnya boleh ja pun.. Memang spesis UMNO suka wat gempak.

Kenapa aku pening??? Pening la, tadi aku cite kat seseorang bagi tau Asri kata Perarakan maulidur rasul tak patut diadakan.. Orang tu kata.. sah wahabi.. Adoi pening aku.. aku orang yang xla tinggi sangat ilmu agama ni, bila jadi mcm ni, naik jadi keliru gak la.

Tadi baca kat Malaysiakini, ada negeri-negeri lain jugak yang xbuat perarakan maulidur rasul sebab tak dituntut dalam islam, tak silap aku, Negeri UMNO.. Tapi xpandai lak buat bising macam ura-ura tipu yang kat penang tu??

Why UMNO? WHY??? I know!!! Sebab diam bila terkena btg idung sendiri tu memang spesis UMNO!!! kahkahkah

Sabtu, 20 Februari 2010

Perghhh Result No Ekoq Pon Dah Tak Boleh Percaya Dah Lanie..!!


hangpa penah dengaq dak kata orang yang toksah dok baca
surat habaq Utusan & Berita Harian nie semuanya menipu jaa...

kalau nak yg betoi hangpa cuma tengok result bola dan result no. ekoq...

Tapi aku rasa dah tak boleh pakai dah ayat tu sebab lanie
keputusan No Ekoq pon dah salah lapoq jugak...

tak keharu kaa kaki ekoq yg baca surat habaq semalam
kata menang tup tup mai hari nie kata salah....


KIRA LANIE SEMUA DAH TAK BOLEH PERCAYA LAA Noooo..!!


UMNO dah habis idea nak serang Penang sampai isu masuk opis pon dijadikan ceritanya..!!

Oleh AnakKedah

Laaa dah tak ada modal dah ka UMNO Penang nie... inilah dikatakan meroyan namanya bila tak ada kuasa macam-macam merapu keluaqnya... sampai dalam kelambu pon nak dijadikan ceritanya... UMNO UMNO.....

Dah tembak bab maulidur Rasul tak berjaya.. tembak bab roboh gerai tak berjaya... tembak bab pinggir melayu pon tak berjaya last dah tak tau nak sembang bab apa dah sampai isu LGE tak bagi orang masuk ruang pejabat dia pon nak dijadikan isunya...

isu apanya pon aku tak tahu... lantak dia laa nak bagi masuk atau taknya... pada aku ruang pejabat KM tu ibarat bilik mak bapak kat rumah kita laa..ada ka kita bagi anak-anak masuk bilik kita sesuka hati dia....

entah laa kekadang tu rasa kesian jugak aku dengan UMNO nie... dah jadi macam budak-budak tadika ka pulak... alahai kesian....

Ruang pejabat KM P. Pinang dilarang masuk?


REEZAL Merican Naina Merican menunjukkan salinan memo yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan larangan memasuki ruang Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar, semasa sidang media di Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS 19 Feb. - Semakin lama memerintah, belang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin terserlah.

Terbaru, para pelawat dan pegawai kerajaan dilarang memasuki ruang pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang.

Arahan itu dikatakan terkandung dalam satu pekeliling yang bertarikh 28 Januari 2010 dan dikeluarkan atas arahan Guan Eng.

Sehubungan itu, mereka yang ingin berurusan dengan pegawai atau kakitangan pejabat itu hanya dibenarkan berjumpa di ruang lobi pejabat Ketua Menteri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, larangan itu membuktikan Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bersifat kepura-puraan, hipokrit dan sentiasa bersandiwara dengan rakyat.

"Saya merasakan tindakan ini juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang bacul dan takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga menyukarkan urusan di pejabat Ketua Menteri.

"Pastinya ia tidak selari dengan slogan yang dilaungkan beliau yang menjalankan pemerintahan menurut prinsip CAT atau cekap, akauntabiliti dan telus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Note: Admin mengalukan sumber berita semasa dari negeri KEDAH...

Jumaat, 19 Februari 2010

Ada lagi Magris Sengal...



Ada lagi Magris Sengal...
hah hah hah.....

Alahai UMNO..Itupon Jangan nak belajaq Sangat Dalam Bahasa Magris..Ingatkan dah terra dah..??


itu pon jangan nak belajaq magris jugak..
ingatkan terra dah bahasa magris nie
sebab dok kalut sangat nak ajaq anak2
kampung aku suruh belajaq magris..
rupa-rupanya lebih sengal dari aku yg
belajaq sekolah atap nie.. he he he
oi bukan INTERRERING laa..
INTERFERING...hangpa reti ka nie..!!!

Rabu, 17 Februari 2010

UMNO Jelous WARDINA Jumpa PAKWE BARU...



apa lah UMNO/BN nie sampai nak jumpa orang tertentu kat Malaysia nie pon
nak kena lapor kat depa dulu...
yang mana boleh jumpa yang mana tak boleh jumpa...
pedulikanlah depa tu kak wardina...
orang gila meroyan macam tu laa....

Isnin, 15 Februari 2010

KOSMO Siar gambaq lucah.....

Inilah dinamakan surat habaq..berpada-padalah nak siarkan gambaq tu... ini bukan surat habaq porno sampai nak aib kan orang sampai terra tuuu.... tau la minah tu bersalah tapi bab salah tu biaq la dia jawab depan tok hakim dan allah swt nanti... tapi yg kita nie plak jangan la suka dan seronok sampai nak aibkan orang sampai terra tuu... apa kata kalau benda nie berlaku dengan anak pompuan kita ka adik beradik kita ka apa perasaan anda... mak bapak dia pon tak mintak anak dia nak jadi lagu tuuu...jadi berpada2 laaa nak siarkan gambaq tuuuu.....

http://img517.imageshack.us/img517/7051/20100215113532.jpg
nie gambaq dia hangpa nak tengok detail pie kat sana la tengok puas2...
:: KOSMO ::


Khas Buat Pemimpin ku Yang Khianat....

Ahad, 14 Februari 2010

PESANAN UNTUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YG MANGKOK HAYUN

http://img9.imageshack.us/img9/781/20100214112443.jpg

PASAI PERARAKKAN MAULIDUR RASUL KAT PENANG..

oleh AnakKedahoo7

patut laa puak tu bising sebab tak ada sungguh perarakkan tersebut.. ini berdasarkan satu surat yang telah tersebar sekarang nie...jadi sekarang apakata pulak kerajaan negeri berkenaan dengan pendedahan surat ini.. tunggu...satu lagi nak tanya apa hukum kalau tak perarakkan nie... haram ka halal ka harus ka... sampai hingaq macam tu sekali...jadi kepada sesiapa yg rasa bijak pandai tu cuba hurai mai sat hujah hangpa...

Sabtu, 13 Februari 2010

Sorry 'Nobisa' Saya Bangkang Kata-Kata Anda...!!

AnakKedah007 said..

maaf tak setuju sebahagian pendapat anda...

penah ingatkah lagi apa motto BN/UMNO dulu...
letak la tunggoi kayu pon..janji lambang dacing
tu ada insya'allah org akan pangkahnya....

so far inilah yg berlaku pada PRU12 tempoh ari...
asalkan calon BN/UMNO maka kita tolak dan jgn pangkah....
itu yg sebenarnya berlaku...

cth lagi Calon Bebas Ibrahim Ali..
so far jika masih bertanding pakai lambang Payung spt prk dulu 3 penjuru tempohari...
kompom PRU12 dia tewas....tapi dia pakai lambang BULAN itu yg dia boleh menang selesa...

masalah calon tu mana kita tahu hati perut dia
macam suami isteri la... masa bercinta dan baru kawin
bukan main sayang tapi bila cerai berai
habis dalam spenda di ceritanya....

jadi inilah dinamakan saringan....
dan hikmah Allah tak bagi PRU12 Pembangkang menang...
mudah2an lepas nie kita akan ada betul2 pemimpin
yang berkualiti... tak kira Bn @ PR...

KELUAR PARTI, LETAK JAWATAN?

Apabila ada Ahli Parlimen atau ADUN yang keluar parti, adalah orang yang kata, "Letak jawatan!" Adakah kenyataan ini lahir dari kejahilan mengenai sistem politik dan proses pilihanraya itu sendiri? Atau, ia disebabkan terlalu emosional kerana kecewa dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen atau ADUN itu hilang keyakinan kepada sesebuah parti politik lalu memilih untuk keluar.

Dalam pilihanraya, pengundi memilih calon (bukannya parti politik) untuk mewakili mereka. Sebab itulah seseorang boleh bertanding dalam pilihanraya tanpa parti politik; iaitu bertanding sebagai calon Bebas. Ramai calon Bebas menang pilihanraya. Tak ada sokongan parti politik pun, rakyat memilih mereka.

Jumaat, 12 Februari 2010

Belah dah Mamat sekoq nie.. Bye Bye Zahrain

Nah tak jawab apa yg aku dok tanya last belah lompat katak macam tuu jaa....
  • Projek Kompeni RM2 apa cerita..??
  • Projek kena pecat GLC apa cerita..??
  • Projek cuci padang golf apa cerita..??

Zahrain Akhirnya Keluar PKR

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Katanya beliau bertindak keluar dari PKR kerana ragu dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak menyokong BN.

Khamis, 11 Februari 2010

Macam Nie Kalu SAH si Zahrain nie meracau siang hari...

"Tidak Ada Siapa Pecat Zahrain" - Guan Eng

GEORGE TOWN: Tidak sampai 24 jam selepas ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa yang dia telah dipecat oleh ketua menteri sebagai pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP), Lim Guan Eng muncul dengan kenyataan balas menafikan kejadian itu.

Guan Eng berkata, Zahrain masih menjadi pengerusi IGP iaitu anak syarikat perbadanan negeri, PDC.

"PDC sendiri telah memaklumkan kepada saya tidak ada surat berkaitan perkara itu yang dikeluarkan sama ada oleh mereka atau IGP kepada Zahrain," kata Guan Eng dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Zahrain menyandang jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah IGP pada 9 Julai 2008 iaitu tiga bulan selepas PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

The Star dalam laporannya hari ini memetik Zahrain sebagai berkata bahawa dia telah dipecat sebagai pengerusi IGP 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan Guan Eng.

Apa Lu Melalut Nie Zahrain.. jawab dulu pasal Kompeni RM2 yang Guan Eng katakan nie..!!

Assalamualaikum... aku ada buka MstarOnline tadi lepas tu aku ada terbaca satu artikal di KedahLanie pasal penjelasan Lim Guan Eng pasai pa ada krisis dengan Si ZAHRAIN nie... ianya bermula dengan isu Kompeni RM2 nak ambik tender menyelengara padang golf kat penang... benda nie aku dengaq dalam ceramah yg telah disertakan tuuu... pada aku sekarang nie mamat nie tak yah la dok bising pasal apa dia kena pecat ke apa ka tapi jawab dulu betoi ka apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng tuuu... yang dok meraban merata tu apahal....

Pada aku patut la lu bising bagai nak berak kapoq sebab kontrak tak dapat... jadi sekarang luuu jawab dulu adakah Lim Guan Eng FITNAH lu atau TIDAK ini isu sebenaqnya....

Pasal lu kena pecat nasib laa itu dah kira adat laa sapa suruh lu nak bedal kontrak dgn guna jalan KABEL... sekarang jawab jangan tak jawab...tak payah dok kona sana kona sini....

"Guan Eng Pecat Saya Sebagai Pengerusi GLC Negeri" - Zahrain

PETALING JAYA Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa beliau telah dipecat oleh Lim Guan Eng sebagai pengerusi sebuah GLC milik kerajaan negeri kerana telah melakukan kritikan terbuka ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu.



ini video penjelasan tersebut diambil dari
:: TVceramah ::

Khamis, 4 Februari 2010

Pimpinan UMNO add fan Sexy Asian Girl kat facebook dia...

Tu dia aihhhh macam nie nak di buat pemimpin....kalau nak add fan pon berpada2 lah sikit.... nie sampai Sexy Asian Girl pon di add nya.. buat malu kaum jeee.. ko tu public figure...pemimpin UMNO lagi tuuu jangan la buat malu UMNO... kesian kesian... rakyat bukan main pulon sokong hangpa tapi...puji hangpa baik la baguih laa..last semua tu lakonan jaa...

nie aku ambik dari facebook seorang sahabat...hangpa tengok sendiri laa apa cerita...

http://www.facebook.com/photo



facebook mustafa latif pemimpin UMNO selangor..
sy x dpt buka lagi profile dia sejak dia kantoi dgn sy..

profile dia:
http://www.facebook.com/ml.mml

segala2nya bermula d sini:
http://www.facebook.com/album

Kenapakah Kisah Juboq Yang menjadi tajuk Utama Surat Habaq Pencacai..???

Oleh AnakKedah007






KISAH PUNGKOQ JADI TAJUK UTAMA SURAT HABAQ PENCACAI...

Eishhhh Pada agak aku laa kes liwat anwar nie target utama mereka just nak siarkan penglipurlara dalam mahkamah tu kat surat habaq ja kot... jika dilihat pada hari pertama apa yg diceritakan oleh saiful tu yg di highlight kan oleh surat2 habaq balaci nie...

Mungkin atas sebab-sebab inilah peguam anwar mintak kes nie di bicarakan secara tertutup.. bukan apa ini yg dikeluarkan dah dipaparkan cuma hujah dah kata-kata saiful sahaja jadi biarkanlah dia nak cakap apa pon...sedangkan apa yg di ucapkan tu belum lagi dibuktikan betul atau salah... TETAPI surat habaq dah highlightkan besaq2 dok tajuk depan umpama apa yg dikatakan itu dah berlaku...

Seandainya yang dipaparkan tu sama berat kedua belah pihak tidak mengapa tetapi cerita2 si Saiful sahaja diperbesakan..dimana cerita hujah2 peguam anwar..tak nampak pon... seperti macamana ayaq mani ada dalam juboq sampai 2 hari..tak berak ka mamat tuu...dan macamana boleh ada kata juboq dia kena paku berkali-kali tetapi 4 doktor mengesahkan tak ada tusukan benda keras pon dalam juboq dia... benda nie tak dipaparkan pon dalam surat habaq...

Target utama dilihat adalah untuk menjatuhkan maruah anwar nie serendah-rendah mertabatnya... dah lihatlah dunia betapa hinanya si anwar yang hangpa puja-puja nie...

Maka strategi ini akan berjaya untuk meyakinkan akan penyokong2 totok BN/UMNO bahawa si anwar nie lah seorang kaki liwat tak caya cuba baca surat habaq Utusan Meloya tuu...penyokong totok nie adalah yg terima bulat-bulat ja apa yg Surat Habaq & TV suapkan... Golongan2 inilah yang akan terus memberikan sokongan padu kepada BN/UMNO sebab depa percaya apa yg dibaca dan di tonton itu...

Jadi pada aku baiklah perbicaraan ini dilakukan secara tertutup semoga tak lagi keluaq cerita2 yg mengarut kat surat habaq dan TV yg dok ada bawah kawalan regim BN/UMNO nie... hangpa bicaralah sepanjang mana pon...kami nak tau siapa salah dan benaq jaa.. tak payah la dok cerita juboq hang juboq aku kat org ramai..masing2 dah ada juboq sendiri dah hangpa kelebek la puas2nya...