Selasa, 9 Disember 2008

CERAMAH SULONG MENTERI BESAR PERAK DI KEDAH

http://img234.imageshack.us/img234/9809/poetervl3.jpg

PESANAN MB kat PENGHULU di KEDAH...

PESANAN MB kat PENGHULU di KEDAH...
Hangpa tengok apa kata MB kata PENGHULU-PENGHULU nie...

Bukan Apa aku tengok pasai nie kot UMNO mula gelabah sampai siap nak lantik PENGHULU baru... UMNO oh UMNO.. hangpa nie la PELAQ sebenaqnya yg dok buat huru hara kat masyarakat... suka tengok orang kampung berpecah belah..

Tu pon jangan PEJUANG BANGSA laa PERTAHANKAN AGAMA laa.. pierahhhh...

Isnin, 1 Disember 2008

TEGURAN | ANDAIAN | SERKAP JARANG

Assalamuallaikum,
Hari nie nak sentuh bab TEGURAN aku kepada sesetengah blog.. ada kekadang tu boleh dikatakan LANTANG, ORANG TAK SUKA, ORANG TERASA, MAKAN DALAM... tetapi pada aku tujuan sebenarnya cuma nak bagi elok itu saja... niat lain tak ada...


namun semua tu timbul plak berbagai ANDAIAN.. aku SB laa.. aku UMNO laa.. aku LEBIH TERUK DARI UMNO.. pada aku lantak la aku sapa.. awat kalut sangat aku sapa.. ambik la teguran yg di berikan itu sebagai teguran membina... ambik yg elok dan yg tak elok buang dan kalau teguran itu hampas... bakul sampahkan.. no hal punya...

Sedih la aku tengok jika macam nie mentality yg ada kat sesetengah sahabat boleh dikatakan 2x5 je lah hangpa nie.. tak tahan terima keritikan... tapi kritik orang bukan main sedap sana haram sana tak betul sini salah situ teruk.. ini dinamakan SERKAP JARANG..

jadi sekarang KUASA dah di tangan LAKSANAKAN dengan SEBAIKNYA supaya rakyat KEDAH DILIMPAH KESEJAHTERAAN... insya'allah...

wassalam....


Rabu, 26 November 2008

UMNO | BABI | TV3

Gambaq Hiasan-satgie hangpa ingat mak menakan aku plak...!!!

Salam semua,

Nie nak cerita pasai kes BABI lagi.. Semalam aku pie rumah mak menakan aku.. saja ada kerja sikit.. LALU borak la lebih kurang tajuk pasai aku pie jumpa dia.. bila dah habih kerja aku tu maka topic sembang pon pie kot lain la plak.. dan terlintas kat kepala aku nak tanya bab BABI kat dia bukan apa.. dia nie merupakan Salah seorang AJK WANITA UMNO kat taman dia.. kita tak lut dek peluru la apa yg aku dok tembak selama nie kat dia... LALU aku pon tanya kat dia.. " Camna CIK depa nak buat KANDANG BABI plak nie.."


Hangpa tau dia jawab paa... " GILA PAS nie.. dah batai tu batai la nak pindah pie KUALA NERANG pasai paa pulak..!" Tu dia jawpan dia terkejut berok jugak aku.. mai kot mana pulak KUALA NERANG nie...

Adusss banyak keja nak kena buat nie... kesudahan dia topic kami.... pakat2 pikaiq laa apa kesudahannya...

Isnin, 24 November 2008

BABI | MASYARAKAT | BN | PR

Salam semua,

Baru balik dari PENDANG, saja ada hal sikit.. Lepak kedai makan depan JERAT CINA.. pastu sembang-sembang dengan tuan kedai.. Modal surat Habaq UTUSAN dan HARAKAH

  • MODAL Pertama - UTUSAN
  • AKU " AMACAM skrg PENDANG OK kaa"
  • PAKCIK " Besa la encik.. dok macam tu la.. kita cari makan macam nie laa"
  • AKU "Dengaq kata ROZAI menang lagi tahun nie..?"
  • PAKCIK "UMNO.. duit banyak menang la cik..?"
  • AKU " Aikk MAN BEDON duit banyak jugak paa.."
  • PAKCIK " dengaq kata dia tak mau turun duit.. tu pasai kalah tuu"
  • Lepas tu bla bla bla... bab UMNO la bab Pendang la.. dan MODAL Kedua - HARAKAH
  • AKU " Eishhh NAJIB nie biaq betoi ada KONSPIRASI dgn RAZAK"
  • PAKCIK " Entahlaa ENCIK nak kata tak betoi pusing kot nie pusing kot tu macam sangkut ja NAJIB nie.. malas nak sembang aihh PAKLAH serupa NAJIB pon serupa..."
  • AKU " Ahh bab BABI nie apa pendapat PAKCIK..?"
  • PAKCIK "Thah laa.. nak jadik SELANGOR jugak kot.. depa bela BABI kita pon nak bela BABI..."
  • AKU nampak macam semangat ja bila sentuh bab BABI nie.. lalu aku try cucuk lagi...
  • AKU " Alaa nie tulis kata kerajaan lama yg lulus, PAS cuma sambung jaa.."
  • PAKCIK " bila.. mana ada dengaq pon projek BABI nie, dah dulu LULUS lanie dok biaq apa kasi TUTUP laa.."
  • AKU "Dah tutup pon.. nie depa dah tutup..dan akan cari tempat lain.."
  • PAKCIK " Looo dok cari-cari apa lagi tak payah buat laa.. nak jadi negeri BABI plak kaa"
  • AKU tengok PAKCIK nie memang sensetif bab BABI nie.. lalu sambung lagi la bla bla bla...
  • LEPAS tu bayaq dapat diskaun 3kupang dan aku bagi salam lalu balik rumah layan PC semula...
KESIMPULANnya : Luu pikiaq la Sendiri...

BPR | PUTERI | BILIK HOTEL | PERAKUAN PALSU

3 ahli Puteri buat laporan polis
Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my

Pegawai BPR dituduh soal siasat dalam bilik hotel tanpa pegawai wanita

BAHAU: Tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwa menyoal siasat mereka dalam sebuah bilik hotel murah di sini tanpa ditemani pegawai wanita dan mendakwa diugut serta dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong calon tertentu pada pemilihan Umno bahagian itu bulan lalu.

Seorang daripada tiga ahli Puteri itu, Zalina Muhammad, 30, mendakwa dipaksa duduk atas katil dan dikelilingi antara lapan hingga 10 pegawai BPR ketika di bilik hotel itu, kira-kira jam 9 pagi.

Beliau mendakwa mereka dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong Ahli Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua Umno bahagian, Datuk Lilah Yasin, timbalannya yang juga Setiausaha Khas Menteri Pelajaran, Mohd Salim Shariff dan Naib Ketua, Mustapha Nagoor pada pemilihan jawatan bahagian 12 Oktober lalu. (LAGI)

AnakKedah007 : Aduh jika macam nie punya kelaku penjawat awam.. masalah nie.. orang akan hilang kepercayaan dan kredibility BPR pon boleh drop nie.. lepas tu paksa plak suruh ngaku buat benda salah... Tolong siasat sebentar pastu keputusan biar rakyat tahu...

Isu Babi : Rasional Keputusan Pas kedah

Oleh baskaro

Kerajaan baru Kedah di bawah Ustz. Azizan dilihat melakukan tindakan yang bijak di dalam menangani isu cadangan kawasan penternakan babi di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Daerah Kuala Muda.

Seperti yang diketahui umum, projek tersebut telahpun memperoleh kelulusan dari kerajaan negeri yg sebelumnya iaitu di bawah Mahathir Khalid yang dilakukan tanpa mengira sensitiviti penduduk setempat, alam sekitar serta dasar perancangan sediada yang menyebut kawasan tersebut adalah merupakan kawasan pertanian getah dan kelapa sawit.

Dengan beranggapan projek tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan kerajaan BN kedah mampu memperolehi kemenangan majoriti dalam PRU12 mungkin antara sebab kenapa ia mendapat restu kerajaan negeri terdahulu.Tewasnya BN pada PRU12, telah membuka pekong yg lama cuba ditutup. Seperti juga kes kawasan menternak babi di Sepang yg telah mendapat kelulusan dari kerajaan Khir Toyo sebelumnya, kerajaan baru terpaksa meneruskan projek tersebut memandangkan ia telah memperoleh kelulusan dari kerajaan Kedah. Isu ini menjadi begitu hangat dan menjadi senjata utama BN untuk memperlekehkan ustaz Azizan dan rakyat kedah. Sepanjang minggu ini sahaja ia menjadi topik utama akhbar2 perdana dan headline dalam Buletin utama TV3 untuk menghentam kerajaan PAS Kedah iaitu cakap tak serupa bikin dan sebagainya.

Kebijaksanaan kerajaan PAS boleh dilihat daripada tindakan mereka menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti rakyat marhaen atau jabatan teknikal bagi menentukan kedayahidupan projek ini untuk diteruskan. Ia sekaligus akan mengelakkan kerajaan negeri disaman oleh pihak yg terlibat sekiranya kelulusan tersebut ditarik balik,kerana kerajaan negeri telah mengingkari syarat kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelumnya. Ini boleh mengakibatkan kerajaan negeri di saman ribuan atau boleh jadi jutaan ringgit duit rakyat seperti yang berlaku kepada kerajaan Adnan Yaakob di Pahang.

Respon terbaru menunjukkan Jabatan veterinar dan jabatan alam sekitar negeri kedah tidak menyokong projek tersbut diteruskan atas sebab2 teknikal dan sebagainya. Ini menjadi alasan kukuh bagi kerajaan menolak projek tersebut daripada berlaku di negeri Kedah utk sementara waktu tanpa perlu berhadapan dengan tindakan undang2 dan sebagainya kerana tanpa sokongan jabatan teknikal dan kebenaran dari orang ramai di sekitarnya, sesuatu projek itu boleh ditarik balik kelulusannya atas sebab2 kacau ganggu, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya oleh Pihak Berkuasa Negeri.......bak kata orang menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berserak, rambut jangan putus.....................

Cuma yang menghairankan, bagaimana projek tersebut mendapat kelulusan dari kerajaan yang terdahulu sedangkan rakyat dan jabatan teknikal begitu menentang kehadirannya di Bukit Selambau dan mungkin juga di Sepang. Dimana ketelusan dan keprihatinan kerajaan BN di dalam memperjuangkan nasib rakyat dan kaum melayu yang majoritinya menghuni sekitar kawasan tersebut. Ini di tambah dengan cadangan jalan utama terus dari sg.petani-bukit selambau-kulim yg sudah tentu akan membelah ladang ternakan babi tersebut menjadikan babi sebagai tatapan umum utama sepanjang perjalanan di Bukit Selambau.........


Tepuk Dada Tanya Iman..........

AnakKedah007 : Tak tau nak kata apa dah.. nanti aku kata bengap marah plak puak2 UMNO nie.. TAPI hakikatnya macam tuu... Hang pa pikiaq sendiri laa...

Sebelom Apa-apa UCAP TAHNIAH dulu..

Nak Ucap TAHNIAH kat KERAJAAN KEDAH SEJAHTERA....

Semoga PEMILIHAN ANDA UNTUK mentadbir negeri ini dilakukan dengan seamanahnya...



Pesanan - Jaga elok-elok noo.. salah silap cek balon...!!

salam perkenalan...

Assalamuallaikum,

Aku lahir kan blog sepat aku nak umpat ikut suka aku... semuanya demi Negeri Aku tercinta KEDAH DARUL AMAN.....

  • ANAK KEDAH oo7
*ANAK - Kira budak yg di lahirkan laa...
*KEDAH - Negeri kelahiran aku laa...
*007 - Sapa lagi James Bond laa.. Tembak Jangan Tak Tembak....