Rabu, 5 Ogos 2009

Muhyidin tetap Ketegaq...

'Saya tidak akan minta maaf'


Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mohd. Nasir Mohd. Ashraf (kanan).


PUTRAJAYA 4 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan tersebut datang dari mulutnya sendiri dan bukan satu pembohongan.

"Saya nak beritahu, saya tak kan minta maaf. Memang itu kenyataan yang saya buat, saya bukan bohong," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tuntutan Anwar yang mahu dirinya menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

AnakKedah : Tak pa mai kita tengok sapa yang kena...

PinkTurtle: Jika tidak mohon maaf,TPM dan Utusan akan disaman RM100 juta

Tiada ulasan: