Rabu, 5 Ogos 2009

Dok Siasat pasai pa..depa bukannya ambik duit rakyat, samun duit rakyat, curi duit saham rakyat...

Demo ISA: Polis diarah siasat pemberi upah

PEKAN 4 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu telah diupah oleh pihak tertentu.

Perdana Menteri juga tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu untuk menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

''Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan di Kampung Runchang dekat sini, hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung perkara itu.

AnakKedah : mamat nie ingat ianya program UMNO ka kena sediakan 3T ( Topi, T-shirt , Tapau ) baru rakyat mai berduyun-duyun... kalau mai himpun dua tiga biji Bas tak pa ja jugak dapat membayaqnya.. nie mai berduyun-duyun macamana mau bayaq.. hangpa ingat Pakatan Rakyat nie kaya kaa... ceramah pon kena kutip derma ada hati nak upah rakyat.. aku rasa kelaku nie depa dok buat itu pasai depa dok sembang dan hingaq bab bayaq rakyat mai event depa.... jadi kira panglaman laa nie.. kalau nampak rakyat mai satu2 program tuu ingat dapat upah laa...cit podah... memang betoi la hangpa ne semua taraf ayam daging jaa....

satu lagi pak polisi..yg kalut nak siasat tu pasai apa.. nu belambak lagi kes jenayah yg tak settle...tapi dok kalut buih tang nie pasai pa...mampuih pie la depa kalau depa tu diupah dan dibayaq bukannya puak tu ambik duit rakyat, samun duit rakyat, curi duit saham rakyat.... sikit2 siasat sikit2 siasat...selesai ka haram....

Tiada ulasan: