Rabu, 27 Mei 2009

PENANTI : BERITA HARIAN pulak buat Kelaku Deje...

oleh AnakKedah


Eishhhh tadi aku bebel pasal UTUSAN lanie... mai kat BERITA HARIAN plak... mai tangmana tak tau sapa nak bagi ganjaran nie... main sedap kepala otak depa saja nak letak tajuk... LANIE mana2 org kuat PKR.. hangpa SAMAN ja BERITA HARIAN yg buat tajuk nie...atas kesalahan memanipulasikan istilah GANJARAN....

Nie tajuk kat MstarOnline -

kira baguih la macam nie... tak bagi penin kepala... street to the point apa yg dikatakan dalam sidang akhbar tuuu....

Nganga lagi saman la pulak surat habaq nie... kalau dah lepas PILIHANRAYA dah tak best dah benda dah jadi sejuk dan basi...

PKR mengaku tawar ganjaran

Oleh Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my


PENGARAH pilihanraya PKR Dun Penanti, Saifuddin Nasution (kiri) mendakwa sokongan orang ramai di Penanti bertambah dengan menunjukkan graf sokongan di sidang akhbar semalam. - Foto Asman Ibrahim

Dua ahli minta calon Bebas Penanti tarik diri ganjaran

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah, supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, bagaimanapun berkata tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat mereka dengan Aminah dan bukan mewakili parti.

"Saya menemui kedua-duanya dan mereka memaklumkan Aminah menjemput mereka makan tengah hari di rumahnya. Mereka menerima jemputan itu kerana menghormati Aminah sebagai sahabat lama mereka," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini.. (Seterusnya)

Tiada ulasan: