Khamis, 8 Oktober 2009

Pengerusi SPR BENGONG..!!


Pasai pa aku kata macam tu... Yang hang dok sebok  suruh daftar tuu hang tak baca undang... mai aku nak habaq bagi kat hang.. aku nie rakyat besa aja tak ngaji tinggi mana pon sekadaq godek-godek internate nie ala kadar boleh laa tak la macam hang tu sampai boleh jadi pengerusi...tapi akau rasa hang nie kaki kerusi saja sebab bengong tak reti nak di ajaq...

KALAU HANG NAK TAU UNDANG-UNDANG PIHAK PENDAFTAR TAK BOLEH LULUS REGISTER PAKATAN RAKYAT SEBAB DEPA TAK CUKUP KOUTA PARTI DALAM GROUP DEPA KERANA UNDANG-UNDANG MENGKEHENDAKI MINIMUN PARTI YG BOLEH DI REGISTER ADALAH 7... PAKATAN RAKYAT ADA BERAPA KALAU HANG NAK TAU... BARISAN NASIONAL BOLEH LA ADA SAMPAI BERBELAS-BELAS PARTI... AWAT YG NIE PON HANG TAK TAU KAA....


Daftar Pakatan sebagai parti

KUALA KRAI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan komponen parti pembangkang mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.        

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pendaftaran itu penting bagi mengelakkan SPR mengambil tindakan menurunkan bendera parti yang tidak bertanding seperti yang berlaku di kawasan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat dan (selepas itu) SPR tidak akan kacau lagi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri dan penyampaian sijil kepada petugas pilihan raya kecil Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini, malam kelmarin.

Beliau merujuk kepada tindakan penguatkuasa SPR menurunkan bahan kempen parti tidak bertanding di Bagan Pinang semalam, hingga mencetuskan kekecohan.

Dalam kejadian itu, penguatkuasa SPR telah dikerumuni wakil parti pembangkang yang ketika itu sedang mengadakan ceramah, sekali gus mencetuskan susana tegang.

"Oleh itu pasukan pemantau kita tetap akan melaksanakan tindakan menurunkan bendera tersebut walaupun terdapat halangan," katanya.

SPR sebelum ini melarang mana-mana parti yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.

Abdul Aziz turut melahirkan kekecewaannya berhubung insiden pada hari penamaan calon Sabtu lepas sehingga mencetuskan ketegangan.

Katanya, beliau sendiri diherdik oleh penyokong pembangkang ketika melalui kawasan tersebut dengan menaiki.

"Mereka seolah-olah hilang ingatan, (kenderaan) kami ditahan. Kami dimaki hamun dan ditunjuk duit pada muka kami. Saya takut lihat muka mereka dan bimbang juga keselamatan seperti kenderaan diterbalikkan," katanya.

Menurutnya, disebabkan itu SPR telah menasihatkan parti yang bertanding supaya tidak membawa terlalu ramai penyokong berarak mengiringi calon pada hari penamaan calon, iaitu tidak melebihi 5,000 orang, tetapi nasihat itu tidak diendahkan.

Tiada ulasan: