Ahad, 31 Januari 2010

Adakah Masih Ada HANTU MATA 1 Dalam Pentadbiran Kerajaan Tempatan..!!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sehari dua nie aku rasa macam naik melugai baca surat habaq UTUSAN bukan apa depa dok highlight kes roboh pondok atas pokok kat batu feringgi tuuu....yg aku melugainya bukan kat Bn tapi kat PR sebab yg ada kuasa depa nie tapi yg pie punggah puak bandaran....

dan yg terbaru melugai kali kedua berjangkit kat negeri aku pulak...iaitu kat pokok sena pasai roboh gerai pulak.... aduhhhh awat la hangpa nie buta mata hati sangat...awat hangpa tak ada kuasa ka nak halang semua nie berlaku..memang la semua nie salah depa... buat atas tapak bandaran tapi OTAK tak ada ka AKAI tak ada ka... TAK RETI BACA apa akan berlaku masa depan kaa awat nak tunjuk jaguh kat sapa hangpa nie....

Entah laa takan tak boleh dibawak berbincang elok-elok..guna kuasa budibicara... sebab benda2 macam nie yg akan jadi TIME BOM kat pentadbiran PAKATAN RAKYAT...

Dalam kes nie aku boleh katakan dua-dua bengong...KM Guan Eng pon bengong...MB Azizan pon bengong... sebab mudah sangat orang manipulasi pentadbiran hangpa... dengan sentimen2 macam nie la boleh buat hangpa tunggein hangpa tau dak...

Entahlaaaa sekali sekala tengok corak hangpa perintah macam 2 X 5 jaa cuma baik sikit tak pulon makan harta rakyat macam puak2 yg lepas tapi mai bab2 nak kena belit kira hangpa tak boleh nak kuasai ilmu tu lagi....

nie ada satu komen dari blog kedahlanie..jadi pakat2 pikiaq la apa yg sahabat nie katakan...

FooArt said...

aku dh kata byk pegawai kerajaan nak sabotaj kerajaan negeri. MB ngan exco buat pekak badak... tak dak tindakan.. ahli majlis buat2 rabun ngan buta, janji elaun masuk, buat kenuri... pastu dok kisah pasai longkang saja.. hat tu saja hangpa tau. rintihan peniaga warung, peniaga tepi jalan, peniaga muda yang baru mula nak kenal sepak terajang dunia rasuah dlm pbt ni hangpa x penah peduli... bila pi ngadu hangpa tegas nak tegakkan undang2 zaman BN yang zalim, yg menindas peniaga. Sudahnya, pegawai mmg betui ikut undang2.. tapi undang2 tinggalan BN yang zalim dan menekan peniaga. yang hangpa dok seronok menang tahun 08 dulu sampai la dok kenyih tak habih2.. kamon la wei.. turun bawah la, jumpa peniaga, tanya apa masalah depa... mana2 peraturan bodo x masuk akai tu ubah segera, supaya mudah org kita nak cari makan. meniaga tepi jalan bukannya untung banyak nak bagi 'sedekah' kat depa. ini tau nak kutip asei saja... pastu bangga pendapatan negeri meningkat. bangga bila dh rampas duit susu anak2 kami? bangga bila dh rampas duit nestum anak2 kami? bangga bila dh rampas duit sekolah anak2 kami? bangga bila dah musnahkan punca pendapatan kami??

Wahai PAKATAN RAKYAT..!!!

[2010-01-31_114356.jpg]

Sesiapa nak ambik buat banner kat blog hangpa dipersilakan...



Masa Meluat Pada PAKATAN RAKYAT..!!

ASSALAMUALAIKUM YB...

Kepada semua MP dan ADUN ku sayang hangpa dengaq sini..

KAMI ANGKAT HANGPA JADI TOK WAKIL KAMI BUKAN SURUH HANGPA BERGADUH SESAMA SENDIRI, MEMBOLOT HARTA UNTUK PERUT SENDIRI, LENGAI NAK MAI MELAWAT KAWASAN HANGPA SENDIRI, BUAT KERJA MEROSAKKAN PARTI SENDIRI.... ingat tuu... nampaknya hangpa pon dah 2x5 dengan yang lama..kalau macam nie punya kelaku hangpa kena ingat masa kuasa hangpa dah pendek...sekadar setahun setengah ja lagi...jangan ingat kami nak angkat hangpa semula dengan kelaku hebiaq yg hangpa dok lakukan kini....

dah la kami meluat dengan kelaku pemerintah yg dok ada lanie...jangan pulak sekali2 dengan hangpa pon kami meluat sama....

dengaq tuu....


Khamis, 21 Januari 2010

UNTUNG RM706.3 juta : TNB & Kerajaan Malaysia Memperbodoh-Bodohkan Rakyat macam Tu jee..!!

http://4.bp.blogspot.com/_NvvVLb4-s6o/SvUpSeqPY5I/AAAAAAAAAEg/RypGCKbF4RE/s320/TNB.jpg

TNB catat untung bersih RM706.3 juta

TENAGA Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih RM706.3 juta dalam suku pertama berakhir 30 November 2009, meningkat 174.8 peratus berbanding kerugian bersih RM944.1 juta dalam tempoh sama tahun kewangan lalu, berikutan peningkatan permintaan elektrik.

Assalamualaikum TNB,

Tu dia untung sampai 700juta lebih tahun lepas...itu pon dok canang nak naik lagi takrif bil elektrik..pada aku hangpa nie memang mangkok hayun laa..biz lintah darat atas rakyat Malaysia. Bukan apa kalau ada saingan bab supply tenaga nie aku tak kesah..nie hangpa semangga hangpa jaa dok pulon generate tenaga dan dok pulon jual kat rakyat Malaysia...pusing kot mana pon kira rakyat wajib beli dengan hangpa jugak...ini dinamakan biz monopoli...

Kalau macam nie punya biz..kompom dapat kembung perut punya sebab tak ada saingan..cuba hangpa biz goreng pisang..kompon seminggu tutup punya..sebab ada saingan..dan hangpa jual mahal macam hangpa dok cekik darah rakyat lanie...sudah tentu orang tak kelapaq pie beli punya....

Alahai pemerintah Malaysia hangpa nie buta mata hati ka..? tak nampak lagi ka biz gila babi nie...!! Pada aku yg seorang rakyat yg bayaq cukai nie aku cadangkan wujudkan POWER PLANT SWASTA bagi ada saingan..jika tidak dengan keuntungan RM706juta nie pastikan ianya kembali kat rakyat dengan cara mengurangkan bil-bil yg hangpa dok gila nak penaik nie....RM700 juta nie untung bersih...kalau untung bersih namanya 100% dapat masuk poket sebab dah tolak dengan cukai, kos penyelenggaraan Plant, kos songlap, kos kroni, kos bonos..bla bla bla...

Jadi jika RM700juta nie di balik kan kepada rakyat sudah tentu bil tak akan jadi mahal punya...sebab keuntungan tu dapat menampung. TETAPI malangnya tak jadi macam tuu...saban tahun rakyat dicanang yg takrif akan naik sebab kos gas..kos arang batu.. kos auta..kos bla bla bla..itu pasai kena naik takrif...itu yg hangpa selalu canangkan...

Entah laa awat tak tau PEMIMPIN yg memperbodohkan Rakyat saban hari saban tahun macam nie pon ada yg dok sokongnya..lepas tu mati-mati plak mempertahankan PEMIMPIN tuu..taksub apa dia tak tau...entah laa mungkin BODOH kot..??

Luahan Ketidak puasan,
AnakKedah007
http://AnakKedah007.blogspot.com

Rabu, 13 Januari 2010

Pesanan Untuk Ahli Majlis - jangan makan elaun 'BUTA'


Assalamualaikum...

Aku amat bersetuju dengan apa yg di sarankan oleh MB nie... bukan apa ada aku tengok macam syok sendiri ja jadi Ahli majlis... syok buat kenyataan, syok masuk surat habaq, syok orang puji...

Tapi hakikatnya ada yg setengah tu tak tau apa peranan sebagai Ahli Majlis... jadi mulai dari tarikh hangpa semua dilantik nie maka hangpa jadilah sebagai ahli majlis yg berjasa dan berilmu... belajaq elok2 tang mana nak celah sewaktu mesyuarat tu.. tang mana nak usulkan masalah rakyat.. jangan pie masuk mesyuarat just jadi pokka saja angguk setuju makan minum claim elaun masyuarat....

ingat peranan hangpa la yg akan menjadi sebahagian penentu jatuh bangunnya kerajaan negeri Kedah nie....

Isnin, 11 Januari 2010

Pasai pa Jadi Huru Hara Nie.. Cuba Pakat Pikiaq Sat...

oleh AnakKedah007

ini saya angkat dari satu komen kat blog http://politikbanjar.blogspot.com .Bukan apa rasa macam ada satu persoalan yg perlu dihuraikan jadi pakat-pakat fikirkan tengok kenapa benda huru hara nie sedang berlaku....sebab tengok macam serabut jaa.. sorang kata tak yah demontrasi..sorang kata boleh..kini kata tak boleh polis marah..pastu mai isu bom sana bom sini..lepas tu mai menteri pengajian tinggi kata pelajar boleh demontrasi plak...apa kejadahnya nie.. cakap belit2 nie... atau pakat ada agenda masing2 nak cucuh bagi huru hara... pakat2 pikiaq laa nooo....
paloibinmulau said...

wak,

teman tertarik dgn topik kristian di sabah dan sarawak. pada teman perkara ini tidak menjadi isu jika KDN memg ikhlas dlm kerja mereka. memg penggunaan nama Allah di sabah saarwak sudah amat lama. sebelum gomen ngantor teman keja di sabah 10tahun dulu teman pun tak tahu benda ni.

sbb tu pada teman masalah ini bukan pasal akidah. maaf kalau teman silap. kalau ini semua pasal akidah sudah tentu lama dulu ustaz mahathir mohamad mengharamkan penggunaan Allah ini di sabah sarawak. apa yg ustaz mahathir takut? dia tak pernah takut pada sapa2 masa ada kuasa dulu. tapi napa ustaz mahathir tak buat apa2?

kalau ini berkaitan akidah sudah pasti mufti harussani lama sudah bersuara. kalau pun mufti harussani tak tahu sbb dia tak pernah duduk di borneo, tapi dia mesti tahu org sikh kat perak pun sebut Allah dlm sembahyang mereka. dlm ktab sikh pun rasanya ada nama Allah digunakan.

pada teman org melayu di malaya yg kurang mengerti saja yg suka2 buat kecoh. majalah herald yg dah berpuluh tahun dok guna Allah ni bukan dijual utk di baca oleh budak2 melayu. kalau pun majalah ini diguna utk "mendakwah" budak2 melayu, ini satu kesalah yg jelas. pihak gereka boleh di dakwa. jadi kenapa nak takut.

kalau nak kata takut budak melayu akan terkeliru, ngape budak2 melayu boleh terkeliru? ni kita kena tanya diri kita sendiri. kalau takut budak2 melayu jadi murtad disbbkan majalah herald ni, teman cadangkan kita jumpa mufti harussani.

tanya mufti harussani berapa ribu org melayu murtad dan apa sbbnya? adakah sbb tak cukup pelajaran agama dan sentiasa dlm kekeliruan? atau sbb cinta? cuba cari berapa ramai gadis melayu yg jadi hindu semata2 sbb nak kahwin jantan kesayangan depa?

pada teman kerajaan tak pernah nak berterus terang dlm isu herald ni. ramai melayu dan islam tak tahu isu sebenar. media haprak pulak dok simbah minyak. cuma pandai jadi perosak fikiran rakyat.

gereja katolik yg publish herald pun satu juga. kenapa tak cuba terangkan pasal isu ini. seronok sangat gamaknya sbb menang di mahkamah.